Saturday, January 22, 2011

RAKYAT SELANGOR BERKUMPUL IKRAR SOKONG SULTAN,MB

Lebih 100 orang hari ini berhimpun di luar perkarangan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kampung Raja, Klang selepas selesai sembahyang Jumaat bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat.







Sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup Pakatan" , mereka berarak ke Istana Alam Shah di Klang kira-kira empat kilometer dari masjid itu.






Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum taat setia kepada Sultan dan menolak campur tangan pihak luar ke atas pentadbiran Selangor.



Namun begitu, ketika cuba berarak, mereka dihalang oleh kira-kira 50 anggota polis yang telah berkawal dan membuat sekatan.NONE



Akibatnya berlaku tolak-menolak.



Kedua-dua pihak kemudiannya berunding dan pihak polis bersetuju membenarkan sepuluh wakil kumpulan itu ke istana.



Memorandum itu antaranya menyatakan bahawa rakyat Selangor berusaha sedaya upaya mempertahankan institusi raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan.



Turut hadirketua-ketua kampung daripada beberapa kawasan di Klang.



Nafi berkumpul, tapi berarak



Antara mereka yang dibenarkan terus masuk ke istana adalah ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.



Manakala ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hanya menunggu di pagar istana.



Sementara itu, ditemui wartawan selepas penyerahan memorandum, Shamsul Iskandar berkata, tidak wajar anggota polis menghalang rakyat daripada berarak ke istana.



"Kenapa kita tidak dibenarkan berarak sedangkan kumpulan satu lagi dibenarkan siap dapat liputan meluas daripada pihak media," katanya merujuk perhimpunan anjuran NGO antikerajaan negeri Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sebelum ini.



Sambil mendakwa perkara itu pilih kasih, Shamsul Iskandar mempertikaikan tindakan polis 'menghalang' perhimpunan itu yang "diadakan secara aman".



Ditanya mengenai permit berhimpun, Shamsul Iskandar berkata perkara itu tidak dilakukan kerana mereka "bukan berkumpul", tapi berarak.



NONE"Kita berarak bukan berkumpul, buat apa kita nak mohon permit daripada Polis, malah, kita percaya GAPS pun tak mohon permit polis untuk berarak serah memorandum tempoh hari," katanya.



kumpulan itu bersurai kira-kira sejam kemudian tanpa tangkapan dan insiden tidak diingini.



Pada 12 Januari lalu, perhimpunan yang sama diadakan di Shah Alam melibatkan 400 orang, susulan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) yang didakawa membelakangi menteri besar.



Friday, January 14, 2011

ADUN MERLIMAU DI SERANG SAKIT JANTUNG!!1

ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dimasukkan ke Hospital Putra di Melaka hari ini selepas mengalami serangan jantung, lapor Utusan Malaysia Online.




Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi rawatan lanjut.



Pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.



“Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya.



Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini.



Sementara itu menurut jurucakap Hospital Putra, keadaan Mohamad Hidhir dilaporkan stabil sejak dimasukkan ke ICU petang tadi.

GAMBAR PERTUNANGAN ANAK LELAKIKU 8/1/11




Wednesday, January 12, 2011

PKR NAFI ADUN SRI MUDA LETAK JAWATAN

PKR menafikan dakwaan bahawa ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei akan meletakkan jawatan atau melompat parti.



 
Naib Ketua PKR Kota Raja Kamarudzaman Sanusi berkata, SMS yang disebarkan pagi ini berhubung perkara itu adalah "palsu dan berniat jahat".

"Saya hendak sebut dengan jelas, SMS itu palsu, berniat jahat dan dilakukan musuh politik yang tertentu dan berkepentingan," katanya dalam sidang media di pejabat Shuhaimi di Kota Kemuning, Shah Alam.


Sebelum ini, ura-ura bahawa Shuhaimi akan melompat parti atau meninggalkan PKR bertiup kencang. Panggilan telefon serta sms yang dihantar juga tidak berjawap menguatkan lagi khabar angin itu.



Bukan itu saja, perkara itu mustahil dan "apa yang dikejar itu tak betul".NONE


Shuhaimi bagaimanapun tidak hadir dalam sidang media itu.



Menurut Kamarudzaman, Shuhaimi tidak hadir menafikan sendiri kerana sedang menghadiri sebuah mesyuarat pagi ini.



Sehubungan itu, Kamarudzaman berkata, pihaknya menimbang membuat laporan polis berhubung penyebaran itu hari ini.



"Kita pertimbangkan buat laporan. Kesian pada wartawanlah, penat bekerja," katanya.



Ditanya sama ada beliau menuduh Umno di belakang desas-desus itu, beliau hanya menjawab: "Terlalu banyak musuh di luar."



Diminta menjelaskan kenapa Shuhaimi tidak tampil menafikan sendiri khabar angin itu, Kamarudzaman berkata itu pihaknya bersangka baik ADUN muda itu mempunyai jadual yang ketat.



Kamarudzaman juga memberitahu, Shuhaimi akan hadir mengikuti perhimpunan memberi sokongan pada Menteri Besar dalam isu pelantikan setiausaha kerjaan (SUK) di Shah Alam petang ini.



"Selepas itu beliau akan memberikan kenyataan kepada polis," kata Kamarudzaman.



Sementara itu, menurut seorang sumber yang dekat dengan ADUN tersebut ketika dihubungi hari ini, semua program Shuhaimi kini dibekukan buat sementara waktu.

NONE

Difahamkan, langkah itu adalah bagi memastikan keselamatan ADUN berkenaan.



Shuhaimi bagaimanapun tetap akan hadir untuk diambil keterangan oleh polis di Bangunan SUK petang ini, menurut sumber berkenaan.



Terdapat pelbagai versi mengenai siasatan polis itu. Ada yang mengaitkan dengan rumahnya yang disimbah dengan cat merah 7 Januari lalu.



Ada juga yang mengaitkannya dengan tulisan Shuhaimi di blog berhubung isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru yang didakwa sesetengah pihak, khususnya dari Umno bahawa ADUN Sri Muda itu menghina Raja-raja Melayu.



[Berita penuh menyusul]

Sunday, January 2, 2011

Panas: Isu 'Menteri Rogol Amah Indonesia', Kenapa Kerajaan UMNO BN Masih Terus Biarkan Bapak Menteri Itu Berkuasa Jika Benar Beliau Terlibat !!

Di ambang tahun 2011 baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu laporan yang dibuat oleh WikiLeaks berkenaan kecurangan seorang "bapak menteri" yang dikatakan telah merogol amahnya. Ramai yang tidak menyangka kejadian ini berlaku diketika kontroversi babitkan pekerja warga Indonesia di negara ini belum selesai. Skandal menteri UMNO rogol amah itu kini bukan lagi menjadi rahsia kepada rakyat Malaysia dan Indonesia. Tambahan pula, laman blog sabahkini telah mendedahkan wajah amah terbabit yang dikenali sebagai Robengah (foto). Laman itu juga menyiarkan nama menteri berkenaan serta laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu. Ini kerana, selepas didedahkan menerusi temubual dengan Country Coordinator Migrant Care, Alex Ong mengenai penyiasatan Migrant Care. Alex mengesahkan laporan itu dan mengesahkan Migrant Care telah membuat siasatan terperinci mengenainya pada bulan Julai 2007. Pada 1 Ogos 2007, Alex bersama dua lagi pemimpin Migrant Care telah menandatangani satu kenyataan media mengenai kes mangsa rogol yang berkenaan. Malah, blog-blog pro UMNO sendiri mahukan menteri terbabit dikenakan tindakan sewajarnya dengan segera. Soalnya, siapakah "bapak menteri buaya" berkenaan?. Khabarnya, beliau telah diangkat sebagai menteri ketika zaman Pak Lah lagi. Inilah yang mengejutkan, apabila PM Najib Razak terus mengekalkan individu terbabit sebagai menteri, sedangkan perangainya itu tidak melayakkan beliau untuk berada dalam kabinet. Apakah, ini imej yang mahu dipertontonkan kepada rakyat agaknya. Pemimpin yang rasuah, pengkhianat dan perogol mahu terus diangkat oleh UMNO BN.




[Harapan kita agar, menteri berkenaan segera diambil tindakan. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan memberontak dan terus menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah impak besar yang bakal diterima oleh kerajaan UMNO BN jika terus cuba untuk mempertahankan kecurangan puak-puak mereka sebenarnya. Siapakah menteri berkenaan, inilah yang bermain difikiran rakyat sekarang ini. Khabarnya beliau berketurunan "Minangkabau" dan pernah "membakar jambatan UMNO" satu ketika dulu. Namun kini beliau telah kembali menjilat segala ludah-ludahnya selepas mendapat kembali jawatan dan kuasa. Semoga pendedahan demi pendedahan akan menyebabkan menteri berkenaan "bagai cacing kepanasan" hendaknya selepas ini. Pastikan beliau terduduk dan terhumban ke lembah kehinaan jika beliau terus dan masih rakus untuk terus berkuasa !!].