Monday, December 14, 2009

SPRM hendaklah profesional dan siasat setpol Pm-Salahudin

KOTA BHARU, 14 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah profesional dalam menjalankan tugasnya, bahkan bertindak mengikut apa yang dilaporkan kepadanya termasuk laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong mengenai dakwaan salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafei Abdullah.Ini kerana Parlimen Malaysia sendiri telah pun menerima usul yang dikemukakan Wee."Kita mengharapkan supaya SPRM sentiasa bertindak profesional dan dapat bertindak mengikut apa yang dilaporkan oleh pihak YB Wee Choo Keong dan usul beliau telah diterima oleh Parlimen, " kata anggota Jawatankuasa SPRN, Salahuddin Ayub.Bercakap kepada media selepas menghadiri Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden 2009 di Nilam Puri dekat sini semalam, beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, pada hematnya apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju itu telah mendapat perhatian Parlimen Malaysia."Dan Parlimen telah pun bersetuju untuk menerima usul daripada beliau dan perkara itu akan dilaporkan kepada SPRM," katanya.Wee dalam ucapannya di Parlimen semasa mengambil bahagian pada sesi perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bajet 2010 dan sekaligus membahas mengenai Maksud Bekalan 32, Butiran 01000 Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan dan 060000 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini berkata tugas-tugas setiausaha politik adalah untuk membantu Menteri, membantu Perdana Menteri, menjaga kepentingan politik kerana dipercayai mereka sibuk degan tugas masing-masing, sebab itulah diwujudkan jawatan itu.Oleh itu mereka ini tidak patut campurtangan dalam sebarang urusan pentadbiran apatah lagi menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai settiausaha politik dengan mengaut keuntungan peribadi, mengganggu pentadbiran kerajaan dan agensi termasuk DBKL."Dan apakah mengaut keuntungan ini untuk dia sendiri atau untuk Perdana Menteri ataupun Menteri"Seperti kacauganggu ataupun campurtangan Setiauasaha Politik Perdana Menteri, Mr Political Toll, dalam pentadbiran DBKL, halang pengurusan DBKL untuk ambil tindakan dan menguatkuasakan undang-undang di beberapa tempat seperti yang saya sebutkan sebelum ini," katanya.
Salahuddin mengulas ucapan tahniah diberikan kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju itu di atas pendedahannya mengenai dakwaan membabitkan salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri serta laporan kepada SPRM Wilayah Persekutuan yang dikemukakan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan baru-baru ini.Beliau turut mengulas dakwaan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa program Biro Tata Negara (BTN) hanya membazirkan wang rakyat dengan dengan itu mencadangkan supaya dihapuskan kerana suah jauh menyeleweng daripada matlamat asalnya, manakala bekas Pengarah BTN Terengganu Rosli Abdullah pula mendakwa bahawa BTN yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangasa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti Umn"Modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas 1998 lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada parti pemerintah itu, dan pada masa sama, peserta kursus juga diajar memusuhi pemimpin parti pembangkan khususnya ulama dalam PAS serta lebih bersifat perkauman," dakwanya.Salahuddin berkata beliau sendiri mempertegaskan perkara itu dalam Perlimen bahawa BTN perlu direview, perlu dilihat semula tentang modul-modulnya."Dan saya telah memberikan keyakinan bahawa PAS (dan saya sendiri) bersedia memberi komitmen kita ke arah membina modul yang lebih bertanggungjawab kepada negara dan rakyat"Kalau modul itu benar-benar bersifat kenegaraan, bersifat untuk mendidik masyarakat tentang negara, menanam dalam jiwa pegawai kerajaan tentang ketatanegaraan, itu kita boleh bersetuju asalkan kita tidak lagi menggunakan modul yang sedia ada yang lebih bersifat perkauman dan merupakan lebih kepada indoktrinasi politik tertentu dalam pemikiran pegawai kerajaan," katanya.Mengenai adakah BTN boleh diperkasakan dengan adanya Jawatankuasa Pemandu terhadap pelaksanaan (prograsm) BTN itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata pihaknya bersedia untuk terbabit sama."Kita bersedia untuk memberikan komitment kita. PAS boleh menghantar wakil, DAP boleh menghantar wakil, PKR boleh menghantar wakil"Semua pihak boleh menghantar wakil untuk kita membina satu modul yang lebih bertanggungjawab untuk negara, itu tidak ada masalah," katanyaSementara itu, dalam perkembangan terbaru mengenai isu BTN, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak termasuk menteri kabinetnya tidak lagi memanjangkan polemik berkaitan Biro Tata Negara (BTN).Ini kerana beliau sendiri akan menilai dan memutuskan modul itu kelak dan kemungkinan modul BTN perlu diubah supaya bersesuaian dengan tuntutan zaman.

Keluhan rakyat luar bandar dan perniaga kecil tentang harga barang NAIK!!!!

Wahai menteri-menteri dengarlah keluhan kami selaku peniaga kecil yang membuka gerai kecil-kecilan dimana harga barang keperluan harian seperti bawang merah,bawang putih,kacang tanah,kacang hijau,telur,dan sayur-sayuran seperti terung,kacang buncis,kacang panjang,cili besar,cili kecil naik dengan mendadak.Ramai yang mengeluh bila harga-harga keperluan di atas naik....Pelik dan ajaib sangat bila menteri2x berkata di media dengan menyatakan harga keperluan di atas dijual dengan harga yang berpatutan....


Memandangkan ekonomi sekarang yang tidak menentu ramai peniaga kecil yang mengeluh kerana pelangan tidak ramai yang membeli jualan mereka mungkin kerana mereka hendak berjimat-cermat al-maklumlah musim sekolah hampir dibuka tidak lama lagi dan mungkin mereka hendak membeli persiapan untuk anak-anak mereka.Jadi jualan bagi peniaga2 kecil ni kurang mendapat sambutan malah ada yang merugikan dan tidak beberapa untung....Dah la dengan harga keperluan naik bertambah pula rugi dan tidak untung....X kasihan kan kiter dengan nasib mereka???Jadi wahai kementerian pengguna selalu la turun padang 'jenguk' harga-harga keperluan ini adakah ia berpatutan atau sebaliknya....


Lain pula dengan situasi ini,baru-baru ini saya telah pergi ke Kuala Lumpur untuk memberi peralatan sekolah anak dan saya juga agak terkejut dengan melihat harga peralatan sekolah yang mendadak naik.Bagaimana la dengan nasib rakyat yang  berpendapatan RM2000 ke bawah mungkin ini satu bebanan kepada mereka untuk membeli peralatan sekolah untuk anak mereka.....

Tidak termasuk lagi dengan buku sekolah,yuran sekolah,PIBG,dan yuran tambahan ini semua membebankan rakyat jadi macam mana dengan nasib rakyat yang mempunyai ramai anak yang bersekolah...semua menjadi bebanan kepada rakyat...Akhir kata di mana slogan 'rakyat didahalukan,percapaian diutamakan' inikah 1 Malaysia yang diagung-agungkan oleh PM dan kerjaan BN??

Dewan Tolak Bincang Laporan Kewangan Petronas


KUALA LUMPUR, 14 Dis [4.05 pm] - Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan Laporan Kewangan Petronas separuh tahun pertama 2009 yang dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh). Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usul berkenaan ditolak mengikut Peraturan 18(2) kerana tidak mempunyai perkara yang perlu disegerakan. Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, perkara itu masih boleh dibangkitkan pada masa akan datang contohnya ketika Dewan Rakyat membahaskan bajet tambahan.Melalui usul berkenaan, Anwar mendakwa laporan itu menunjukkan kejatuhan purata pendapatan Petronas sebanyak RM58 bilion atau 37.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang diumumkan pada 8 Disember lalu. Beliau berkata perkara itu menjejaskan kedudukan ekonomi, kewangan dan Bajet 2010 negara yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan Rakyat

Kaji semula ucapan'salam satu malaysia' -ulama

KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam IslamMalah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama."Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.
Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS.Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.
Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid.