Sunday, March 21, 2010

Kosongkan Kerusi Di Peringkat Dewan Undangan Negeri Dan Dewan Rakyat

Kami Parti Keadilan Cabang Raub ingin mencabar wakil  rakyat yang telah melompat parti supaya meletak jawatan supaya membolehkan kuasa rakyat untuk memilih siapa calon wakil rakyat di kawasan mereka di mana calon wakil rakyat itu perlu lah mempunyai sikap kepimpinan yang amanah,ingin berkerja untuk membela nasib rakyat dan tidak senang di pengaruhi oleh orang lain serta bukan mempunyai tujuan untuk peribadi seperti senang untuk mendapatkan projek.Kami selaku PKR Cabang Raub amat merasa terkilan,sedih dan berasa sangat kecewa di atas tindakan wakil rakyat yang telah melompat parti seperti kita dapat lihat keadaan politik pada masa sekarang.Tindakan Dato Zahrin yang memburuk-burukan parti PKR dan menfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim amat keji.Kenapa dan mengapa mereka ini sentiasa menyerang dengan melontarkan pelbagai tohmahan keatas Ketua umum PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim??Ke mana perjuangan beliau selama Ini??Ke mana perginya laungan reformasi beliau selama ini??

Di sini PKR Cabang Raub ingin menyarankan mereka supaya menghentikan sengketa ini,tidak malukah mereka dengan sikap mereka selama ini yang tidak mengenang jasa??Tidak malukah mereka iaitu wakil rakyat yang melompat parti ini di mana mereka menang dalam PRU yang dulu atas tiket Pakatan Rakyat??..Rakyat memilih mereka dulu atas tiket mereka pakatan rakyat yang ingin membela nasib rakyat tapi dengan sesuka hati mereka ingin keluar parti kerana tidak berpuas hati.Fitnah sana fitnah sini kalau tak puas hati letak jawatan dengan segera supaya rakyat boleh pilih orang yang betul bersih dan tiada kepentingan diri untuk masuk politik.Tolong lah Dato Zahrin hentikan lakonan mu ini lakonan yang penuh jijik dan meluat kami tengok.Jangan nampak kesalahan orang sahaja kesalahan sendiri buat tidak tahu.Bak kata orang buta hati.Mesti ada muslihat dan sandiwara yang terselindung dari lakonan mu itu.SALAM REFORMASI.

Mulut Zahrin Buat Beberapa Menteri Dan Pemimpin Unmo Panas

Mulanya Umno menyangka dengan serangan Zahrain terhadap DS Anwar dan PKR di Parlimen sehari dua ini akan membantu Umno untuk bernyawa kembali di arena politik tanahair. Justeru itu, media-media haprak mereka mula memberi keutamaan terhadap ucapan Zahrain di Parlimen mengalahkan ucapan Najib sendiri. Tetapi tidak sempat isu pendedahan Zahrain yang banyak dengan cerita `nasi tambah' itu dihadamkan oleh rakyat, beberapa pemimpin Umno mulai rasa resah gelisah dan kepanasan.

