Thursday, December 31, 2009
AWAS!! Pemuda bersuara
Shah Moin dan mana-mana jabatan serta agensi kerajaan terlibat, SILA AMBIL PERHATIAN!Jangan pandang remeh hal ini.Gambar tersebut adalah keratan akhbar daripada ruang interaktif Sinar Harian (2 Februari 2009).
Tingkatkan usaha lakukan perubahan. Jangan pula orang muda disalahkan apabila PRU13 bergoncang! Bukan tak kenang jasa UMNO, tapi meluat dengan sikap pemimpin yang lupa MATLAMAT SEBENAR UMNO!... Jangan jadi KETAM yang nak salahkan anaknya tak pandai berjalan lurus!
Sumber:WartaRaub
Ahli UMNO Raub diberi amaran 'sinis'
DONG - Seorang Ahli Umno Raub diberi amaran 'sinis' oleh Ketua Umno Bahagian, Datuk Shahiruddin Ab Moin, tanpa sebarang sebab musabab yang munasabah.
Ahli berkenaan, hanya melintasi hadapan Shahiruddin untuk keluar dari sebuah warung di Pekan Dong tetapi terus dilemparkan kata-kata sinis yang boleh membuatkan sebahagian daripada 'pembenci' Shahiruddin mempunyai alasan kukuh untuk terus membencinya.
Shahiruddin : Tak perlulah awak semua nak buat macam-macam ikhtiar untuk menjatuhkan aku, TAK AKAN JALAN PUNYA LA....
Ahli berkenaan : Siapa pulak la yang nak jatuhkan awak? siapa saya nak bertindak begitu? Kalau betul-betul ada la, maknanya awak memang ada musuh.
Dua perenggan di atas adalah potongan dialog antara Shahiruddin dengan ahli Umno berkenaan.Hakikatnya di sini, terdapat satu proposal berserta lampiran bukti yang lengkap diusahakan beberapa ahli Umno yang memperjuangkan kebenaran, mereka ini menghantar proposal tersebut ke Bahagian Disiplin Umno Pusat.
Setiap perincian tersebut ,diakui kebenarannya dan boleh dianggap sebagai 'suara hati' masyarakat di daerah ini.Pelbagai kesalahan, penyelewengan dan kerakusan yang dilakukan KEM A turut disenaraikan dalam proposal berkenaan.
Tetapi, sehingga hari ini langsung tiada sebarang tindakan ataupun keputusan daripada pihak berkaitan sama ada Badan Disiplin Umno ataupun Badan Pencegahan Rasuah.. Dua-dua dianggap 'suka' melambatkan proses kerana MUNGKIN kepalanya adalah Shahiruddin! dan kakitangannya adalah Raja Ali, Tengku Rahman, Aziz Kiram, Azinuddin dan Aziz Abas.
Sekiranya benar Shahiruddin KEBAL dengan segala hukuman, seluruh masyarakat di daerah ini (terutama yang pernah dianiaya) hanya mengharapkan hukuman Allah sebagai imbalan.Terlalu banyak yang dilakukan, tetapi tidak satupun tindakan yang diterimanya. Apakah muslihat di sebaliknya?
Apa yang pasti, RAUB akan menyaksikan 'pemberontakan' besar-besaran golongan muda di sini yang memperjuangkan nasib masa depan mereka di tanah tumpah darah ini.Pastinya kematian Shahiruddin nanti bakal menyaksikan tompokan LUDAH pekat di atas pusaranya, bukan lagi hiasan dan taburan bunga.Jika tidak berjuang untuk anak bangsa, kaulah YAHUDI berhidung penyek di daerah tercinta ini!! (emosi pula).Tapi itulah hakikatnya....pimpinan Shahiruddin tidak lagi relevan.
Sudah berapa penggal mentadbir Umno Raub, cermin pecah di Bangunan Umno pun TAK PERNAH BERGANTI! Bangunan KUSAM itu pun tak pernah dicat baru.Itulah RUMAH si pentadbir Melayu yang mempunyai ramai pengikut DUNGU!

KRMD : Di sebalik peruntukan RM18 juta
DONG - Kompleks Rakan Muda Dong (KRMD) mendapat peruntukan sebanyak RM18 juta pada tahun depan untuk kerja-kerja membaiki kerosakan akibat musnah dipukul ribut awal Ogos lalu.Jumlah tersebut hanyalah 'kenyataan lisan' daripada kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Raub, namun masih tiada pengesahan hitam putih daripada kementerian.
Peruntukan yang disediakan itu dianggap sebagai 'berita baik' dan 'bonus' buat seluruh Warga Raub kerana jangkaan kerugian akibat kemusnahan tersebut hanya RM1 juta, tetapi menerima 'sokongan' sebanyak RM18 juta.
Namun, perkara yang paling mustahak perlu diberi perhatian adalah 'ketelusan' daripada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan KRMD kerana kini ia menjadi isu yang hangat sehingga memberi laluan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan siasatan.Kompleks yang pada asalnya mendapat peruntukan pembinaan sebanyak RM24 juta terpaksa ditambah lebih RM3 juta lagi disebabkan beberapa faktor yang 'agak mencurigakan'.
Pada awal ogos lalu (iaitu kira-kira empat bulan selepas Tengku Mahkota Pahang merasmikan KRMD), kompleks tersebut ditimpa bencana ribut yang memusnahkan sebahagian besar bangunan sehingga melumpuhkan operasi Jabatan Belia dan Sukan.
Melihatkan kompleks yang belum mencapai usia setahun itu musnah termasuk tiang konkritnya patah, masyarakat di daerah ini meminta penjelasan pihak yang berkaitan.Hanya wakil DAP Raub membuat laporan polis dan laporan BPR untuk menyiasat sekiranya berlaku 'penyelewengan' dalam projek pembinaan KRMD.
Pada ketika ini, masyarakat di daerah Raub 'terbuka mata' dan mempertikaikan tanggungjawab Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin, yang hanya mendiamkan diri.Semasa proses tender KRMD dikeluarkan sehinggalah tersergam indah di atas bukit kini, setiap urusannya 'dicampuri' dan keputusannya lebih 'didominasi' Shahiruddin yang bergelar EXCO Negeri pada ketika itu.
Namun, apabila bencana menimpa kompleks tersebut, di manakah pemimpin itu untuk memberi penjelasan kepada masyarakat di sini.Lebih membimbangkan penduduk, pembinaan KRMD di atas tanah yang masih berstatuskan 'Warta Hutan Simpan' dan tidak mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) sehingga hari ini.
- Apakah jenis dan bentuk 'emas' yang dicari pada kawasan tersebut sehingga menyebabkan KRMD dibina di situ?
- Apakah nasib penduduk terutama golongan remaja yang menggunakan KRMD sekiranya berlaku bencana pada masa akan datang?
- Mengapa ia dibina di Dong sedangkan seharusnya ia dibina di kawasan bandar yang menjadi tumpuan seluruh masyarakat Raub?
Peruntukan RM18 juta itu tidak berbaloi digunakan untuk membaiki kerosakan KRMD kerana masih tidak memberi jaminan keselamatan NYAWA kepada penggunanya.
p/s: Nasib jabatan kerajaan yang terlibat dengan kes sebegini kerana mereka berhadapan dengan 'dilema' hebat apabila tanggungajawab kepada masyarakat sering 'dipolitikkan'. Nampaknya ahli politik lebih berperngaruh berbanding kuasa Kakitangan Kerajaan KUMPULAN A.

Terdapat kesan tanah runtuh dan retakan pada bangunan KRMD (25 Nov 2008)
p/s: Nasib jabatan kerajaan yang terlibat dengan kes sebegini kerana mereka berhadapan dengan 'dilema' hebat apabila tanggungajawab kepada masyarakat sering 'dipolitikkan'. Nampaknya ahli politik lebih berperngaruh berbanding kuasa Kakitangan Kerajaan KUMPULAN A.
Syarat baru jawatan ketua kampung
BANDAR RAUB - Biarpun perkara ini diutarakan dalam artikel keluaran lepas, ia mendapat makluman terbaru berkenaan pemilihan ketua kampung atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam daerah ini.
Seorang kenalan telah menceritakan satu situasi di mana terdapat seorang tokoh pemimpin dalam satu kawasan 'dihubungi' pegawai khas yang menawarkan jawatan Pengerusi JKKK kepada tokoh tersebut.
Tawaran menerusi panggilan telefon itu menetapkan syarat bahawa kemestian bagi mereka adalah menyokong penuh pimpinan Datuk Shahiruddin Ab Moin (gambar) tanpa sebarang keraguan.
Melihatkan keadaan yang seperti dirancang itu, pemimpin berkenaan mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut atas alasannya yang tersendiri.Kenalan ini menyatakan bahawa kawasan kediaman pemimpin terbabit dikenal pasti menolak secara total cara pentadbiran dan pimpinan Shahiruddin yang terkenal dengan kronisme serta 'lanun darat' yang merompak tanah dan hak milik rakyat di sini terutama Melayu.
Pemimpin yang dihubungi itu dapat mengenal pasti empunya suara yang menelefonnya sekali gus menawarkan jawatan (elaun buta RM600) itu sebagai Pegawai Khas kepada Shahiruddin. Tidak habis dengan sogokan semasa pemilihan UMNO Bahagian, Shahiruddin kini 'melebarkan kuasa' dalam menentukan ketua kampung (puppet) pilihannya.

..............................................................................
Pemimpin yang dihubungi itu dapat mengenal pasti empunya suara yang menelefonnya sekali gus menawarkan jawatan (elaun buta RM600) itu sebagai Pegawai Khas kepada Shahiruddin. Tidak habis dengan sogokan semasa pemilihan UMNO Bahagian, Shahiruddin kini 'melebarkan kuasa' dalam menentukan ketua kampung (puppet) pilihannya.
Sumber:WartaRaub
Pengguna 'diajak' bijak berbelanja
TF VALUE MART - Pelancaran Kempen Penurunan Harga Barang di pasar raya ini semalam tidak hanya mengajak pengguna untuk membeli barangan dengan harga murah, tetapi turut bijak berbelanja agar dapat mengurangkan kos harian isi rumah.
Kempen yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Datuk Fong Kong Fuee, turut memberi maksud 'tersirat' supaya pengguna terutama bagi kawasan luar bandar membuat perbandingan harga sebelum membuat pembelian.
Majlis pelancaran itu mendapati beberapa barangan (difahamkan 1,700 jenis) diturunkan harganya sehingga 65 peratus berkuatkuasa kelmarin sehingga 13 Januari 2009.Penurunan harga sehingga pada tahap menakjubkan itu mendapat sambutan menggalakkan penduduk setempat yang tidak mahu melepaskan peluang menikmati penjimatan sehingga lebih RM10.
Kong Fuee meninjau bahagian barangan basah dan melihat Udang Sedang dijual pada harga RM9.90 iaitu pengurangan RM7 berbanding harga asal.Namun begitu, terdapat beberapa barangan yang tidak diturunkan harganya, bahkan menjadi lebih tinggi berbanding pada harga terdahulu.
Seperti contoh, Telur Ayam Gred B dijual pada harga RM9.90 bagi setiap 30 biji. Harga baru itu meneliti kembali resit belian peribadi pada awal November lalu di mana harga barangan tersebut hanya RM8.50.
Pengguna tidak boleh menyalahkan peniaga kerana ia adalah resam dalam dunia perniagaan dan tidak mahukan kerugian, sebaliknya pengguna sendiri yang perlu mengubah paradigma untuk lebih fleksibel memanfaatkan peluang ini.
Pengguna di daerah ini boleh memvariasikan hidangan harian dengan memilih barangan yang ditawarkan pada harga rendah kerana bukan kemestian setiap isi rumah menikmati hidangan berasaskan telur.Perbandingan harga dan barangan tidak hanya berlaku dalam sebuah pasar raya sahaja, tetapi pengguna boleh membandingkan harga barangan yang sama dengan pasar raya lain di sini seperti Tunas Manja dan Aktif.
Perbandingan harga antara TF Value Mart dan Tunas Manja dan terdapat keuntungan buat pengguna sekiranya mengaplikasikan kaedah ini.Semalam, TF Value Mart menawarkan Ayam Standard Tempatan pada harga RM5.40 sekilo, tetapi Tunas Manja menawarkan harga RM5.99 sekilo.
Bagi Ikan Bawal Hitam Tempatan pula, TF Value Mart menawarkannya pada harga RM12.90 sekilo dan Tunas Manja menawarkan RM20.99 sekilo.Terdapat juga barangan yang ditawarkan lebih rendah di Tunas Manja seperti Tomato dijual pada harga RM3.50 sekilo berbanding RM4.50 di TF Value Mart, dan RM10.99 bagi satu kilogram Daging Lembu tetapi harganya menjadi RM11.90 di TF Value Mart.
Di pasar raya TF Value Mart juga dapat dilihat pengguna bijak mengambil peluang dengan berbelanja barangan dengan tawaran harga lebih rendah.

Yayasan Raub Muncul Kembali
SENGKELA - Yayasan Raub (YR) yang mencecah usia 13 tahun penubuhannya pernah menjadi tajuk utama hamparan berita lokal dan menggemparkan penduduk Raub kerana disaman penduduk tempatan dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada pertengahan Julai lalu.
Pelbagai berita dan laporan negatif dihidangkan kepada masyarakat yang sebahagian besarnya langsung tidak tahu tentang 'kewujudan' dana untuk rakyat itu.
Kini ia seolah-olah muncul kembali menemui rakyat Raub menerusi perkhabaran seumpama sogokan dengan harapan mendapat penerimaan baik seluruh masyarakat di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Abdul Aziz Mat Kiram (gambar) berkata, YR kini sedang menjalankan rundingan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Raub untuk urusan penyewaan premis milik YR yang masih dalam pembinaan di belakang bangunan Majlis Daerah Raub (MDR).Menurutnya, penyewaan premis tersebut dianggap sebagai sumber pendapatan YR yang kemudiannya dijadikan dana kebajikan masyarakat.
"Sekiranya rundingan ini berjaya dan JKM Raub sudi menyewa premis tersebut, YR akan menjana pendapatan pada anggaran RM3,000 sebulan bagi mengisi tabung YR," katanya pada majlis pertemuan ramah mesra pemimpin bersama penduduk Kampung Sengkela.Hadir sama mendengar ungkapan keramat tersebut Ahli Parlimen Raub, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Pegawai Daerah Raub, Datuk Abdull Muain Abdul Hamid dan Pegawai JKM Raub, Mohamad Tajul Aris Hassan.
Persoalan penting yang memerlukan pemikiran kritis masyarakat Raub ialah ke mana perginya wang / dana YR sehingga ratusan juta ringgit berdasarkan beberapa projek yang dipohon dan diluluskan kerajaan negeri.
Adakah kehilangan ratusan juta ringgit itu boleh diganti dengan pendapatan RM3,000 sebulan? Apakah rasionalnya Aziz Kiram mengumumkan perkara yang belum mendapat persetujuan JKM Raub lagi?
Bagi mengingatkan kembali semua masyarakat Raub, YR pernah disaman seorang usahawan tempatan, Razali Hassan, pada tahun 2007 berikutan penyelewangan yang dilakukan sebahagian besar pengarah YR.Mahkamah pada ketika itu menolak permohonan YR (defendan) yang merayu untuk menggugurkan kes berkenaan.Penolakan mahkamah terhadap permohonan defendan itu bermakna Razali Hassan (plaintif) melalui peguamnya, Mohd Harris Abdullah berjaya menyediakan pendakwaan dan membuktikan kes prima facie.
Plaintif kemudiannya bertindak menarik semula saman berkenaan dan memindahkan kes tersebut untuk urusan penyiasatan BPR Putrajaya.Pada awal Ogos 2008, sebuah akhbar lokal memaparkan kes berkenaan sebagai tajuk utama yang mula mendapat perhatian penduduk seluruh daerah Raub dan negeri Pahang amnya.
Masyarakat yang mahukan penerangan terperinci berkenaan kontroversi yang dicetuskan YR boleh membuat carian di www.google.com.my dengan menaip kata kunci "Yayasan Raub".
Sumber Dari:Warta Raub

Tuan Ibrahim: Pahang sasaran Pakatan dalam PRU-13
Pakatan Rakyat (PR) meletakkan Pahang sebagai antara negeri sasaran untuk diambil alih menerusi pilihan raya umum ke-13, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.“Tiada pilihan lain, masa menunggu PAS sudah tamat,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang pada satu majlis di Kompleks Imam Assyafie (KIAS), Temin baru Pada 8 Mac 2008 PR menguasai lima kerajaan negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Tuan Ibrahim menegaskan, kepercayaan yang diberikan rakyat selama ini telah dibalas dengan kepimpinan dan pentadbiran Barisan Nasional yang lemah.Bajet negeri buat tahun ke-12 berturut-turut menunjukkan defisit manakala Bajet 2010 yang dibentangkan baru-baru ini pula menggambarkan ketidakcekapan pentadbiran apabila kesahan dokumen belanjawan tahun depan dipertikaikan ramai pihak.
Justeru Tuan Ibrahim menyeru kalangan pimpinan dan masyarakat memberi kepercayaan kepada PR Pahang untuk membetulkan situasi semasa agar kebajikan rakyat negeri yang kaya sumber alam ini terbela.Masyarakat juga, ujar Tuan Ibrahim, tidak perlu ragu-ragu dengan kemampuan PAS untuk mengepalai kerajaan PR di Pahang.
“Rakyat negeri ini boleh menilai kepimpinan Kelantan yang diterajui PAS dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Perak yang sempat melihat ketokohan Setiausaha PAS negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar
“Semuanya telah menunjukkan contoh yang baik dan beramanah, seterusnya memberi gambaran positif tentang kemampuan dan keupayaan PAS untuk mentadbir negeri,” terang beliau.Tuan Ibrahim juga mengaku menjadi impian PAS Pusat untuk melihat kerajaan negeri Pahang bakal diambil alih oleh PAS bersama-sama PR dalam pilihan raya umum ke-13.Maka tegas beliau, “semua pimpinan PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan perlu meningkatkan daya usaha, komitmen dan gerak kerja dalam merealisasikan impian ini.
Sumber Dipetik:Detik Daily

Subscribe to:
Posts (Atom)