Saturday, December 12, 2009

SMM ada bukti rakaman BTN 'berbau perkauman'

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mendedahkan rakaman suara didakwa 'berbau perkauman' bagi mengukuhkan lagi dakwaan kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur 'doktrinisasi perkauman dan politik'.Pengerusinya, Shazni Munir Ithnin berkata, SMM mempunyai banyak bukti dalam bentuk rakaman dan akan mendedahkannya kepada umum sedikit masa lagi.Kami (SMM) mempunyai banyak rakaman, yang nyata membuktikan bahawa aktiviti dan program dalam BTN sememangnya mempunyai unsur-unsur perkauman dan doktrin politik,” ujar pada satu sidang media semalam..Sidang media tersebut bagi membantah kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhubung ketegaran beliau supaya kursus BTN dikekal.Rakaman tersebut dimaklumkan diambil daripada mahasiswa yang mengikuti BTN sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara dan layak mendapat biasiswa kerajaan.Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah pimpinan bersama SMM, Hilman Idham yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Abdullah Omar Muhamad Fuad, Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).Kumpulan mahasiswa berkenaan berpendirian tidak menolak sebarang aktiviti bentuk membangunkan semangat patriotisme, nasionalisme dan jati diri khususnya di kalangan mahasiswa dan anak muda namun menolak sekeras-kerasnya “doktrinisasi perkauman dan politik”.Mereka juga dengan tegas memboikot kursus berkenaan daripada disertai mahasiswa dalam masa yang sama, menggesa kerajaan menarik semula syarat untuk menyertai program BTN bagi pelajar dan mahasiswa yang mendapat tajaan biasiswa pelajaran.“Kalau berani, dedah sendiri modul, silibus dan program yang ada dalam BTN, tak perlu pihak lain tolong buktikan,” tambah Shazni lagi. Dalam pada itu, mengulas pertelingkahan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dan Tun Mahathir sehingga tokoh tersebut digelar ‘bapa segala perkauman’, Shazni ada jawapan pendirian tersendiri.Saya setuju kenyataan (Tun) Mahathir bahawa UMNO ialah (sebuah) pertubuhan rasis, kalau (Tun) Mahathir jadi ‘Bapa Perkauman’, (Datuk) Nazri jadi ‘Anak Perkauman’, isunya seluruh polisi parti tersebut (bersifat) perkauman,” ujar beliau.

Royalti Minyak:Najib Derhaka Wasiat Bapanya

Pada 1975, ketika Allahyarham Tun Abd Razak bin Hussein Al-Haj masih menjadi Perdana Menteri satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubungan dengan sumber minyak Kelantan.Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun. Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004.Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya.Malangnya, Dato' Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008. Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan.Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah. Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya.Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya. Idea wang ehsan ditimbulkan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai menunjukan sikap bermuka-muka beliau, walhal rakyat lebih jelas dengan isi perjanjian Petronas-Kelantan 1975.Idea wang ehsan ini bermula dizaman Tok Guru Najib iaitu Tun Mahathir yang ketika itu tertekan dengan kemenangan mengejut PAS di Terengganu. Bagi membalas tindakan rakyat Terengganu yang menolak Kerajaan BN, maka Mahathir menarik balik wang royalti minyak Terengganu dan mengantikannya dengan wang ehsan. Maka bermulalah sejarah wang ehsan iaitu satu pakej yang dibuat oleh BN khusus untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Parti bukan BN.Keadaan ini berbeza dengan negeri Sabah yang diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 1985-1994. Walaupun ketika itu Sabah tidak dikuasai BN, namun royalti minyak tetap diberikan bukannya wang ehsan.Maka jelaslah bahawa BN yang kini dipimpin Najib sengaja untuk menzalimi rakyat Kelantan dan menderhakai wasiat bapanya.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

jualan utusan malaysia semakin jatuh,bukti orang melayu semakin cerdik

Hari ini Malaysiakini menyiarkan sebuah berita mengenai jualan Utusan Malaysia yang menurun sebanyak 8 peratus. Penurunan jualan Utusan Malaysia adalah sebagai satu bukti bahawa orang-orang Melayu sudah semakin cerdik dan bijak.



Orang-orang Melayu masa kini sudah tidak terbeli lagi dengan propanganda murahan Utusan Malaysia yang mahu mengapi-apikan sentimen perkauman. Kepada yang masih membeli Utusan Malaysia, masih belum terlambat untuk anda berhenti. Duit untuk membeli Utusan Malaysia itu lebih baik digunakan untuk membeli barangan yang berfaedah atau menderma kepada orang-orang yang miskin dan memerlukan.

