Monday, November 16, 2009

Perjumpaan Biro Felda KEADILAN Pahang Zon Tengah









--------------------
Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, 7hb November 2009: Bertempat di Markas KEADILAN Felda Kota Gelanggi 2, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, merasmikan pelancaran Biro Felda KEADILAN Pahang Zon Tengah yang terdiri daripada Cabang-Cabang Temerloh, Bera, Maran, Jerantut dan Kuala Krau.Didalam ucapan perasmiannya, Datuk Fauzi mengumumkan beberapa tindakan yang akan dilakukan oleh pemerintahan PKR/PR Negeri Pahang apabila berkuasa kelak:

1. Peneroka-Peneroka Felda akan diberikan geran tanah terhadap tanah kampong dan ladang masing-masing tanpa menunggu mereka menghabiskan bayaran hutang (BK) kepada Felda;
2. Kerajaan Negeri Pahang dibawah pentadbiran PKR/PR akan menubuhkan Dewan Pengurusan Felda dimana setiap Rancangan Felda di Negeri Pahang akan layak menghantar seorang wakil untuk duduk didalam Dewan tersebut; Dewan ini akan bersidang secara berjadual sebulan atau dua bulan sekali untuk membincang dan membahaskan isu-isu yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka dan Generasi Kedua dan keputusan Dewan ini akan dibawa kepada tindakan Kerajaan Negeri;

Keuntungan yang diperolehi oleh Felda Holdings akan dikembalikan kepada peneroka-peneroka, dan dasar Felda akan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan peneroka-peneroka dan generasi mereka.Dihujung ucapannya, Datuk Fauzi menyumbangkan RM5000.00 untuk kegunaan melengkapkan alat dan peralatan Markas KEADILAN Felda Kota Gelanggi 2.Turut hadir didalam Majlis Pelancaran tersebut adalah Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pahang, Sdr Ali Wahid, Timbalan Pengerusi Zon Barat, Sdr Bostamin Bakar, Timbalan Pengerusi Zon Tengah; Sdr Hj Zahari Mamat, Pengerusi Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda dan Generasi Kedua Kebangsaan; Sdr Mohd Nor Jaafar, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang; Sdr Haji Abas Awang, Ketua Penerangan, Sdr Razali Ithnin, Setiausaha Konvensyen Peneroka Felda dan Generasi Kedua Kebangsaan; Pn Zainab Zainuddin, Timbalan Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pahang (Wanita), Sdr Mohd Nor Bakar, Naib Pengerusi Zon Tengah, Sdr Rosli Ahmad, Naib Pengerusi Zon Tengah , Sdr Hafez Harun, Penolong Setiausaha Biro Felda KEADILAN Pahang.

Jawatankuasa yang dipilih mewakili Zon adalah:

Pengerusi : Sdr Bostamin Bakar
Naib-Naib Pengerusi: 1. Sdr Rosli Ahmad (Jerantut)
2. Sdr Haji Daud Abas (Maran)
3. Sdr Mohd Nor Bakar (Kuala Krau)
4. Sdr Saiful Fahmi Mohd Harun (Bera)
5. Pn Sharifah Salamiah bt Syed Ali (Wanita)
Ketua Penerangan : Sdr Abd Aziz Awang
Setiausaha : Sdr Razali Ithnin

Adalah diputuskan bahawa setiap Cabang akan membentuk Jawatankuasa Biro Felda terdiri daripada 7 (minima) Jawatankuasa (lelaki) dan 3 (minima) Jawatankuasa Wanita.

Sumber:Lubok Kawah

Suasana Wacana KEADILAN Pahang


hj Abbas Bin Awang memberi taklimat mengenai wancana Keadilan pahang

ketua-ketua cabang disetiap zon yang sedang mendengar taklimat

hj abbas bin awang ketua penerangan negeri pahang merangkap ketua cabang bera

wakil ketua wanita setiap zon

Biro penerangan dan pilihanraya strategi PRU 13 SIRI PERTAMA

en.mat nor bin hassan pengarah biro pilihanraya dan encik rizal

en.mat nor bin hassan pengarah biro pilihanraya dan encik rizal

datuk fauzi bin abdul rahman pengerusi perhubungan negeri pahang sedang berucap

wakilketua,setiausaha setiap cabang

saya ketua wanita cabang raub sebelah kiri bergambar bersama datuk zaid ibrahim dan wakil-wakil wanita biro felda

encik mat nor bin hassan sedang berucap

Antara tetamu yang hadir sidang pagi

Antara tetamu yang hadir sidang pagi

--------------------
UCAPAN DATUK ZAID IBRAHIM:

Datuk Zaid Ibrahim, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN, menyatakan bahawa jika kita mahu parti kita kuat, kita kena dengar suara rakyat, dan kita perlu pilih calon yang terbaik untuk bertanding didalam Pilihanraya, dan kita memerlukan pemimpin yang berkualiti untuk memimpin parti. Dan pemimpin yang baik tak semestinya orang kaya atau korporat dan tak semestinya yang lulus universiti. Demikianlah kata Datuk Zaid memulakan ceramahnya didalam Wacana Keadilan Pahang pada 8hb November 2009 di Restoran Sri Puncak, Temerloh.Wacana tersebut adalah anjuran bersama Biro Penerangan dan Biro Pilihanraya KEADILAN Pahang.Datuk Zaid menyatakan bahawa apabila rakyat membuat pilihan, rakyat pasti akan menang, walaupun ditegah oleh pihak-pihak yang menentangnya.Beliau turut menggariskan ciri-ciri pemimpin yang baik, dan beliau menegur isu-isu perkauman yang boleh merosakkan perjuangan."1Malaysia, tidak boleh menukarkan keadaan yang buruk di Negara ini, kerana dia itu berpaksi kepada kuasa dia sahaja,"kata Datuk Zaid, "terlalu banyak skandal telah berlaku, ratusan juta duit telah hilang, bukan kerana PKFZ sahaja, macam-macam bocor."Dia tidak akan tukar, lihat saja isu Lingam, Suruhanjaya Di Raja sudah buat keputusan bahawa ada kes terhadap orang-orang tertentu, dan dari segi prosedurnya hanya Peguam Negara boleh mengemukakan pertuduhan. Persoalannya, siapa berani dari kalangan mereka itu mahu ambil tindakan terhadap Mahathir, Yusof Chin atau Fairuz? tanya Zaid."Di Malaysia ini ada dua tafsiran undang-undang, satu untuk dia dan satu untuk kita, dan didalam keadaan ini tidak akan ujud keadilan yang telus".Datuk Zaid mengisytiharkan Malaysia yang lebih baik jika kita tukar Kerajaan daripada yang mementingkan pihak atasan kepada yang mementingkan rakyat.Zaid juga membangkitkan isu royalti minyak untuk Kelantan. Didalam Perjanjian 1975 dahulu, Kelantan memperolehi royalti minyak sebanyak 5%, dan didalam Perjanjian itu tidak timbul pun isu perbatuan nautical. Ia adalah niat masa itu. Kalau jumpa minyak di Pahang maka Pahang akan dapat 5%, dan kalau di Terengganu, negeri itu dapat 5%."Perjanjian itu nipis sahaja, tetapi Barisan Nasional tidak mahu iktiraf, Najib tidak hormat, dan kalau Kelantan bawa kes ke Mahkamah, 20 tahun belum dapat bicara lagi." ujar Zaid.Zaid menyelar tindakan Kerajaan kerana membelanjakan wang rakyat dengan pembaziran nyata dan sebagai contohnya beliau mempersoalkan keperluan pembelian kapal selam Scorpene."Hanya negara-negara kuasa besar sahaja yang perlu kepada kapal selam yang canggih kerana negara-negara itu mempunyai kawasan-kawasan jagaan, kita nak jaga apa. New Zealand yang jauh lebih kaya dari kita pun tak beli kapal selam seperti itu. Perdana Menteri dia pun tak naik private jet seperti PM kita kerana PM dia jaga duit rakyat. Berbilion-bilion ringgit dihabiskan untuk membeli perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah kepada rakyat,"kata Zaid."Sebaliknya, jika wang berbilion ringgit itu dibelanjakan untuk faedah rakyat, pendidikan dan guru-guru, alangkah besarnya faedah kepada rakyat." ujar Datuk Zaid.Datuk Zaid menerangkan bahawa Pakatan Rakyat telah pun memfailkan pendaftaran Pakatan Rakyat menggunakan satu logo bersama dengan Pendaftar Pertubuhan, dan beliau mengharapkan agar pihak Pendaftar tidaklah mengambil masa yang panjang untuk meluluskannya.Pada 18 dan 19hb Disember ini akan berlangsung akan berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat, kita akan tunjukkan kekuatan kita bersama, kita bersatu dalam kekuatan yang lebih kukuh.

Sumber:Lubok Kawah

Konvensyen Peneroka Felda dan Generasi Kedua - Persediaan Rapi


Barisan Jawatankuasa Wanita Biro Felda KEADILAN Pahang

Antara Yang Hadir

Bermesyuarat secara praktikal, duduk bersila, berbincang untuk merubah landskap politik didalam Rancangan-Rancangan Felda.

Haji Suhaimi Said mempengerusikan Mesyuarat Khas Konvensyen Peneroka Felda dan Generasi Kedua. Dari kiri ke kanan: Sdr Mohd Nor Jaafar, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga Penyelaras Konvensyen, Sdr Razali Ithnin, Setiausaha Konvensyen, Haji Suhaimi dan Haji Zahari Mamat, Pengerusi Konvensyen

Ketua-Ketua Cabang Menumpukan Perhatian

Semua Hadirin menumpukan perhatian sepanjang mesyuarat diadakan

Ahlijawatankuasa wanita yang hadir

------
Mesyuarat Biro Felda KEADILAN Pahang pada 14hb November 2009 di rumah Pengerusinya, Haji Suhaimi Said di Temerloh telah berjaya membuat rumusan untuk kejayaan Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda dan Generasi Kedua yang akan diadakan pada 20hb Februari 2010.Konvensyen tersebut akan diadakan di Markaz PAS Kawasan Jerantut yang akan dihadiri oleh 2000 orang peserta dari kalangan Peneroka Felda dan Generasi Kedua dari seluruh Negara.Sebanyak 35 buah bas akan disediakan untuk mengangkut Peneroka-Peneroka dan Generasi Kedua dari rancangan-rancangan Felda Negeri Pahang untuk kemudahan peneroka-peneroka menghadiri Konvensyen tersebut.Mesyuarat memutuskan untuk mengundang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat bagi merasmikan Konvensyen tersebut, manakala 3 orang pembentang Kertas Kerja akan diundang iaitu Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN, Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Peguam Wan Rohaimi untuk membentangkan sebagai "case study" berhubung isu "perahan" Felda Kemahang.Pada waktu malamnya akan diadakan Ceramah Umum dan penceramah-penceramah undangan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng, Datuk Fauzi Abdul Rahman, dan YB Gobalakrishnan.Mesyuarat seterusnya akan diadakan di Markaz PAS Kawasan Jerantut iaitu tempat yang dicadangkan untuk Konvensyen tersebut. Tarikhnya akan diumumkan kepada semua Ahli-Ahli Jawatankuasa Biro Felda dan Konvensyen, dan semua Ahli-Ahli Jawatankuasa Biro Felda KEADILAN di peringkat Kebangsaan akan diundang untuk menyertai mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pusat/Pahang, Sdr Haji Suhaimi Said melalui handphone: 0199321260 dan Sdr Razali Ithnin, Setiausaha melalui 0123147350.

Sumber:LubokKawah