Sunday, December 26, 2010
Edisi Pahang: Ceramah Umum Pakatan Rakyat, Blogger Cucumatkilau Bakal Muncul Dalam Dua Program Di Pekan (25 Dis) Dan Jerantut (26 Dis) !
KUANTAN, 25 Dis - Orang ramai, khasnya di sekitar kawasan Pekan dan Jerantut di jemput beramai-ramai ke program ceramah umum Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada hari ini dan esok. Ceramah malam ini bakal diadakan di Madrasah Al-Husna, Jalan Rompin Lama Pekan menampilkan YB V.Sivakumar (Bekas Speaker DUN Perak) manakalah esok (Ahad) bakal diadakan di Kompleks Imam Al-Shafie (KIAS) Kg.Temin Jerantut bakal menampilkan YB Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena). Apa yang menarik dalam kedua-dua ceramah ini turut akan menampilkan Blogger Cucumatkilau (foto) sebagai penceramah jemputan. Beliau yang sebelum ini dihebohkan akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang membuat persiapan untuk menfailkan tindakan saman terhadap akhbar arus perdana Utusan Malaysia berhubung dengan penyiaran satu artikel berkaitan dirinya. Menurut CMK ketika dihubungi, beliau akan membuat satu kelainan dalam kedua-dua ceramah tersebut. "Saya akan menggunakan LCD Projector dan Power Point untuk menarik orang ramai lebih berminat kepada isu-isu panas yang akan diketengahkan. Banyak isu panas tentang negeri Pahang dan Nasional yang bakal dikupas termasuk isu APCO, kenaikan harga barang, tol, air, PTPTN, gejala sosial dan sebagainya. Manakalan isu Pahang pula saya akan mengupas tentang penyelewengan yang berlaku dalam anak-anak syarikat kerajaan Pahang seperti PKNP, Astana Golf, Mentiga Corporation, LKPP, PKNP, Yayasan Pahang serta banyak lagi. Justeru itu, saya menyeru rakyat Pahang agar hadir beramai-ramai untuk menyaksikan sendiri apa yang akan dipersembahkan itu", kata Cucumatkilau.
Wednesday, December 15, 2010
PEMBUNUHAN ALTANTUYA : PM DICABAR KEMUKA BUKTI !!
Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah, terutamanya berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempersoalkan media arus perdana yang sengaja "memadam" menyiarkan dakwaan skandal berkenaan seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks.
"Sebab apa Najib mahu mempertahankan Putrajaya (kerana) takut didakwa (di mahkamah) kemudian hari... Mengapa media padam perkara (dakwaan) ini (daripada disiarkan)," katanya ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju malam semalam.
Dalam ceramah itu, Anwar membaca petikan laporan pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa masa depan Najib dihantui dengan skandal pembunuhan Altantuya.
Berikutan laporan dalam laman web berkenaan, Anwar juga mencabar Najib mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.
Dalam ceramahnya juga, Anwar turut menyelar bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan liwat yang sedang dihadapinya.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh - dalam ucapannya selama kira-kira 40 minit itu - menyifatkan perkara berkenaan sebagai "fitnah" dan mencabar pemimpin kanan itu mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu.
"Ada bukti? Saya minta peguam saya menjawab. Ada bukti?... Lee Kuan Yew (boleh) bawa ke mahkamah (dan) jadi saksi kepada Najib di mahkamah.
Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."
"Ia fitnah kepada saya dan saya akan mempertahankan (diri). Ada bukti, keluarkan video, keluarkan... Bawa (bukti) ke mahkamah. Saya akan mempertahankan kehormatan saya. Ini cara saya," katanya sambil mendapat sorakan daripada kira -kira 10000 orang di ceramah berkenaan.
Selain itu, Anwar juga membaca isi kandungan seperti yang didedahkan dalam WikiLeaks yang mendakwa Najib adalah seorang yang "suka mengambil kesempatan". Beliau juga meminta Singapura supaya tidak masuk campur mengenai urusan Malaysia.
"Ini bukan soal kamu... Kita (Pakatan Rakyat yang) lawan Najib.... Jaga negara kamu, jangan sombong dan (jangan) kurang ajar sangat," katanya.
Dalam ceramah itu juga, Anwar turut membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa beliau adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.
"Dia sudah umur 80 tahun, jangan gaduh dengan dia. Jangan kacau... Orang dah umur 80 tahun, (sepatutnya) istighfar sudahlah," sindir Anwar sambil mendapat sorakan daripada hadirin.
Sebelum mengakhiri ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan apa yang berlaku berhubung pendedahan dakwaan yang disiarkan dalam laman WikiLeaks.
"Saya tidur masih nyenyak. Makan makanan enak. Isteri masih cantik dan setia. Alhamdulillah. Mereka mahu melemahkan kita, lagi banyak kita diserang, Alhamdulillah lagi banyak rakyat datang kepada kita.
"Kita ada komitmen dan keyakinan untuk membawa perubahan," katanya sambil melaungkan perkataan "reformasi dan takbir" sebanyak tiga kali yang kemudiaannya disambut oleh para hadirin.
Majlis ceramah malam semalam - yang bermula jam 9 malam - turut dihadiri antaranya Naib Presiden PKR Tian Chua; ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.
Sebelum itu, semua penceramah yang hadir meringkaskan ucapan mereka untuk memberi laluan kepada Anwar memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa yang dikaitkan dengan beliau setelah polis membenarkan waktu ceramah hanya sehingga jam 10.30 malam.

Monday, December 13, 2010
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT DI ADAKAN SEPERTI BERIKUT :
TARIKH : 14 DISEMBER 2010
MASA : 9 MALAM
TEMPAT : TAPAK PASAR MALAM TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR
PENCERAMAH :
DATO SERI ANWAR IBRAHIM
SAMSUL ISKANDAR
YB TERESSA KOK
DAN RAMAI LAGI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT YANG HADIR
ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR BAGI MENDENGAR AMANAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENJELANG PRU KE 13.
LAWAN TETAP LAWAN...
Friday, December 10, 2010
Protes Naik Harga, 3 PEMIMPIN SISWA DI TAHAN
Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka mengadakan perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.
Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.
Ketiga-tiganya duanya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.
Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.
Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.
Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.
Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.
Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.
Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.
Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.
Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Ridzuan dan Shukri kini ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditahan di hadapan IPD Putrajaya.
Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.
Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.
Memorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.
Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.
Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK: PETANDA BN AKAN DITUMBANGKAN RAKYAT

Najib : kerajaan bersetuju tarif elektrik dinaikan..
Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.
Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.
"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.
Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.
Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.- Bernama
KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE 2
KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2 AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :
TEMPAT : DEWAN MILLENIUM KEPALA BATAS,PULAU PINANG
MASA :8.00 PG-6.00PETANG
TARIKH :19 DISEMBER 2010 (AHAD)
Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 ini merupakan suatu acara utama yang antara lain akan membincang dan merumus langkah-langkah dan strategi-strategi penting Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang bakal menjelang serta untuk menyemarak dan mengukuhkan hubungan kerja dan silaturrahim antara ahli-ahli serta pimpinan Pakatan Rakyat keseluruhannya.
Thursday, December 9, 2010
SPEAKER GANTUNG WAKIL PAKATAN RAKYAT LAGI !!!
Dua Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi Chuan Aun dan Fong Po Kuan, digantung daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat sehingga 2.30 petang kerana gagal mengawal emosi masing-masing semasa sesi soal-jawab.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, membuat keputusan itu selepas kedua-dua Ahli Parlimen terbabit mempersoalkan tindakannya yang tidak membenarkan Ooi (DAP-Jelutong) (kiri) meneruskan soalan tambahan berhubung kontrak yang diberikan kepada Bumiputera dalam projek menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang.
Pandikar Amin yang sejak awal pagi menegur ahli Dewan agar mengemukakan soalan tambahan yang jelas dan padat berkata, soalan Ooi tidak mempunyai kaitan dengan soalan asal mengenai projek tersebut.
"Duduk. Yang Berhormat tak dengar apa saya kata. (Tindakan) salah. (Soalan tambahan) tak kena mengena dengan soalan asal. Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menggunakan kuasa saya untuk merehatkan (wakil) Jelutong. Balik semula pada 2.30 petang," katanya.
Ooi sebelum itu meminta Timbalan Menteri Pengangkutan menjelaskan mengapa projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tergendala sehingga ke tahun 2011.
Fong (DAP-Batu Gajah) kemudiannya bangun mempertikaikan keputusan Pandikar Amin itu malah meminta Speaker juga keluar berehat seketika menyebabkan turut mengarahkan beliau keluar Dewan sehingga 2.30 petang.
"Tingkah laku speaker mengsia-siakan demokrasi berparlimen di Malaysia. Beliau tidak dapat mengawal emosi. Ini lebih teruk daripada 'Kangaroo court'," kata Ooi pada sidang media di lobi parlimen, kemudian.
Semalam, Pandikar turut menggantung enam ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mempersoalkan tindakan beliau menghalang Anwar daripada membela diri di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung hubungan Umno dan firma perunding berkaitan Israel, Apco Worldwide.

BaRanG NAIK JaNgAn PeRcAyA JaNji PeMimPin BN
Janji-janji pemimpin kerajaan BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikannya sejak dulu, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh.Menurut Harkahdaily, Nuridah dilaporkan sebagai berkata BN hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya.
Katanya, realiti itu terserlah apabila kerajaan BN sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat seperti petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun telah diberi jaminan bahawa perkara seumpama itu tidak akan berlaku.
Janji palsu?
"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka,” katanya.
"Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," kata Ismail Sabri seperti yang dilaporkan media tempatan.
Malangnya, menurut Nuridah, pada 3 Disember lalu harga petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan harganya RM1.90 seliter. Selain itu, harga diesel juga dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG pula naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Pada hari yang sama, Bernama melaporkan menteri yang sama juga telah berkata sekali lagi bahawa harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kononnya kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.
Pentingkan diri sendiri
"Percayakah anda akan kata-kata beliau itu? Ternyata segala janji pemimpin BN tidak boleh dipegang. Itu semua samalah dengan slogan yang diwar-warkan oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) itu sendiri yang juga tidak boleh dipegang. Sebaliknya, tindak-tanduk para pemimpin BN ternyata tidak pernah mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian, tetapi hanya menekan dan menzalimi rakyat dalam segala aspek.
"Mereka ternyata hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja, bukannya mementingkan rakyat. Jadi, rakyat mesti sedar perkara ini. Jika rakyat tidak sedar dan terus tertipu dengan janji-janji pemimpin BN, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang mesti menyedarkan rakyat agar tidak terus tertipu dengan permainan politik kotor mereka itu," kata Nuridah ketika dihubungi.
Katanya, kenaikan harga petrol, disel, gas dan gula, sememangnya amat menyusahkan rakyat pada semua peringkat, termasuk para penganut Kristian yang akan merayakan sambutan perayaan mereka tidak lama lagi, tetapi para pemimpin BN tidak pernah memikirkan masalah rakyat.
Selain itu, Nuridah juga kesal kerana kerajaan pusat turut menzalimi rakyat dalam aspek air, apabila sanggup bertindak untuk menaikkan harga air di Selangor, sehingga memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil tindakan tegas untuk membantu rakyat yang dizalimi.
Sehubungan itu, katanya, Wanita Pakatan Rakyat dalam mesyuaratnya di bangunan Parlimen semalam antara lain telah memutuskan untuk mengambil tindakan aktif berhubung perkara itu.
Antara lain, mereka akan berjumpa dengan orang ramai untuk mengedarkan risalah untuk menyedarkan orang ramai agar tidak lagi terus tertipu dengan para pemimpin BN dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Selain berjumpa orang ramai di kampung-kampung, mereka juga akan mengedarkan risalah itu kepada orang ramai yang akan pulang bercuti di kampung di plaza-plaza tol, bagi membolehkan rakyat faham tentang realiti sebenar para pemimpin BN yang tidak pernah mementingkan rakyat, tetapi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja.