Tabloid Melayu kian popular, harian merosot
Salhan K AhmadDis 11, 091:15pm dikemaskini

Dua harian berpengaruh bahasa Melayu mencatatkan penurunan jumlah edarannya tetapi tabloid terbitan syarikat media yang sama merekodkan kenaikan, sehingga 12 peratus setahun lalu.Jumlah edaran Utusan Malaysia menurun sehingga 8 peratus kepada 181,346 nashkah, sementara Berita Harian pula merosot 5 peratus kepada 183,187 naskhah.

Kosmo! mengalami kenaikan tertinggi sebanyak 12 peratus kepada 129,663 naskhah, manakala Harian Metro naik 4 peratus kepada 338,552 naskhah).Kosmo! dan Harian Metro masing-masing berada satu bumbung dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Laporan audit pengedaran itu – bagi tempoh 1 Julai tahun lalu hingga 30 Jun lalu – bagaimanapun menunjukkan edaran akhbar-akhbar berbahasa Malaysia mencatatkan kenaikan kecil berbanding akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Inggeris yang mencatat penurunan.

Data itu, yang dikeluarkan Biro Audit Pengedaran (ABC) Malaysia semalam, menunjukkan jumlah edaran harian berbahasa kebangsaan meningkat 2 peratus kepada 832,718 naskhah.Menurut data ABC, Utusan Malaysia dan Berita Harian semakin merosot jualannya perlahan-lahan sejak audit 1 Julai 2005 hingga 30 Jun 2006 – masing-masing 213,445 dan 203,704 naskhah – kecuali sedikit kenaikan pada enam bulan pertama tahun lalu.

Sementara Kosmo! dan Harian Metro pula semakin laris dalam tempoh yang sama.Dalam segmen akhbar mingguan pula, edaran Kosmo Ahad mencatat kenaikan tertinggi sebanyak 8 peratus kepada 130,375 naskhah tahun lalu, diikuti Metro Ahad dengan purata edaran sebanyak 386,795 naskhah tahun ini – meningkat 6 peratus.

Seorang ahli lembaga ABC, Adi Satria Ahmad berkata trend ini menunjukkan kuasa beli pembaca dalam segmen bahasa Malaysia masih kuat berbanding pembaca akhbar-akhbar Cina dan Inggeris.Tambahnya, kenaikan itu turut disokong dengan kenaikan jumlah perbelanjaan pengiklan dalam akhbar-akhbar berkenaan, berbanding dalam akhbar dua bahasa itu.

Jelasnya, jumlah perbelanjaan iklan yang dilaporkan itu bagaimanapun tidak menggambarkan situasi sebenar kerana terdapat akhbar yang memberikan potongan harga kepada pengiklan dan pada masa sama menaikkan harga akhbar mereka.

“Ini kerana bukan semua akhbar bahasa Malaysia ini diaudit, seperti Sinar Harian, kerana belum sampai masa untuk diaudit,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas sidang media ABC di Petaling Jaya semalam.Sementara itu, ketika mengumumkan perangkaan terbaru itu, seorang lagi ahli lembaga ABC Tan Sio Chian berkata peningkatan jumlah pembacaan akhbar bahasa Melayu juga didorong oleh kelembapan ekonomi negara.

“Ia menunjukkan pembaca Melayu membeli lebih banyak akhbar disebabkan pengangguran (untuk cari kerja) dan mengurangkan perbelanjaan untuk kandungan hiburan,” katanya.Jelasnya, peralihan trend ini dikesan melalui penurunan 5 peratus bagi purata edaran majalah dalam segmen bahasa itu sehingga 1,015 naskhah tahun ini.

Bagaimanapun edaran majalah berbahasa Inggeris dan Cina lebih teruk terjejas, masing-masing menurun 40 peratus dan 81 peratus.Laporan ABC itu juga menunjukan edaran keseluruhan harian berbahasa Inggeris mencatat penurunan sebanyak 2 peratus kepada purata 736,981 naskhah.Edaran The Star merosot sebanyak 3 peratus kepada 295,479 naskhah tahun lalu, manakala New Straits Times menurun sehingga 12 peratus kepada 120,770 naskhah.

Dua lagi akhbar harian berbahasa Inggeris, The Edge dan The Sun masing-masing menunjukkan kenaikan sebanyak 7 peratus (kepada 23,369 naskhah) dan 6 peratus (287,935 naskhah).Sementara itu, edaran akhbar-akhbar berbahasa Cina pula menurun hingga 7 peratus kepada 863,976 naskhah.