Serangan Zahrain terhadap DS Anwar tidak sampai dua hari disambut oleh pejuang-pejuang di dalam PR terutamanya dari PKR. Wira pertama yang menyambut serangan Zahrain adalah YB Saifuddin Nasation. Jika Zahrain `melemparkan taik', taik yang sama dipulangkan kepadanya. YB Saifuddin mendedahkan bagaimana Zahrain begitu rakus kepada pangkat dan gelaran sehinggakan tidak segan silu memohon pingat melalui KM P.Pinang Lim Guan Eng. Beliau juga pernah memohon projek dari KM berkenaan namun ianya tidak diluluskan. Maka, timbullah isu KM P.Pinang sebagai komunis dan diktator. Di sini jelas terbukti betapa Zahrain selama ini berada di dalam PKR semata-mata untuk `menanti' habuan sekiranya PR berjaya menawan Putarajaya bukannya berjuang untuk rakyat. Sebab itu Zahrain amat kecewa apabila plan 16 September itu gagal, dan beliau lebih kecewa apabila apa yang diinginkan untuk kepentingan dirinya tidak dilayan oleh DS Anwar dan kerajaan negeri P.Pinang.
Pendedahan Zahrain di Parlimen baru-baru ini hanya satu sahaja yang benar iaitu plan 16 September serta beberapa MP dari Bn yang sanggup melompat. Pendedahan itu sebenarnya tidak menjadi rahsia lagi kerana DS Anwar sebelum ini telah menjelaskan kepada kita di dalam beberapa ceramahnya mengapa plan tersebut gagal. Cuma, beberapa `nasi tambah' telah dihidangkan oleh Zahrain untuk menyedapkan ceritanya. Zahrain secara tidak malu mengaku kununnya beliau rakan yang amat rapat dengan DS Anwar sebab itu beliau tahu segala-galanya perancangan DS Anwar manakala yang lainnya tidak tahu. Benarkah begitu? Jika beliau kawan paling rapat masakan kesemua keinginannya tidak dipedulikan oleh DS Anwar. Mustahil DS Anwar terlalu rapat dengan Zahrain sedangkan sewaktu era reformasi Zahrain tidak dikenali pun. Jika kita lihat, kesemua yang melompat dari PKR semua mengaku kawan paling rapat dengan DS Anwar. Mereka terpaksa jual nama DS Anwar agar `kelentong' mereka dipercayai rakyat.Hasil dari mulut celupar Zahrain, yang merasa tidak senang duduk sekarang adalah beberapa pemimpin Umno termasuk beberapa Menteri. Sebagaimana kata YB Saifuddin, ada beberapa Menteri yang datang kepadanya `slow talk' agar beliau memperlahankan `rentak' menyerang pemimpin Umno secara peribadi. Pusingan pertama bak kata YB Saifuddin, adalah kisah jamuan pemimpin Umno yang dihidangkan arak dan kisah pemimpin Umno yang tertidor disisi mesin slot judi. Nama pemimpin tersebut mungkin akan disebut oleh YB Saifuddin jika mereka mahukan Parlimen dijadikan tempat serangan peribadi dan `peperangan selak kain'. Mungkin kita akan mendengar cerita skandal perempuan, kisah khalwat di Hotel Port Dickson atau kita akan didedahkan siapakah pemimpin-pemimpin Umno yang kaki tuang arak. Mereka jangan lupa DS Anwar, Azmin, Saifuddin dan beberapa orang lagi pimpinan di dalam PKR adalah datangnya dari Umno dan mereka banyak tahu kisah-kisah pemimpin Umno yang ada sekarang ini.Mulai sekarang Umno mesti bersedia untuk menghadapi serangan secara peribadi oleh PKR kerana mereka telah memulakannya. Di dalam ucapan Zahrain, beliau tidak bercakap tentang kepentingan rakyat di kawasannya tetapi masa banyak dihabiskan dengan membaca skrip Umno. Awal mula pertama mula rakyat telah melihat Zahrain gagal untuk menjadi MP yang bebas yang kununnya mampu berjuang untuk membela rakyat. Ketakutannya untuk memberi laluan kepada DS Anwar menjawab hujahnya di Parlimen menunjukkan beliau seorang dayus dan bacul yang hanya berani bercakap sendirian. Tindakan DS Anwar keluar dari dewan kerana beliau tidak diberi laluan untuk menjawab hujah Zahrain satu tindakan tepat kerana sebagai pemimpin bermaruah adalah tidak wajar mendengar ucapan semurah itu dari orang yang sebodoh itu.
Kepada pimpinan PR, di samping menyerang balas Umno di Parlimen kita jangan lalai untuk menyuarakan masalah rakyat di kawasan masing-masing. Apa yang utama adalah masalah rakyat, dalam masa yang sama serangan balas untuk menelanjangkan pemimpin Umno wajar juga dibuat. Selepas ini kita akan menanti pula apakah MP-MP Bebas yang lain akan mengikuti kebodohan Zahrain berhujah./mandor.blogspot

Friday, March 19, 2010

Keluar Dewan,Apa Beza Najib Dengan Anwar

Ingatkah kita sewaktu Persidangan Parlimen yang pertama sebaik sahaja PR berjaya menafikan majoriti 2/3 kerajaan Bn selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu? Sewaktu DS Anwar bangun berbahas titah ucapan YDP Agung, beberapa kali DS Anwar memberi laluan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencelah ketika beliau berbahas. Ada ketikanya DS Anwar sendiri menawarkan sesiapa sahaja yang berhajat untuk bangun bagi menjawab segala hujahnya. Malang sekali, hanya beberapa kerat sahaja MP dari Umno/Bn yang berani bangkit itu pun `dipancung' oleh DS Anwar sehingga tidak lagi berani bangun.

Kita masih ingat, di Parlimen ini juga kita menyaksikan bagaimana Najib terus keluar dari Dewan sebaik sahaja DS Anwar bangun untuk berhujah. Najib sudah tahu betapa beliau tidak akan sanggup berdepan dengan DS Anwar. Maka yang berani sikit-sikit mencelah ketika DS Anwar berbahas adalah di kalangan MP yang tidak punyai jawatan penting di dalam kerajaan. Tidak tergamak DS Anwar hendak menekan MP-MP berkenaan atas kesalahan dan perbuatan Najib. Pernahkan kita melihat Najib berani mencelah ketika DS Anwar berbahas? Najib hanya berani bercakap tanpa ada yang menyoalnya kembali.

Apa bezanya dengan perbuatan DS Anwar yang juga keluar dewan tatkala MP Bebas YB Zahrain berucap? Bezanya, DS Anwar tidak keluar awal ketika MP tersebut bangun berbahas dan ketika YB Zahrain menyentuh soal perancangan 16 Sept di samping beberapa tokok tambah oleh MP tersebut, DS Anwar mohon untuk mencelah bagi menjawab hujah YB Zahrain. Usahkan DS Anwar, YB Zahrain buat-buat pekak badak terhadap permintaan MP-MP yang lain dari PR untuk bertanyakan soalan kepadanya. Ibarat orang kurang siuman dan meroyan, YB Zahrain bercakap bersendirian tanpa diberi peluang untuk sesiapa menjawab atau bertanyakan soalan. Jika beliau rasa apa yang diperkatakan terhadap DS Anwar dan PKR itu benar, mengapa perlu takut untuk bersoal jawab? Mungkin beliau tahu mungkin tahun ini merupakan persidangan Parlimen terakhir buat beliau. Selepas ini beliau akan dimasukkan ke `lubang' oleh pengundi-pengundi kawasannya.

Menyedari bahawa YB Zahrain seorang yang pengecut, DS Anwar tidak lagi mahu melayan karenah YB Zahrain yang seperti budak-budak dan tidak cukup profesional sebagai seorang Ahli Parlimen. Kita akan menjadi bodoh jika mendengar orang bodoh bercakap. Kesimpulannya, Najib jeluar Dewan kerana tidak berani bersoal jawab dengan DS Anwar, manakala DS Anwar keluar Dewan adalah kerana YB Zahrain penakut untuk mendengar hujah DS Anwar./mandor.blogspot

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
zaharin tu memang dah macam anjing yang kebuluran, bila dia dah kebuluran, UMNO-BN simpati dengan kebuluran yang dialami oleh anjing itu, maka anjing-anjing yang dah kenyang perutnya memuntahkan sikit makanan yang telah dimakan maka muntah-muntah dari anjing-anjing yang kekenyangan itu dikutip oleh anjing yang sedang kebuluran iaitu zaharin anjing

Anwar Puji 2 tahun Pertadbiran Mb Kedah

ALOR SETAR, 16 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang telah berjaya menguruskan negeri itu sepanjang dua tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri.Katanya, Ustaz Azizan telah yang berjaya menempatkan Kedah di kalangan negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan hasil dari pentadbiran yang telus dan bersih daripada sebarang amalan rasuah.Sepanjang tempoh dua tahun itu juga katanya Kedah telah merekodkan pendapatan hasil bumi yang amat memberangsangkan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya."Kejayaan ini amat membanggakan dan pujian harus diberikan kepada Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan Ustaz Azizan."Rakyat perlu meneruskan sokongan kepada Ustaz Azizan demi untuk memastikan kesinambungan pentadbiran sebuah kerajaan yang cekap, telus dan bersih dari amalan rasuah," katanya ketika berceramah umum, di Kompleks PAS Kedah baru baru ini..Menurutnya lagi, kebijaksanaan Ustaz Azizan memimpin jentera pentadbiran negeri tidak perlu dipertikaikan lagi apabila sering membuat keputusan yang tepat dalam memastikan kesejahteraan rakyat di negeri itu.Anwar turut membenarkan Kerajaan Negeri mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermasalah dan menyeleweng daripada tugas yang diamanahkan."Kalau mereka bermasalah dan menyeleweng dari tugas hingga menjejaskan kerajaan negeri, ambillah tindakan ke atas mereka. Kita bukannya mementingkan parti semata-mata, kesejahteraan rakyat adalah matlamat yang paling utama," ucapnya.

Harakahdaily.net/-

Berita Pelik Dalam Web Kelab Unmo

Bandingkan di antara dua berita ini. Pertama disiarkan di dalam web Kelab UMNO Luar negara, manakala berita yang kedua disiarkan di dalam Web PMRAM.org. Kesahihan antara dua berita ini, sudah diketahui umum.

Pertama :

PELAJAR MALAYSIA MAUT JATUH BANGUNAN DI KAHERAH

Kaherah 12 Mac - Gelak tawa berakhir dengan tangisan apabila seorang pelajar Malaysia, Wan Farhan Bin Wan Han maut akibat terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan di Kaherah. Peristiwa dipercayai berlaku apabila pelajar tersebut dikatakan bergurau bersama temannya dan menaiki sebuah kerusi sebelum terjatuh terus ke tanah.

Pelajar perubatan tahun 1 tersebut telah mengikuti pengajian di Universiti Tanta, Kaherah. Arwah Wan Farhan dikebumikan di kaherah atas persetujuan keluarganya, mandi jenazah, sembahyang serta pengebumian telah dilakukan oleh pihak MSD dengan bantuan pelajar ahli-ahli Kelab UMNO Kaherah di sana.

Sama-sama kita memberi sedekah al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Farhan, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang beriman.

Kedua :

Pelajar Perubatan Cawangan Tanta Meniggal Dunia Di Iskandariah

ISKANDARIAH, 11 Mac - Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di jurusan Perubatan di Universiti Tanta, telah meninggal dunia kelmarin akibat terjatuh dari balkoni tingkat 4 di sebuah bangunan di Iskandariah. Allahyarham dikenali sebagai Mohd Sarhan bin Ahmad Khan merupakan penuntut tahun satu Fakulti Perubatan Universiti Tanta.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia) dan pihak polis mengelaskan kejadian tersebut sebagai kemalangan tanpa sebab. Ini berikutan hasil siasatan yang dilakukan, tiada saksi khusus yang menyaksikan kejadian tersebut berlaku.

Jenazah Allahyarham Mohd Sarhan telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Keledang yang merupakan tanah perkuburan baru bagi warganegara Malaysia. Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad, bersama-sama dengan Presiden PERUBATAN, Saudara Muhammad Husaini bin Salleh, telah menyempurnakan jasad allahyarham di salah sebuah hospital di Iskandariah.

Jenazah allahyarham telah disembahyangkan di Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir, Kaherah dan telah di bawa ke tanah perkubuiran selepas itu. Pihak PMRAM merakamkan sekalung ucapan takziah kepada keluarga allahyarham atas pemergiannya dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan berada di dalam golongan orang-orang yang soleh.

Ulasan :

Hakikatnya berita ini telah pun diketahui umum. Saya tidak pasti, samada berita yang disiarkan di dalam web Kelab UMNO itu adalah kes yang berlainan, ATAU berita tersebut salah. Sekiranya berita ini salah, maka suka untuk saya betulkan beberapa kesalahan tersebut.

1. Nama mangsa

Nama sebenar mangsa bukanlah Wan Farhan Bin Wan Han. Tetapi nama sebenar beliau ialah Mohd Sarhan bin Ahmad Khan.

2. Bagaimana boleh terjatuh?

Di dalam web Kelab UMNO mengatakan bahawa dia terjatuh disebabkan bergurau dengan teman, dan terjatuh disebabkan duduk di atas kerusi. Tetapi apa yang terjadi sebenarnya, tiada saksi yang mengetahui bagaimana dia boleh terjatuh.

3. Universiti Tanta, Kaherah?

Tidak pernah saya temui Universiti Tanta yang terletak di Kaherah. Bahkan kes ini dikatakan berlaku di Kaherah. Buat malu.

4. Ahli Kelab UMNO membantu?

Entah. Tidak pula kelihatan ahli UMNO ketika pengebumian tersebut. Ketika solat jenazah juga tidak kelihatan. Entah.. Mungkin saya yang tidak ternampak. Anda boleh klik di sini

5. Tempat kejadian

Memang benar, mangsa jatuh dari tingkat 4. Tetapi ia berlaku di Iskandariah. Bukan di Kaherah sepertimana yang diberitakan di dalam Web Kelab UMNO.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Muka Tak Malu,Kokok Berdegar-degar Eko bergelumang Tahi

Kelancangan melulu Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Malah, Ahli Parlimen Bayan Baru itu sanggup membelakangi keputusan mesyuarat parti dan secara diam-diam menulis surat kepada Lim Guan Eng bagi memperoleh gelaran Datuk Seri walaupun kemudian melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai cauvinis dan komunis,

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasuition mendedahkan Zahrain pernah mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang yang dihadiri semua wakil rakyat negeri itu dan mengambil ketetapan untuk tidak meminta atau menerima apa- apa gelaran.

Namun dalam diam, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang itu menulis surat kepada Lim Guan Eng meminta gelaran 'Datuk Seri' biarpun kini mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai komunis.

"Semasa Zahrain mempengerusikan mesyuarat di Pulau Pinang, mesyuarat memutuskan semua wakil rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima apa-apa gelaran Datuk walaupun ditawarkan."Apa yang dia (Zahrain) buat selepas itu? Dia menulis pada Ketua Menteri meminta gelaran tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu melabel Zahrain sebagai seorang yang hipokrit dan kini berperanan sebagai tentera baru Umno dan mengibaratkan kecaman Zahrain sebagai 'menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri'."Ini karektor dia (Zahrain).

Yang menariknya Bayan Baru menulis kepada pemimpin yang dia sendiri label sebagai komunis dan cauvinis semata-mata untuk meminta gelaran," katanya.

Sumber : TV Selangor

Wednesday, March 17, 2010

Pentas Rakyat Melawan Fitnah

Bukti Kukuh Kelantan Berhak Dapat Royalti Minyak

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Surat Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu dan perjanjian di antara Petronas dengan Menteri Besar Kelantan antara dua dokumen penting yang mampu menyangkal alasan tiga batu nautika untuk tidak memberi bayaran royalti kepada Kelantan.Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata, penemuan bukti terbaru itu merupakan hujah yang kukuh untuk dibawa ke Parlimen, bagi memperjuangkan hak rakyat negeri Kelantan."Saya telah dapat beberapa penemuan baru selepas Parlimen ditanguhkan akhir tahun lepas dan kita tetap tidak bersetuju sama sekali dengan jawapan Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri tentang isu tiga batu nautika dan di sini saya telah membawa dua dokumen penting," katanya yang juga naib presiden PAS.Petronas dalam suratnya kepada kerajaan Terengganu bertarikh 16 September 1978 menjelaskan bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroleum iaitu sebanyak RM3.2 bilion disebut sebagai bayaran royalti dan tidak menyebut langsung mengenai isu di luar tiga batu nautika"Kalau isu tiga batu nautika itu dipertikaikan dan di Terengganu itu memang melebihi tiga batu nautika dan dalam surat petronas kepada pegawai kewangan negeri Terengganu menyebut dengan jelas bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroluem 3.2 bilion.Ini disebut sebagai bayaran royalti. Tidak timbul sama sekali tentang bayaran wang ehsan, isu tiga batu nautika, ataupun isu untuk menafikan fakta mana-mana telaga yang dijumpai di luar pantai,," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.Mengenai perjanjian di antara Petronas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir yang dibuat pada 19 Mei 1975 pula katanya juga tidak disebut mengenai isu tiga batu nautika."Sekiranya kita meneliti keseluruhan perjanjian itu tidak langsung menyebut tentang isu tiga batu nautika."Di sini jelas memperuntukkan bahawa Petronas sebagai balasan kepada apa yang dikatakan keistimewaan mengenai petroleum yang diletak hakkan pada petronas ialah dengan ini dimeterai. Tidak timbul langsung soal tiga batu nautika, tapi yang penting selagi mana ia diletakkan dalam perairan tersebut," jelasnya.Namun malangnya usul beliau mencadangkan Dewan Rakyat membincangkan isu berkaitan hak negeri Kelantan dan negeri-negeri lain dalam Malaysia untuk mendapatkan royalti petroleum yang dihantar pada 10 Mac lepas, telah ditolak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi."Ini sebenarnya hujah yang kuat untuk saya bawa usul ini ke Parlimen dan untuk dimasukkan sebagai usul tergempar bagi meyakinkan Parlimen bahawa jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri dalam perbahasan yang lalu aadalah sama sekali tidak menepati syarat-syarart peundangan dan perjanjian yang telah ditandatangani di antara Petronas dan kerajaan negeri," katanya.Beliau memberitahu, Pandikar menolak usul tersebut atas alasan ianya tidak perlu disegerakan.Namun tegasnya, penolakan usul itu tidak akan mematahkan semangat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk terus membawa isu itu ke Dewan Rakyat."Usul ini ditolak sebab tidak perlu untuk disegerakan. Namun kita berjanji sebagai ahli parlimen akan terus membawa topik ini sebagai topik yang penting dalam perbahasan titah diraja dan semua daripada kami akan mengambil bahagian," katanya.Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri dalam sesi Dewan Rakyat yang lepas berkata, Kelantan tidak berhak mendapat royalti petroleum kerana telaga minyak terletak di luar tiga batu nautika dari perairan negeri.

Harakahdaily.net/-

Tarik Rayuan Kerana Tidak Yakin Dengan Sistem Kehakiman-Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Tidak yakin dengan kebebasan institusi kehakiman negara mendorong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuannya sebelum ini supaya menghalang Hakim Datuk Mohd Zabidin Mat Diah dari mendengar perbicaraan kes liwat yang membabitkannya.
Menurut beliau, sekiranya rayuan mengetepikan Mohd Zabidin diterima sekalipun, beliau seolah-olah menganggap perbicaraan di Malaysia tidak dilaksanakan secara bebas dan adil
“Penarikan ini jelas, (sekiranya) menukar seorang Hakim, tidak akan menukar sistem kehakiman di Malaysia,” kata beliau di lobi parlimen tengah hari tadiPenarikan itu sekaligus membatalkan pendengaran rayuan yang sepatutnya dilakukan pada Jumaat iniTurut serta pada sidang media itu peguamnya, Karpal Singh.Pada 19 Februari Anwar menfail notis rayuan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes itu pada hari sebelumnya.Mohamad Zabidin berkata tidak ada sebab baginya untuk menarik diri daripada terus mendengar kes itu, dengan mengatakan bahawa sekiranya beliau melakukannya ia bermakna beliau melarikan diri daripada menunaikan tanggungjawabnya.Pada 8 Februari Anwar menfail permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Harakahdaily.net/-

Rakyat Wajib Jatuhkan Umno Bn PRU Ke 13.

TEMERLOH: Rakyat di negara ini tanpa mengira kaum wajib menjatuhkan Umno BN pada pilihanraya umum akan datang kerana telah mendedahkan keselamatan Negara dalam bahaya akibat daripada perbuatan rasuah kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu.
Berucap dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Temerloh, di Sungai Gau, dekat sini semalam Mohamad Sabu berkata terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan Umno BN dalam pemerintahannya tetapi paling berbahaya apabila ia turut mengancam keselamatan Negara melibatkan pembeliaan peralatan pertahanan Negara.
“Rasuah telah menyebabkan keselamatan negara terjejas. Dunia pelik bagaimana injin kapal terbang boleh hilang,teruknya Malaysia ni. Ada kapal terbang tak boleh terbang, ada kapal selam tak boleh menyelam. Dunia melihat negara kita ketawa. Tak malukah kita. Keselamatan negara terdedah kepada bahaya akibat rasuah.
”Bila keselamatan negara terjejas wajib kepada seluruh rakyat tak kira orang Melayu, orang Cina, orang India menjatuhkan Umno. Mengeluarkan Umno dari Putrajaya adalah wajib bukan lagi sunat muakkad, tapi wajib kerana negara berada dalam bahaya. Pada pilihanraya akan datang wajib jatuhkan BN,” katanya.

Sunday, March 14, 2010

Pemimpin Kecemuk Rakyat Menderita

TEMERLOH: Perbalahan politik sesama sendiri dikalangan pemimpin Umno menyebabkan kedudukan kerajaan negeri Terangganu berada dalam keadaan berkecamuk kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Saiful Bahari Mamat.




Berucap pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang, di Bangau Tanjung, dekat sini, semalam Saiful berkata rakyat Terengganu menjadi mangsa kerana pemerintah Umno tidak lagi dapat memberikan fokus kepada pengurusan kerajaan sehingga menjejaskan keperluan pembangunan untuk rakyat..





“Pemimpin Umno negeri masa ni berperang sesama sendiri antara kumpulan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dengan kumpulan bekas Menteri Besar, Idris Jusoh. Mereka berbalah bukan sahaja dalam politik tetapi sampai ke persidangan Dun.





Baru-baru ni dalam sidang Dun Terengganu yang serang Mat Said adun Umno sendiri, wakil rakyat PAS duduk perhatikan saja. Teruknya negeri Terengganu buat dek Umno. Di luar sana pengurusan negeri hancur, sekarang ni orang panggil Terengganu Darul Runtuh bukan lagi Darul Iman.





Panggilan itu bdatang sebab apa, buat stadium, stadium runtuh. Buat jambatan runtuh, buat sekolah runtuh malahan buat masjid juga runtuh juga, berserabut habis negeri. Pemimpin Umno berbalah menyebabkan mereka hilang fokus untuk melaksanakan pembangunan bagi faedah rakyat.





Tambah Saiful penyelesaian kepada keadaan yang berlaku di Terengganu ialah rakyat mesti menukar pemerintah daripada Umno kepada PAS dan Pakatan Rakyat.





“Kita ada empat negeri, dulu lima sebelum Perak Umno rampas, pemerintahan kita terbukti baik sebagaimana yang diakui sendiri dalam laporan Ketua Audit Negara. Rakyat di negeri kita perintah dapat kehidupan yang jauh lebih baik dari Umno perintah. Sebab itu dalam pilihanraya akan datang rakyat kena bagi PAS dan pakatan Rakyat. Kalau biar Umno punah habis,” katanya.

 

Thursday, March 11, 2010

MAZLAN ALIMAN DIDAKWA HARI INI

RAUB, 11 Mac [9.02 am] - Pejuang rakyat yang telah banyak membela nasib para peneroka dan generasi kedua Felda, Mazlan Aliman (foto) yang ditangkap semalam, telah dibawa ke mahkamah untuk didakwa hari ini. Biarpun motif tangkapan masih diragui, namun difahamkan ia berkaitan dengan majlis dialog dan penerangan isu-isu peneroka yang dibuat oleh beliau di Felda Lembah Klau sebelum itu. Mazlan yang merupakan Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) merupakan Exco PAS Pusat dan aktivis rakyat yang telah banyak menyumbangkan jasa dan buah fikiran untuk membuat teguran terhadap penyelewengan dan penindasan yang telah dilakukan oleh Felda mutakhir ini. Dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, Mazlan telah diletakkan sebagai calon di kawasan Parlimen Bera, berikutan kawasan itu mempunyai banyak kawasan Felda. Biarpun beliau merupakan anak peneroka kelahiran negeri Johor, namun kelibatnya telah banyak membantu serta merubah minda peneroka di seluruh negara. Beliau begitu sinonim dengan usaha-usaha untuk membela dan mempertahankan hak-hak peneroka. Penangkapan beliau itu dikatakan berpunca daripada majlis dialog yang diadakan di rumah seorang peneroka di Felda Lembah Klau. Program itu telah dihadiri oleh kira-kira 20 orang peneroka felda berkenaan. Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Raub, Haji Badarudin Amiruddin, kira-kira jam 4.15 beberapa orang polis Felda dan pengurus rancangan telah mengepung rumah berkenaan dan mahu menangkapnya. Mazlan memberitahu bahawa beliau tidak patut ditangkap kerana hanya datang mendengar masalah peneroka sambil memberi taklimat dalam rumah tanpa pembesar suara. Beliau kemudian pergi ke Balai Polis Raub untuk membuat laporan mengatakan rasa terhina kerana diperlakukan seperti penjenayah. Rupa-rupanya pihak pengurusan Felda berkenaan telah terlebih dahulu membuat laporan polis. Mazlan kemudiannya ditahan di balai polis berkenaan. Mazlan bakal didakwa dibawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebehi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM3,000.00 atau kedua-duanya sekali dibawah Seksyen 445 Kanun yang sama.




[Penangkapan Mazlan Aliman itu merupakan satu pencabulan terhadap hak-hak asasi rakyat untuk mendapat maklumat dalam sebuah negara demokrasi. Beliau bukan mengadakan ceramah umum di tempat terbuka yang memerlukan permit atau sebagainya. Majlis Dialog diadakan di dalam rumah, maka atas alasan apa yang menyebabkan beliau dikepung dan mahu ditangkap umpama penjenayah. Difahamkan, pihak polis yang menangkap Mazlan kini berada dalam kegusaran selepas diberitahu Mazlan adalah Exco PAS Pusat. Tindakan saman khbarnya akan dibuat oleh beberapa orang peguam PAS terhadap Pengurus Felda Lembah Klau yang telah menganggu program dan memalukan Mazlan Aliman. Terbukti pihak pengurusan Felda mula gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Mazlan tentang berbagai isu kezaliman, penyelewengan dan perbuat khianat yang dilakukan terhadap para peneroka Felda. Oleh itu, seluruh masyarakat Felda diseru terus menyokong dan berdiri teguh dibelakang Mazlan, kerana beliau dilihat begitu serius dan ikhlas untuk membela nasib serta masa depan mereka. Mazlanlah Juara Rakyat sebenarnya dan bukannya beberapa kerat pemimpin UMNO yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mahu melakukan tindakan akibat terpaksa menjaga kepentingan mereka].

SUMBER:PAHANG DAILY