"Jadi rakyat mesti disedarkan agar tidak lagi memberi undi kepada BN, tetapi kepada Pakatan Rakyat kerana hanya dengan cara itu barulah kehidupan rakyat akan terbela," katanya lagi
Sunday, December 5, 2010
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.Katanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.
“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan.
“Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” kata Anwar.
Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.
Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.
Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.
Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.
Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.
Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.
Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.

Bayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan.
“Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” katanya.
Lim Guan Eng: Janji Dikota Dan Kebajikan Dijaga, Semua Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terima Bantuan Khas Kewangan Bernilai RM800

GEORGETOWN, 4 Dis - Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini. Ketua Menteri Lim Guan Eng (foto) berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu. “Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini. Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas. “Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya. Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam.
[Nampaknya ini sesuatu yang sungguh memeranjatkan. Dikala Ketua Menteri Pulau Pinang itu diasak dengan berbagai tuduhan dan penyelewengan, tiba-tiba langkah ini dilaksanakan. Ternyata Lim Guan Eng mengotakan apa yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu. Kini, apakah agaknya alasan puak-puak UMNO untuk menidakkan segala usaha kebaikan yang dilaksanakan itu agaknya?. Mungkinkah ramai diantara mereka akan diarahkan memulangkan semua duit tersebut seperti apa yang berlaku baru-baru ini?. Kini, mungkin mereka akan terdiam tanpa suara melihat apa yang terjadi. Apa cerita kakitangan awam di negeri Pahang agaknya?. Sudahlah mereka dinafikan hak untuk mendapat duit raya seperti rakan-rakan di negeri lain, kini mungkin bantuan khas juga tidak akan mereka nikmati. Apa yang ada hanyalah sekadar baki wang ehsan yang dijanjikan kerajaan pusat dulu. Kerajaan negeri seperti biasa hanya "tengok sana tengok sini" tanpa ada apa-apa. Malah mungkin ada yang akan mengatakan pemberian itu untuk politik dan sebagainya. Namun, masalahnya kenapa di zaman BN berkuasa semua itu tidak diberikan kepada mereka agaknya. Inilah perbezaan ketara sebenarnya].
Saturday, December 4, 2010
Kontroversi: Demontrasi Pertahankan Ketuanan Melayu Anjuran Perkasa Dan Sekutunya Berjaya Kerana Sikap "Double Standard" Polis Kuantan!!
KUANTAN, 4 Dis - Orang ramai di bandar ini terkejut dengan tindakan "double standard" pihak polis dalam menguatkuasakan undang-undang mereka terutamanya berkaitan dengan isu perhimpunan dan demontrasi aman. Jika ia melibatkan pemimpin dan NGO yang berkaitan dengan parti pembangkang, sudah pasti undang-undang tegas akan dikenakan. Malah, pihak polis sanggup menghalang acara terbabit dalam apa jua cara sekali pun termasuk menggunakan kekerasan terhadap mereka yang terlibat. Pihak polis bukan sahaja mengarahkan mereka bersurai malahan turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat. Malah, dalam kebanyakkan demontrasi aman yang dijalankan oleh merela, pasti saja Ketua Polis Daerah (OCPD) sendiri akan turun untuk memantau situasi di lokasi yang berkenaan iaitu perkarangan Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini. Tindakan ini jelas sekali dengan konsert "mesra rakyat" yang sepatutnya diamalkan oleh pihak polis sebenarnya. Jika ia melibatkan pembangkang, maka mereka sewenang-wenangnya menguatkuasakan undang-undang berlandaskan undang-undang. Tetapi apabila melibatkan pemimpin, parti politik atau NGO yang menyokong kerajaan maka semua arahan tersebut "longgar begitu sahaja". Inilah yang berlaku dalam demo "Bantahan Ketuanan Rakyat" yang diadakan di perkarangan masjid terbabit petang semalamSebahagian peserta demo yang kelihatan semasa cara itu berlangsung
Kain rentang "Anwar Ibrahim Bertaubatlah" juga dipamerkan mereka

Kain rentang yang dipasang di pagar masjid, hero demo semalam (kanan)
Apa yang menarik ialah "Laungan Allahu Akhbar" yang dijeritkan oleh Faiz langsung tidak mendapat "sahutan" daripada jemaah yang keluar dari masjid berkenaan. Hanya beberapa kerat yang menyahut laungan tersebut dengan hati yang tidak ikhlas. Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkag terutamanya dari PAS sebelum ini. Mungkin kerana "roh perjuangan Islam" dalam diri mereka itu tidak berapa kuat agaknya, maka ia gagal memberi impak besar kepada jemaah masjid yang berada disitu semalam.
Demo Anjuran NGO Sokong Kerajaan Di Halalkan
Demo yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Pahang itu dikatakan untuk menyatakan bantahan terhadap mana-mana pihak yang terus berdegil mempertikakaikan hak dan keistimewaan orang Melayu. Demo yang diketuai oleh Ketua Penerangannya iaitu Mohd Faiz Hashim (foto), yang juga merupakan Bendahari Pemuda UMNO Indera Mahkota itu dilihat berjalan dengan lancar dan baik tanpa gangguan oleh pihak polis seperti kebiasaannya. Biarpun ia mungkin tidak mempunyai "permit" seperti lain-lain demo sebelum ini, namun anehnya mereka dilihat selesa mengadakannya tanpa ada mana-mana pegawai polis yang mengarahkan ia diberhentikan seperti yang berlaku kepada pihak pembangkang sebelum ini. Memang benar polis ada memantau, tetapi mereka dilihat sekadar berborak-borak sesama sendiri dan tidak bertegas untuk menghalang. Inilah buktinya, yang pihak polis dilihat "double standard" terhadap rakyat itu sendiri. Bayangkan jika yang bercakap itu pemimpin atau NGO pembangkang, sudah pasti mereka akan bertegas mengarahkan ia diberhentikan, semua bersurai atau memberi masa lima minit sahaja untuk berucap dan beredar dari lokasi berkenaan. Apapun, demo terbabit hanya disokong oleh pihak yang berkenaan sahaja, termasuk beberapa orang pemimpin UMNO, serta wakil NGO terbabit seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Pahang dan juga MAYC.
Bukti, demo bantah judi anjuran PAS (pembangkang) diganggu pihak polis
kelihatan OCPD Kuantan, Jasmani Yusof memberi kata dua kepada peserta

Lagu bukti kukuh, pihak polis kuat kuasakan undang-undang bila demo itu
dilakukan pembangkang tetapi tidak untuk mereka yang sokong kerajaan
Menurut Faiz, ketuanan Melayu yang cuba dipersoalkan tidak boleh dibiarkan kerana ia menyentuh sensitivi kaum Melayu. Beliau juga memberi amaran pihak berkenaan supaya tidak lagi mempersoalkan perkara terbabit kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan. Disamping ketuanan Melayu, yang dipersoalakan juga ialah tentang penghinaan terhadap agam Islam itu sendiri yang dibuat oleh salah seorang wakil PKR ketika Kongres Nasional parti itu baru-baru ini. Mereka mengecam tindakan wakil berkenaan yang juga merupakan ADUN Hutan Melintang Perak, S.Kesavan yang didakwa mentafsir ayat Al-Quran secara membuta tuli dan tidak tepat. Apa yang pasti pemimpin UMNO dan NGO mereka perlu banyak belajar ilmu berdemo daripada pembangkang.
[Apa yang menarik untuk diperkatakan disini ialah kenapa harus ada dua undang-undang untuk perhimpunan itu sendiri?. Jika ia diadakan oleh parti kerajaan atau NGO yang menyokong mereka, maka arahan itu longgar atau sengaja dilonggarkan tetapi jika ia membabitkan pemimpin dan NGO pembangkang maka arahan itu ketat atau segaja diketatkan. Apakah ini caranya kerja profesional yang dilaung-laungkan itu agaknya. Lokasi yang sama tetapi undang-undang yang berbeza untuk rakyat. Sewajarnya, pihak polis mengambil langkah yang sama terhadap NGO kerajaan jika mereka benar-benar ingin mendaulatkan undang-undang. Amalan inilah yang menyebabkan rakyat tidak yakin dan percaya kepada kerja-kerja pihak polis itu sendiri sebenarnya. Mereka sanggup menggunakan kekerasan atau berhemah mengikut arahan politik jika sesuatu demontrasi yang tidak memihak kepada kerajaan itu sendiri. Sebaliknya arahan akan bertukar jika ia boleh menguntungkan kerajaan. Ternyata, demo yang diadakan itu adalah dinaungi oleh parti UMNO sebenarnya. Malah Ketua Penerangan Perkasa itu sendiri juga adalah Bendahari UMNO Indera Mahkota sebenarnya. Oleh itu, pihak polis diharap agar tidak meneruskan amalan doubble standard ini pada masa-masa yang akan datang. Berilah keadilan kepada semua rakyat tanpa membezakan fahaman politik masing-masing].
Thursday, November 25, 2010
Kongres Nasional Keadilan Rakyat Pada 26 November 2010(Jumaat)..
Datanglah Kongres Nasional Keadilan Rakyat beramai-ramai bagi memantapkan parti sebelum Pru 13.
Tarikh:26 November 2010(Jumaat)
Tempat: Dewan Sivik MBPJ,Petaling Jaya
Daftar: Jumaat(7.00-9.00)..
DATANGLAH BARAMAI-RAMAI..
Monday, November 22, 2010
Kunjungan Amwar Ke Pahang Dijanka dapat memulihkan sedikit kepercayaan rakyat
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim khabarnya akan bertandang ke bumi Pahang Darul Makmur pada 23 November ini. Kunjungi ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh ahli PKR dan juga rakyat Pahang sebenarnya. Tambahan pula disaat kemelut pemilihan 2010 yang kini melanda parti itu. Apa yang pasti kehadiran Anwar bakal memberi suntikan baru kepada pimpinan PKR negeri untuk kembali memperkukuhkan parti selepas agak tegang gara-gara kempen pemilihan ini. Justeru itu ramai yang amat ternanti-nanti kemunculan mantan TPM itu. Difahamkan, Anwar bakal bertemu dengan kepimpinan PKR negeri di Pejabat Perhubungan PKR Jalan Beserah Kuantan. Sementara di sebelah malamnya, beliau akan bertemu rakyat dalam ceramah umumnya yang kedua di lokasi terbabit. Harus diingat, Anwar pernah hadir dan berceramah di tempat yang sama awal tahun ini. Makanya, kehadiran Anwar kali ini pasti akan memberi harapan baru buat PKR Pahang. Sudah pasti, nama Datuk Zaid Ibrahim bakal ditimbulkan semasa ceramah beliau itu nanti. Soalnya, apakah relevan untuk nama Zaid terus dimainkan, sedangkan penyokong bekas calon Timbalan Presiden itu sebenarnya masih ramai dalam PKR Pahang itu sendiri. Ada sebahagian daripada mereka kini, mengakui bahawa tertipu dengan permainan Zaid. Beliau begitu licik memberi harapan kepada para penyokongnya, tetapi tiba-tiba bertindak diluar dugaan mereka seperti apa yang berlaku sekarang ini. Semuanya ini jelas membuktikan bahawa para penyokong Zaid tidak bersalah sebenarnya apabila memberi sokongan kepada beliau. Namun, masalahnya yang berlaku mutakhir ini mereka bukan sahaja dihentam dan dikutuk oleh penyokong Azmin Ali. Malah ada juga yang telah diberi kata dua bahawa riwayat politik masing-masing akan berakhir kiranya berlaku rombakan kepimpinan negeri selepas ini. Apapun, hanya Anwar Ibrahim yang lebih mengetahui dan bakal meredakan keadaan yang berlaku ini. Nantikan kunjungan beliau ke Kuantan bagi mendengar amanat terakhirnya sebelum Kongres Nasional PKR mulai 26 November ini.
[Dengan perkembangan ini, adalah lebih elok kepada para penyokong Azmin Ali tidak terus menyerang dan menghentam bekas penyokong Zaid Ibrahim sama ada secara terbuka atau menerusi laman sembang sosial seperti facebook. Senario ini jelas berlaku di Pahang sekarang ini, terutamanya melibatkan pimpinan PKR negeri yang menyebelahi Azmin itu sendiri. Adalah lebih elok mereka berusaha untuk memantapkan semula perjuangan parti agar ia kembali di terima rakyat, daripada terus memainkan isu Zaid. Langkah mencetuskan provokasi keterlaluan bakal menyebabkan individu yang tidak dapat mengawal perasaan akhirnya mengambil tindakan diluar batasan. Adalah lebih elok, hubungan sillaturahim dieratkan semula jika benar mereka mengatakan pemilihan PKR yang berlaku itu adalah antara adik beradik. Jika sikap seperti sekarang terus diambil, maka akhirnya kepercayaan rakyat terhadap PKR akan terus terhakis dan peluang untuk menakluki negeri Pahang akhirnya berkubur begitu saja. Inilah yang perlu difikirkan semua pihak sekarang

Saturday, November 20, 2010
Ramai yang terkejut melihat apa yang berlaku kepada Datuk Zaid Ibrahim sebenarnya. Belum pun setahun beliau bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), akhirnya kini dirinya terpelanting dan kemungkinan besar bakal diterajang keluar dari parti itu. Malah, Ketua Umum PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menganggap bahawa Zaid adalah pengkhianat dan merupakan "Kuda Trojan" untuk menghancurkan parti itu. Soalnya sekarang, apakah benar Zaid memang seperti apa yang diperkatakan?. Bagi penyokong Azmin Ali, kini mereka gembira dan selesa dengan pemergian "insan bernama Zaid Ibrahim" itu sebenarnya. Keluarnya Zaid bukan sahaja memudahkan laluan Azmin untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden. Malah, ketiadaan Zaid itu sendiri dilihat dapat memperkukuhkan lagi perjuangan parti itu dalam usaha untuk menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Zaid kini bukan sahaja dituduh penderhaka, malahan juga dicop sebagai "agen UMNO" yang ditugaskan menghancurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun, biar apapun tuduhan yang dilemparkan kepadanya tetapi Zaid Ibrahim tetap seperti biasa. Terus mengadakan sidang media dan mendedahkan kononnya dia cuba untuk memperbetulkan parti dan ikhlas mahu melaksanakan agenda perubahan. Jika benar, kenapa Zaid haru keluar dan undur diri dari PKR?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Malah, tindakan Zaid yang gemar mengadakan sidang media dan secara terbuka menghentam parti dilihat sebagai satu tindakan biadap dan tidak sepatutnya. Apatah lagi dia sendiri dibawa masuk ke dalam parti oleh Anwar. Maka itu, ramai yang kecewa apabila Zaid begitu berani mengeluarkan kenyataan supaya Anwar dan Azmin harus berundur jika mahu melihat parti itu selamat. Soalnya, selamat untuk siapa?. Apakah selamat untuk berada dalam gengamannya?. Inilah yang menjadi kemusykilan rakyat sebenarnya?. Apakah Zaid berada dipihak yang benar seperti pendedahannya kepada media?. Jika dia benar, sepatutnya Zaid tidak khianat kepada penyokongnya. Jika dia benar, Zaid sepatutnya tidak mengundur diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden, letak jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan atau sebagainya.
Tidak Wajar Berundur Jika Perjuangannya Ikhlas
Zaid Sebenarnya Mulakan Game Terhadap Azmin
Selepas pengumuan Zaid mutakhir ini, ramai yang menganggap beliau kononnya berada dipihak yang benar. Namun, bagi penyokong Zaid, Azmin tetap benar dan lebih layak untuk dianggap sebagai pemimin tertinggi parti itu sebenarnya. Namun, hakikat sebenarnya masing-masing tidak tahu siapakah yang mencetuskan polimik ini. Bercakap soal penyelewengan misalnya, Zaid hanya mendedahkan tentang Azmin dan apa yang berlaku kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Kononnya Azmin meletakkan ramai orangnya sebagai petugas JPP untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya dan proksi beliau. Malah, Azmin dilihat kononnya mempengaruhi Anwar untuk memastikan "line-up" beliau menang selesa dalam pemilihan PKR ini. Namun, sesuatu harus diingat bahawa Zaid sebenarnya juga ada melakukan kesilapan dan kesalahan besar yang tidak disedari. Beliau terlebih dahulu membawa budaya UMNO ke dalam PKR. Amalan, janji manis dan politik wang begitu ketara tatkala Zaid mengumumkan hasratnya untuk bertanding. Malah, ada bukti kukuh yang terdapat Ketua-Ketua Cabang yang sudah menerima habuan dan imbuhan yang dijanjikan Zaid andainya berjaya mencalonkan dan memastikan undi beliau tinggi. Biarpun mungkin ini cuba dinafikan orang-orang Zaid, namun hakikat sebenar hanya mereka yang mengetahui dan mengalaminya sahaja lebih mendalaminya. Mungkin dek kerana "politik wang" yang dimainkan oleh Zaid menyebabkan Azmin dan penyokongnya mula gentar. Lantaran itu, jalan terbaik ialah menggunakan "taktik kotor" seperti mempengaruhi Anwar dan juga JPP. Inilah yang berlaku akhirnya, satu perjalanan pemilihan yang jelas diragui kesahihannya serta penuh dengan penipuan seperti apa yang dikatakan oleh Zaid itu sendiri. Soalnya sekarang, apakah Azmin tidak menggunakan taktik yang sama?. Ia juga ada, namun jumlahnya tidak sehebat Zaid. Malah, Azmin dilihat lebih "bermewah-mewah" apabila menampilkan imej hebat dengan buku manifesto, sticker, bookmark, poster, bunting serta lain-lain barangan yang digunakan untuk memancing undi. Bahkan, hinggakan ke hari pengundian pun orang-orang Azmin masih mengedarkan barangan tersebut. Soalnya, dari mana Azmin mendapat wang sebanyak itu untuk menyediakan segalanya?. Melihat kepada buku manifestonya sahaja, mungkin nilainya cukup hebat. Maknanya, kedua-dua pemimpin terbabit sebenarnya bermain dalam "game" yang sama.
[Melihat kepada senario yang berlaku ini jelas sekali Azmin berjaya melakukan pukulan "smash kencang" yang membolehkan beliau menang "straigt set" terhadap Zaid. Inilah yang mengecewakan penyokong Zaid, beliau tewas kepada "game" yang dimulakan sendiri. Oleh yang demikian jugalah, Zaid sepatutnya tidak berundur dari medan pertarungan. Beliau harus menerima hakikat tersebut dan bukannya mencanangkan kononnya dia berada di pihak yang benar dalam apa yang berlaku ini. Namun, harus diingat juga bahawa Azmin Ali tidak semestinya berada dipihak yang benar selagi JPP itu sendiri dilihat masih gagal meyakinkan ahli-ahli PKR itu sendiri. Maknanya, yang menang tidak semestinya benar dan yang kalah tidak semestinya salah. Justeru itulah, para penyokong kedua-dua pemimpin terbabit tidak perlulah terlalu emosi dalam hal ini. Biarlah jalan penyelesaian terbaik diambil agar keutuhan PKR dan perjuangan rakyat itu tidak terpalit dengan segala kemelut ini].
Thursday, November 18, 2010
Sistem Satu Ahli satu undi untuk masa depan PKR
PKR tidak akan tunduk kepada kritikan, tuduhan dan ugutan melulu terhadap pemilihan parti malah tetap komited untuk menyemarakkan demokrasi tulen yang memberikan hak mengundi kepada setiap ahli.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata sistem satu ahli satu undi yang diperkenalkan pada pemilihan kali ini adalah sejajar dengan matlamat memberikan akar umbi hak menentukan corak kepimpinan parti.
"Kita percaya kepada prinsip memberikan hak dan juga kepada setiap anggota yang sebenarnya boleh dianggap bijak dan mampu berfikir bagi menentukan corak kepimpinan yang mereka hendak amanahkan bagi menerajui kepimpinan parti," kata Saifuddin kepada TV Selangor, melalui segmen bual bicara, Terus Terang.
PKR adalah parti politik pertama di Malaysia memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung dengan setiap ahli di peringkat cabang berhak memilih pemimpin peringkat nasional.
Namun pemilihan beberapa cabang tercemar dengan tuduhan proses pengundian tidak telus termasuk pengiraan kertas undi selain dakwaan provokasi luar dari bukan ahli parti.
Kemuncak tidak puas hati sistem baru pemilihan itu adalah apabila bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim tidak meneruskan saingannya sebagai timbalan presiden dan bertindak keluar dari parti.
Krisis paling hebat
Seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub juga telah berulang-kali meminta pemilihan kali ini ditangguhkan tetapi tidak dilayan.
PKR yang jarang-jarang mendapat ruang di media arus perdana, tiba-tiba mendapat perhatian apabila segala pergolakan parti itu diberikan perhatian khusus dan dilaporkan sebagai krisis paling hebat dalam PKR.
Namun Saifuddin berkata segala tuduhan mesti ditangani secara tenang dan dinilai dari konteks yang betul.
“Tidak ada keperluan untuk parti menekan butang kecemasan.
"Kita kena ingat sistem pemilihan yang adil adalah satu proses terbuka yang mengundang segala macam masalah, sama ada reaksi dari orang luar mahupun orang dalam. Itu tidak dapat dielakkan.
"Reaksi dari orang luar kita anggap sebahagian daripada minat mereka terhadap proses ini. Reaksi daripada orang dalam, baik yang berupa aduan, komen, kritik, adalah satu lagi perkara yang berlaku secara terbuka.
"Kalau mereka salurkan melalui saluran parti, kita akan tangani cara saluran parti. Kalau mereka memilih untuk meletupkannya secara terbuka, kita akan hadapi secara terbuka," kata Saifuddin.
Beliau menegaskan PKR sebagai sebuah parti masa depan, harus berani membawa perubahan hatta mencuba sesuatu yang baru.
Beliau berkata dengan memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung, PKR memberikan petunjuk jelas bahawa ia adalah sebuah parti untuk masa depan.
"Politik itu bersifat dinamik. Yang namanya politik itu bukan sesuatu yang berbentuk statik. Mesti ada keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru. Bermula dengan proses penamaan calon biar pun belum pernah dilakukan oleh mana-mana parti," katanya.
Suara rakyat
Berbeza dengan parti perkauman seperti Umno dan rakan parti komponennya dalam BN, Saifuddin berkata PKR bergerak jauh ke hadapan dengan mendokong suara rakyat tanpa mengira latar belakang dan fahaman agama.
Atas sebab itu, kira-kira 400,000 ahli PKR di seluruh negara berjaya disatukan di bawah satu bumbung parti dengan komposisi 50 peratus masyarakat berbangsa Melayu, 23 peratus India, 12 peratus Cina dan 15 pelbagai etnik dari Sabah dan Sarawak.
"Kalau hendak dilihat dari rupa wajah politik Malaysia akan datang, cerminannya sudah ada pada parti Keadilan,” katanya.
Namun tegasnya, PKR yakin, sistem pemilihan sebegitu adalah cara terbaik untuk menzahirkan konsep perjuangan yang dibawanya.
"Saya fikir untuk jangka masa panjangnya, dari sudut falsafah, dari sudut prinsipnya, saya percaya parti Keadilan sedang bergerak pada landasan yang betul untuk memberikan satu rupa dan wajah baru kepada politik negara pada satu masa nanti," katanya lagi

~SeLaMaT HaRi RaYa AiDil Adha~
Ketua Ranting PKR Ulu Gali Pak Ali Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelayar blog ini.semoga hari raya kali ini sentiasa disinari hidayah dan dilimpahi nikmah dan barakah dari ALLAH SWT..
ikhlas daripada semua AJK ranting pkr ulu gali.
ikhlas daripada semua AJK ranting pkr ulu gali.
Monday, November 15, 2010
2.5 juta jemaah haji wukuf di Arafah
Kira-kira 2.5 juta jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk 26,000 dari Malaysia wukuf di Arafah hari ini - kemuncak dalam ibadah haji, dalam suasana cukup harmoni dan syahdu.
Cuaca kering, tetapi dikira tidak terlalu panas dengan suhu mencecah 34 hingga 35 darjah celsius melegakan umat Islam yang berada di tanah suci Makkah untuk sedia berhimpun di padang Arafah.
Jemaah mula berangkat ke Arafah dengan bas kira-kira 21.9 km dari Makkah sejak jam 11 pagi semalam waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) mengikut jadual yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi di bawah kawalan ketat.
Ada laporan agensi berita menyebut angka jemaah pada musim 1431 Hijrah ini mencecah tiga juta orang.
Jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari ini (Zohor) dan berangkat ke Mudzalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Jemaah haji Malaysia yang diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dan pihak Muasassah berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka jelas terjaga.
Malam semalam mereka banyak menghabiskan masa dengan membaca al-quran, berzikir, solat sunat, solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT.
Pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi buat pertama kali memperkenalkan Global Broadcast System (GBS) mengandungi pelbagai maklumat dan risikan mengenai isu-isu keselamatan dan cuaca pada musim haji ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut berada Arafah meninjau dan melihat keadaan jemaah Malaysia di khemah-khemah.
-dipetik dari Bernama-

Saturday, November 13, 2010
PEMILIHAN PKR : AZMIN 8368 DAN MUSTAFFA KAMAL 1915
Sebanyak 41 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, melibatkan sembilan negeri di seluruh negara.
Di Pulau Pinang lima cabang terlibat, Terengganu (8), Perak (7), Wilayah Persekutuan (6), Sabah (5), Johor (4), Sarawak (3), Melaka (2) dan Selangor (1).
Pengundian yang masuk hari kedua dalam minggu ketiga, kali ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan - timbalan presiden - kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 114 cabang - 99 semalam dan 15 yang diperoleh setakat ini - Azmin Ali kekal di depan dengan majoriti 6,453 undi.
Beliau mendapat keseluruhan 8,368 undi manakala Mustaffa pula dengan 1,915 undi.
Keputusan rasmi dijadual diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution setiap pagi Isnin.
Berikut keputusan tidak rasmi mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:
Wangsa Maju Azmin (27), Mustaffa (16)
(44 daripada 1,368 anggota keluar mengundi)
Jasin Azmin (92), Mustaffa (9)
(102 daripada kira-kira 1,100 anggota keluar mengundi)
Kota Melaka Azmin (28), Mustaffa (25)
Kepong Azmin (17), Mustaffa (4)
(21 daripada 500 anggota keluar mengundi)
Titiwangsa Azmin (24), Mustaffa (8)
(32 daripada kira-kira 1,200 anggota keluar mengundi)
Bayan Baru Azmin (72), Mustaffa (31)
Balik Pulau Azmin (139), Mustaffa (3)
Bukit Bendera Azmin (50), Mustaffa (1)
Nibong Tebal Azmin (19), Mustaffa (62)
Setiawangsa Azmin (14), Mustaffa (32)
Muar Azmin (19), Mustaffa (3)
(22 daripada 619 anggota keluar mengundi)
Pasir Salak Azmin (60), Mustaffa (110)
(170 daripada kira-kira 1,500 anggota keluar mengundi)
Bagan Datok Azmin (79), Mustaffa (66)
(151 daripada kira-kira 1,600 anggota keluar mengundi)
Teluk Intan Azmin (33), Mustaffa (46)
Batu Azmin (46), Mustaffa (57)
(106 daripada kira-kira 1,500 anggota keluar mengundi)

Sunday, November 7, 2010
6.11.2010
Pak Ali n Kak Non Telah Mengadakan Kenduri Kesyukuran
setelah selesai Mengadakan Majlis Perkahwinan
anak Perempuan kami Zaidatul Akma Mohd Ali dan Mohd Firdaus.
Seramai 40 hadirin yang hadir pada majlis tersebut........
setelah selesai Mengadakan Majlis Perkahwinan
anak Perempuan kami Zaidatul Akma Mohd Ali dan Mohd Firdaus.
Seramai 40 hadirin yang hadir pada majlis tersebut........
Kita lunas dalam PRU nanti-Wan Azizah
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Pakatan Rakyat akan melunaskan dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kekalahan kepada BN pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas.Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, meskipun terpaksa berhadapan dengan sogokan pengundi, penyalahgunaan jentera dan dana kerajaan, dan serangan bertubi-tubi media arus perdana, Pakatan Rakyat tetap mencatatkan keputusan yang memuaskan.
Keputusan semalam, katanya menyaksikan undi golongan muda kepada Pakatan Rakyat meningkat di kedua-dua kerusi Batu Sapi dan Galas.
Ini juga, ujarnya yang diperlihatkan secara konsisten dalam 7 kemenangan Pakatan Rakyat dalam siri-siri pilihan raya kecil usai 2008 lagi.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat jentera pilihan raya yang begitu komited dan bertungkus-lumus bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat.
“Tewas bukan bererti kita harus akur pada situasi semasa, hakikatnya ia menjadi satu ruang untuk kita memperkemaskan jentera dan juga mengenal pasti kekurangan yang perlu ditambah baik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Sekalung tahniah buat para petugas Keadilan khususnya dan Pakatan Rakyat amnya di Batu Sapi dan Galas, katanya.
Tambahnya, kepada rakyat yang memberikan undi kepada PKR di Batu Sapi, sokongan mereka dihargai sepenuhnya.Menurutnya, ia jelas membuktikan bahawa Sabah, meskipun disebut sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN, bukan lagi tapak selesa bagi mereka.
“Insya Allah kita lunaskan dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.
Sharizat jangan bermain politik
ALOR SETAR, 6 Nov: Tatkala lebih 40,000 mangsa banjir perlu meninggalkan tempat tinggal mereka akibat krisis banjir yang paling teruk dalam sejarah negeri Kedah, ada juga pemimpin daripada Barisan Nasional yang cuba mengambil kesempatan untuk bermain politik.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kesal terhadap sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang cuba mempolitikkan krisis banjir di Kedah dengan menyalahkan kerajaan PAS Kedah lembap dalam membantu mangsa banjir.
“Saya kesal dengan kenyataan Datuk Shahrizat, yang blame (mempersalahkan) kerajaan negeri (Kedah) tidak membuat apa-apa dan kerajaan negeri lembap – itu satu kenyataan yang sangat melampau,” ujar Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata dalam keadaan semua agensi kerajaan negeri dan semua pihak tengah bersusah-payah dan bertungkus lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah, kenyataan Shahrizat memperlihatkan kehadiran Ketua Wanita Umno itu bukan untuk membantu tapi untuk berpolitik.
Shahrizat, kelmarin dipetik menyalahkan kerajaan negeri Kedah tidak menyediakan pengangkutan untuk membantu untuk menghantar makanan kepada penduduk di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir terutama di Padang Terap.“Saya nak sebut bahawa beliau tak boleh blame (salahkan) kerajaan negeri, kerajaan negeri bukan memiliki kenderaan-kenderaan berat dan kenderaan yang sangat terhad yang nak digunakan untuk pengangkutan-pengangkutan yang lain.
“Jadi, sepatutnya beliau sebagai menteri boleh coordinate dengan jabatan kebajikan di bawahnya dengan tentera dan sebagainya untuk mendapat kenderaan-kenderaan berat, kenderaan pacu empat roda, trak dan sebagainya untuk mengharungi kawasan masuk air, dan juga mendapatkan bot-bot besar,” jawab Mahfuz terhadap kenyataan Shahrizat.
Mahfuz juga membandingkan sikap kesudian membantu Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan Shahrizat apabila beliau memintanya untuk mendapatkan bantuan bot besar di kawasan parlimennya, Pokok Sena untuk mencapai kawasan penempatan banjir terputus.
“Kalau di kawasan saya, Datuk Seri Nazri datang, saya sebut masalah di sini ialah satu tempat kita tak dapat pergi kerana putus, kita tak boleh hantar bekalan makanan walaupun mereka ada penempatan banjir sebab arus air deras, dan bot-bot yang mereka hantar pula bot yang kecil, bomba sendiri pun tak berani pergi dengan bot yang kecil.
“Jadi, saya mintalah bot yang besar, bot tentera dan bot smart barulah beliau membantu mengarahkan perkhidmatan keselamatan negeri ini untuk menghantar bot smart,” katanya.
Situasi penempatan banjir
Mengenai situasi di pusat penempatan banjir, Mahfuz menyifatkan keadaannya sesak dan kurang selesa kerana terpaksa meletakkan hampir dua ke tiga ribu orang di sesebuah pusat penempatan banjir, dan ada pusat penempatan banjir yang terputus bekalan air dan juga elektrik.“Cuma saya lihat koordinasi masalah penempatan ini – ini juga kelemahan jabatan kebajikan di bawah Shahrizat ini sebab satu-satu tempat pemindahan itu, kalau ia nak digazet ia perlu kebenaran daripada jabatan kebajikan.
Jadi inilah masalahnya, kadang-kadang kreativiti dan inovasi jabatan kebajikan itu agak perlahan – dia hanya lihat tempat-tempat yang biasa – yang akhirnya kita terpaksa melambakkan 2,000 dan 3,000 orang di satu tempat,” ujarnya sambil menambah mangsa banjir semakin meningkat dengan air mula memasuki kawasan bandar Alor Setar dengan keadaan di kampung yang masih ditenggelami air.

Rosmah Pemangku PM??
PARIT BUNTAR, 4 November :- Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.Menurut seorang peguam terkenal, Malik Imtiaz Sharwa, beliau mempersoalkan bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM.Senario ini telah menjadikan pentadbiran BN semakin pelik, isteri perdana menteri bukan seorang ahli parlimen, adakah Malaysia ini milik najib dan rosmah, kejadian ini sedikit sebanyak membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia ini sememangnya sentiasa “Malaysia boleh” dalam apa jua hal termasuklah juara kejadian pelik dan aneh.
Satu ketika dahulu, jika Datin Seri Dr. Wan Azizah juga dipersoalkan tentang hal yang sama dalam hal “mengganti” DSAI ketika beliau meringkuk dalam penjara, persoalan ini tidak wajar kerana Datin Seri Dr. Wan Azizah bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan menang seterusnya layak selaku ahli parlimen, ini suatu yang sememangnya hak beliau untuk berada di posisi pemangku suaminya.
Akan tetapi Datin Seri Rosmah langusung tiada kaitan dengan sebarang jawatan dalam pepimpinan Negara, ahli parlimen juga tidak senator jauh sekali, masih ramai lagi mentari lain jika TPM juga tidak dapat hadir bagi mengganti PM yang berada dalam kondisi kesihatan yang kurang baik.
“Saya mencadangkan beliau (Rosmah) perlu bertanding di mana-mana parlimen terlebih dahulu jika berminat lagi mahu menjadi “pemangku” PM lagi selepas ini,” ujar Drs. Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ketika ditemui di sini.
Saya juga ingin mencadangkan agar beliau (PM) seharusnya peka dengan kewajipan melantik mana-mana menteri bagi mengganti beliau jika sekiranya beliau tidak sihat sekalipun dalam ketidaksanggupan hadir ke manamana jemputan, ini bagi menjaga imej PM Malaysia itu sendiri.

Monday, September 27, 2010
JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI KAMI
SAYA INGIN MENJEMPUT SEMUA PELAYAR BLOG INI KE MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI KAMI YANG AKAN BERLANGSUNG SEPERTI BERIKUT :
TARIKH :10/10/2010
MASA 12 TGHARI- 4 PTG
TEMPAT : NO 42 KG ULU GALI,RAUB PAHANG.
PELAN LOKASI
Wednesday, September 15, 2010
FAMILY ZAKARIA ABDUL HAMID
kunjungan family zakaria Abdul Hamid beraya ke rumah ketua cabang Raub Abg Ali n Kak Nun
bersama-sama cik idris n ali dari cabang Lipis pada 13/9/10. terima kasih pada kwn2 yang datang beraya ke rumah kami..
sekitar raya 2010 fmly pak ali n kak nun
cucu tersayang aqilah qistina
cucu sulungku irfan
bersama dengan anak-anakku tersayang
bersama-sama dengan anak, menantu, n cucu tersayang
malam raya main bunga api
Subscribe to:
Posts (Atom)