Mari kita nasihatkan keluarga dan saudara-mara kita agar berhenti membeli Utusan Malaysia. Kalau nak bacapun, baca versi online. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu menjimatkan penggunaan kertas. Mari berhenti membali Utusan Malaysia!

Azim Zabidi dan Tiong King Sing Kalis Peluru?.



"Umum rakyat Malaysia yang peka pembinaan pelabuhan bebas cukai Klang atau PKFZ telan duit RM4.6 Billion. Pembinaan secara runding terus termasuk rekabentuk dan bina oleh syarikat "Kuala Dimensi" adalah bagaikan hadiah dan habuan yang amat lumayan yang diberi oleh kerajaan barisan nasional kepada kroninya. Satu skandal kewangan yang besar dan satu penipuan oleh kroni UMNO, MCA, dan barisan nasional secara amnya.


Walaupun kerajaan BN telah menawan tiga orang yang dikatakan terlibat dalam skandal RM4.6 Billion. Namun yang pelik dan penuh tandatanya mengapa tidak ada tindakan atau pertuduhan kepada Pengerusi Kuala Dimensi merangkap bendahari Umno malaysia Datuk Azim Zabidi, Ketua Pegawai eksekutif Kuala Dimensi Datuk Sri Tiong King Sing merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Timbalannya Datuk Faizal Abdullah merangkap Ketua Pemuda Umno Kapar.

Apakah hubungan Azim Zabidi, Tiong King Sing, Faizal Abullah kalis peluru atau tiga watak ini dilindungi oleh pemerintahan kerajaan barisan nasional oleh perdana menteri Malaysia Datuk Sri Muhd Najib Razak? . Malah rakyat Malaysia telah didedahkan peranan penama diatas adalah sumber kewangan untuk parti MCA, Umno dan barisan nasional.

MCA patut dipuji kerana mendedahkan parti MCA mendapat sumber kewangan dari Projek PKZF. Dan Umno masih membisu dan menjadikan lembu kenyang diatas projek PKZF. Mungkin UMNO tak angkat wang dari projek PKZF. Mustahil, Umno dan Wang dibaratkan nyawa dan kiblat bagi pemimpin Umno.

Mas Kahwin oo Mas Kahwin


"Semejak sehari dua ini kecoh jugak tentang kadar mas kahwin yang dinaikkan di Negeri Selangor dengan kadar sebanyak RM300.oo. tak kira dara mahupun janda.Isu ini dilihat untuk menaikkan martabat wanita itu sendiri.


Tapi dari sudut yang lain juga ia adalah amat membebankan bagi pihak kaum lelaki,dimana sekarang ini bukan sahaja mas kahwin yang perlu disediakan oleh pihak lelaki,tetapi wang hantaran yang juga yang semakin tingkat sahamnya.

Sekarang ini Blogger Suara Hatiku ada membuat servey dan tinjauan secara rambang dengan bertanya dengan membe2 yang sudah berkahwin dan akan berkahwin.Sekarang ini jikalau ingin mengadakan majlis perkahwinan terpaksa membelanjakan hampir RM20,ooo ringgit atau pun lebih.Mengapa saya kata begitu mesti ada sebab dan hujahnya ,saya akan huraikan dibawah ini:

  • Mas Kahwin :RM300.00 atau mengikut kadar negeri masing-masing
  • Wang hantaran:Kadar sekarang diantara RM8000 Hingga RM 10,000 atau lebih
  • Kos Majlis Walimatulurus:RM5000 Hingga RM 10,000 lebih atau kurang mengikut keistimewaan kemah,makanan,bufey ke atau sebagainya
  • Barang pengantin termasuk baju,kasut,barang hantaran:RM 5000 atau lebih
Kesemua kos diatas ini mungkin akan dihadapi atau perlu dilalui oleh bakal pengantin,ini adalah anggaran kasar yang saya buat.Kalau yang dah kahwin lagi mengerti.Disebab itu ada kewajaran pandangan atau ulasan yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz dalam utusan hari ini.Jadi dengan kos sekarang yang makin meningkat,jangan pelik dimana kalau majlis walimatulurus hanya dibuat dipihak perempuan dan tidak dipihak lelaki kerana mahu menjimatkan kos.Dan yang bakal memeningkan lagi,pengantin baru ini terpaksa berpikir bagi melangsaikan hutang-hutang yang dipimjam untuk majlis perkahwinan mereka.Jadi,nasihat untuk bakal-bakal pengantin,kumpulah dulu duit sebelum melangsungkan majlis perkahwinan anda.Hanya Coretan Pandangan Blogger Suara Hatiku

Kenaikan mas kahwin tambah bilangan anak dara tua(Andartu)
11/12/2009 2:35pm

KOTA BAHARU 11 Dis. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ia boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

"Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri."Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu,” katanya.Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.
Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu. - Bernama-



Pendapatan Petronas Berkurangan, Ekonomi Negara Terkesan

oleh : Anwar Ibrahim


Kami menyambut baik usaha PETRONAS yang mengumumkan prestasi separuh tahun bagi tahun kewangan yang akan berakhir pada 31hb Mac 2010.Tatkla kami hargai sumbangan PETRONAS untuk meningkatkan pendapatan Negara,berjumlah 48.6% dari jumlah keseluruhan pendapatan,Kami juga merasa bimbang dengan merundumnya keuntugan syarikat tersebut kerana ianya bersangkutan langsung dengan kedudukan ekonomi negara.Pendapatan PETRONAS berdasarkan laporan yang dikeluarkan,mencatatkan kejatuhan berjumlah RM59 billion,bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%.Sepanjang 5 tahun ini,PETRONAS adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan Negara.Untuk tahun kewangan 2008 sahaja,sumbangan PETRONAS merupakan 44.9% dari pendapatan Negara.

Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.

Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya. Ini juga bermaksud sepanjang 5 tahun ini, wang yang disedut oleh kerajaan telah meningkat lebih dari dua kali ganda. Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.

Akibat dari ketagihan menggunakan sumber PETRONAS, syarikat ini tidak lagi mampu menampung ketirisan serta perbelanjaan boros oleh kerajaan pusat. Sedangkan pengunaan oleh kerajaan bertambah 21% setiap tahun, keupayaan PETRONAS hanya berkembang pada tahap sekitar 16% setiap tahun. Jelasnya kerajaaan barisan nasional memerah lebih dari apa yang termampu dilakukan oleh PETRONAS.

Tambah memburukkan keadaan kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan pakej ransangan yang berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008. Saya sewaktu membahaskan belanjawan 2009 telahpun menggesa kerajaan supaya menyemak semula belanjawan yang dibentangkan kerana perubahan mendadak serta keadaan tidak menentu harga petroleum ketika itu. Walaupun begitu saranan saya dan rakan-rakan ditolak oleh kerajaan umno-barisan nasional.

Selepas hampir 1 tahun berlalu, kita berdepan dengan keadaan sukar kerana kerajaan sememangnya tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menunaikan janji-jani yang dibuat, kerana keuntungan PETRONAS berkurangan sebanyak 50%. Ini bermakna pendapatan kerajaan untuk perbelanjaan dan pakej ransangan akan berkurangan separuh dari jumlah yang dijanjikan.

Perkembangan ini menjejaskan kedudukan ekonomi Negara. Anggaran kami menunjukkan sasaran pertumbuhan kerajaan terlalu optimistik kerana kekurangan dana untuk dibelanjakan. Makanya sasaran untuk mengurangkan defisit belanjawan Negara pada tahun hadapan juga perlu disemak semula berdasarkan pendapatan Negara yang semakin berkurangan ini.

Kami menyeru kerajaan barisan nasional agar memastikan ketelusan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung kesan dari merudumnya keuntungan PETRONAS terhadap prestasi ekonomi Negara. Kami berpendirian adalah baik untuk kepentingan Negara sekiranya YAB Menteri Kewangan menjelaskan secara terperinci kepada Dewan Rakyat, semakan semula unjuran pendapatan Negara untuk tahun 2010 serta dampaknya kepada perbelanjaan untuk tahun 2010.Sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian kepada beberapa mustahak yang menyangkuti kepentingan umum:

1)Memastikan ekonomi Negara tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum dan gas semata-mata. Industri pembuatan yang bernilai serta berdaya tinggi dan perkhidmatan perlu dijadikan sector utama memacu pertumbuhan ekonomi.

2)Memastikan penggunaan dana PETRONAS telus untuk penelitian umum agar pembaziran serta ketagihan yang sama tidak berulang sepertimana yang berlaku dari tahun 2005-2009.

3)Menstrukturkan semula subsidi gas dan pembayaran royalti agar tidak ada lagi ketirisan. Subsidi gas hanya menguntungkan sesegelintir berikutan perjanjian IPP yang berat sebelah seperti sekarang mengakibatkan ketirisan dan korupsi.

4)Kerajaan Malaysia mesti bertindak untuk menjadi pemudah cara/fasilitator kepada PETRONAS untuk mendapatkan kawasan baru di luar Negara untuk menampung keperluan tempatan yang meningkat

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT