Sunday, January 10, 2010

Ketua Wanita PKR Raub & Penduduk Di Sekitar Gotong Royong Membuat Bubur Asyura

Raub,6 Januari 2010-Kaedah muafakat dan gotong royong yang diamalkan penduduk Kampung Ulu Gali dalam menjayakan sambutan tahun baru maal hijrah menerusi aktiviti membuat bubur asyura berjaya mengeratkan ukhuwah sesama penduduk.

Menurut Ketua Wanita PKR,Puan Zainon Bt Bakar berkata,acara tahunan itu menjadi medan menghimpunkan penduduk di surau bagi menjayakan sambutan maal hijrah, pada masa yang sama mengeratkan hubungan kejiranan setelah kesibukan bekerja.Menurutnya himpunan penduduk di surau juga sebagai kaedah bersama mengimarahkan lagi surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang amat baik untuk semua.

"Dengan penganjuran aktiviti seumpama ini juga memberi ruang dan peluang untuk golongan muda turut mendekati komuniti dan menjayakan aktiviti yang dilakukan seterusnya membolehkan hubungan antara generasi muda dan penduduk sedia ada di sini dapat dieratkan seterusnya mendedahkan mereka dengan nilai-nilai murni",katanya.

Aktiviti ini akan diteruskan pada setiap tahun untuk memberi pendedahan kepada generasi kepentingan muafakat dan juga peristiwa asyura dan sambutan maal hijrah dalam kalendar islam.Lebih utama nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan penduduk dan generasi muda yang turut serta menjayakan aktiviti seumpama ini.







Sekitar Majlis Akikah & Cukur Jambul Di Kampung Ulu Gali,Raub



Raub-Satu Majlis Akikah dan cukur jambul telah diadakan di kampung ulu gali,raub pada 9 januari 2010.Majlis ini disambut dengan meriah dengan kehadiran sanak saudara dan orang kampung. Majlis ini bermula pada pukul 10 pagi dengan kehadiran kumpulan marhaban kampung tok machang.Dan majlis ini berakhir pada pukul 3 petangDi sini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis akikah cucu saudara saya ini dengan sempurna.