Pemimpin Umno-BN Jadi Agen Serah Kedaulatan Negara
Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional didakwa menjadi agen negara Brunei dan Singapura apabila bertindak menyokong dalam isu menyerahkan kedaulatan di kawasan tuntutan bertindih di sempadan negara.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di lobi parlimen petang tadi berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin Umno-BN yang menyokong tindakan kerajaan yang menyerahkan kedaulatan negara dalam isu Blok L dan M, tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Tanjong Pagar serta isu Pulau Batu Putih yang juga telah diserahkan kepada kerajaan Singapura.
"Kerajaan Umno-BN tidak serius dalam isu mempertahankan kedaulatan negara. Jelas dalam isu Blok L dan M serta tanah KTMB, kerajaan Umno-BN nampaknya tidak mempunyai ketegasan.
"Nampaknya negara kita dalam bahaya apabila pemimpin Umno-BN menjadi agen kepada negara Brunei dan Singapura kerana menyokong tindakan kerajaan itu," katanya.
Mahfuz turut mempersoalkan apabila kerajaan Umno-BN berbangga dapat mempertahankan batuan tengah di dalam perebutan Batu Putih yang hasilnya untuk nelayan menangkap ikan tetapi dalam masa yang sama kita tidak dapat mempertahankan Blok L dan M yang memberikan keuntungan lumayan kepada negara, begitu juga dalam isu tanah KTMB di Tanjung Pagar yang dipajak oleh kerajaan selama 999 tahun di wilayah Singapura.
Tambahnya, Dalam isu tanah di Tanjung Pagar, kerajaan juga tidak terhalang dalam membangunkan tanah tersebut tetapi apabila kerajaan membuat perjanjian 60:40 dengan kerajaan singapura, tanah tersebut katanya lagi bukan menjadi hak kerajaan Malaysia tetapi menjadi hak Singapura.
Manakala Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula berkata Pakatan Rakyat kesal dengan dasar luar kerajaan yang hanya mementingkan ekonomi sekelompok pemimpin Umno-BN.
"Isu blok L dan M bukan isu ekonomi semata-mata tetapi adalah berkenaan keselamatan negara kerana apabila Ahli Parlimen Kota Belud bangun mempertahankan atas dasar keuntungan yang sanggup menggadaikan maruah negara contohnya dalam isu lesen judi.
"Dalam isu pertindihan di sempadan kita mempunyai hak kedaulatan di mana kita lihat pendekatan yang berbeza dalam isu pertindihan dengan Thailand yang diselesaikan mantan Menteri Luar Negara, Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie dengan mengadakan perbincangan sehingga membentuk satu 'Joint Authority' yang memberikan keuntungan di samping menjaga maruah negara.
"Kerajaan Umno-BN nampaknya mengamalkan sikap dan dasar yang salah dengan menyerahkan kedaulatan negara yang merugikan negara," ujarnya lagi.
Yusmadi juga membidas sikap pemimpin Umno-BN yang hanya mementingkan keuntungan negara yang menyebabkan banyak lagi kawasan bertindih negara akan tergadai.
Pakatan Rakyat dalam pada itu kata beliau menyanggah jawapan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Richard Riot Jaem yang tidak konkrit semasa membentangkan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 yang menurutnya telah menyebabkan kedaulatan negara tergadai. -TVS
Wednesday, June 30, 2010
Pemuda Umno Kelantan Beri Amaran Kepadam Ibrahim Ali
KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mengingatkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya tidak terlalu berlagak dengan kewujudan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan sokongan ahli yang diberikan sehingga sanggup menghentam sesama sendiri tanpa fakta yang jelas.
Ketuanya, Anuar Safian berkata, beliau percaya bahawa Ibrahim mewujudkan Perkasa semata-mata kerana ingin menjadi ikon nasional dan menentukan kemenangan beliau di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya yang akan datang.
Katanya, sekarang dari segi realitinya Ibrahim sudah tidak lagi mendapat tempat di hati Pas malah UMNO juga belum tentu sekiranya beliau mengambil sikap yang sedemikian
“Malahan dengan tindakan beliau yang memutar belitkan isu di sebalik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong seolah-olah beliau sudah menjadi jaguh orang Melayu dalam negara ini.
“Ibrahim harus sedar bahawa selaku orang lama dalam politik, beliau tidak sepatutnya mencari isu murahan seperti itu untuk menjadi jaguh sebaliknya perlu melihat kepada sensitiviti dasar yang hendak dilaksanakan oleh Perdana Menteri dengan konsep 1Malaysia yang hendak digagaskan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah memberikan penjelasan terhadap isu tersebut malah Wee sendiri telah pun memberi penjelasan kepada Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berkenaan hal tersebut.
“Jadi ianya tak perlu lagi dibesar-besarkan. Pemuda negeri bukanlah hendak mencampuri urusan perbalahan pendapat antara beliau dengan Khairy tetapi harus diingat bahawa majoriti pemuda seluruh negara adalah bersama-sama dengan Khairy dalam hal ini.
“Bagi Pemuda UMNO Kelantan kenyataan Khairy mengatakan bahawa Ibrahim adalah Gedebe Politik tepat memandangkan beliau sebagai ahli politik bermacam warna yang cuba mewujudkan satu blok minoriti bebas dalam parlimen,” katanya
Menurutnya, sekiranya Ibrahim ingin bersama-sama UMNO dalam memperjuangkan hak dan kedudukan orang Melayu ianya harus bersederhana dalam kedudukan kita sebagai sebuah negara majmuk dan terbukti berjaya seperti mana yang diamalkan sebelum ini.
“UMNO sudah perjuangkan hak orang Melayu lebih 64 tahun, masakan Perkasa yang baru setahun jagung hendak mempertikaikannya,” katanya.
Kelmarin, Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai ‘gedebe politik’ (samseng politik). Beliau sebelum ini menyifatkan Ibrahim sebagai penghalang konsep 1Malaysia
Beliau turut dilaporkan berkata, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas itu selama ini.
Justeru beliau tidak akan meminta maaf ataupun menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Presiden Perkasa itu sejak beberapa hari lalu.

Dakwaan Empayar RM3b,Aduan SPRM DiBuat
Tiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud
Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.
Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh.
Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari
Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka.
"Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu,” katanya.
Minggu lalu, Ting, Wong dan Ahmad Nazib terpaksa menarik balik laporan mereka kerana mendakwa pihak SPRM di Shah Alam enggan memberikan salinan aduan yang ditulis dengan tangan.
Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan.
Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai 'kes besar'.
"Kami diberi jaminan yang SPRM akan menyiasat kes itu dan dinasihatkan menulis kepada Pengarah Siasatan bagi mendapatkan perkembangannya,” kata Ting.
Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.
Blog, yang dikendalikan oleh “rakyat prihatin' itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak.
Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)