Indeks Komposit Bursa Malaysia hari ini menjunam ke bawah paras garis psikologi 1000 mata dimana pada pukul 10.36 pagi ini, indeks komposit ialah pada kedudukan 973. 35 mata, penurunan sebanyak hampir 30 mata daripada mata penutup petang semalam. Kaunter-kaunter rugi mengatasi kaunter untung, 458 rugi berbnding cuma 47 untung sementara 100 tidak berubah.
Di kebanyakan negara Asia, indeks-indeks merudum teruk, Kospi di Korea turun 34.53 mata atau 2.42% kepada 1,390.73, Nikkei Jepun 225 jatuh 2.81% kepada 11,420.02 dan indeks Straits Times Singapura turun 3.21% kepada 2,341.6.
Keseluruhan sentimen pasaran adalah lemah apabila pelabur masih bimbang dengan keadaan politik tempatan yang tidak menentu dan krisis kewangan AS berikutan keruntuhan bank pelaburan gergasi Lehman Brothers dan penurunan gred penarafan ke atas kumpulan insurans utama AS, American International Group.
Tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bertindak menyelamatkan, American International Group Inc (AIG), iaitu tindakan menyelamat kali kedua dalam bulan ini bagi mengelakkan kegagalan syarikat insurans itu telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan serta mengancam ekonomi negara itu yang sudah sedia rapuh.
Pelabur asing juga terus melepaskan pegangan mereka dalam saham perladangan dan kewangan dengan kaunter utama dalam sektor ini mengalami kejatuhan menjunam.Ini diperburukkan dengan keadaan ketidakstabilan politik negara di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dimana Parti Maju Sabah (SAPP) telah bertindak keluar daripada Barisan Nasional yang menyebabkan majoriti kerajaan BN di Parlimen telah menurun menjadi 54 apabila dua orang ahli parlimen SAPP akan ditempatkan di kerusi pembangkang.
Tuduhan PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi terhadap Datuk Seri Anwar kononnya Datuk Seri Anwar merupakan satu ancaman kepada ekonomi dan keslmatan negara telah ditolak mentah oleh rakyat kerana ia jlas merupakan satu eskapisme Datuk Seri Abdullah terhdap kelemahan pemerintahannya dan kini cuba mempersalahkan orang lain.
Pertukaran portfolio diantara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib tidak mampu untuk meyakinkan rakyat khusunya para pelabur keana pertamanya, kemusnahan telah pun berlaku (damage has been done) dan kelayakan Najib untuk mentadbir dan mengurus ekonomi negara juga diragui kerana beliau dikenali sebagai pemimpin yang suka melakukan pembaziran. Cadangan ,beliau untuk menganugerahkan RM1juta kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik baru lalu adalah satu bukti beliau tidak tahu menguruskan dana negara dengan baik tatkala ekonomi sedang berada di ambang kejatuhan.
Ramai pemerhati politik berpendapat bahaa pertukaran kerajaan nampaknya tidak berupaya untuk dielakkan apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat kerana tidak-yakinan mereka terhadap kepimpinan Abdullah-Najib
SumberDipetik:Wartamaya
Saturday, January 2, 2010
Perutusan Tahun Baru 2010 Ds Anwar Ibrahim
Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan.Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu.Pendek kata, iltizam untuk melakukan perubahan sahaja tidaklah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan.Rakyat sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kemaslahatan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi rakyat, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.Tahun 2009 menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya melahirkan satu dokumen penting yang dikenali sebagai Agenda Bersama Pakatan Rakyat.Kita menyediakan suatu rencana dasar untuk membawa bangsa dan negara keluar dari kemelut yangmencengkam. Dokumen tersebut merupakan penzahiran kepada satu permuafakatan yang bukan otoritarian sifatnya. Ianya adalah permuafakatan berasaskan kepercayaan dan benar-benar jujur untuk membawa perubahan.Kita akui sebagai satu permuafakatan yang muda, dalam proses pembentukan kepada satu permuafakatan yang lebih utuh, sudah tentu kita berhadapan dengan pelbagai pertanyaan.Ini adalah lumrah, kerana kita menuju kepada yang lebih baik, kita menawarkan satu yang baru buat rakyat dan kita berhasrat mahu sentiasa bersama mereka memastikan kesejahteraan negara ini terjamin.Alhamdulillah rakyat menyambut baik kehadiran dokumen bersejarah tersebut. Mereka sedar untuk mengembalikan negara ini ke persada negara-negara yang sudah jauh meninggalkan kita seperti Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan agenda pembangunan yang selama ini berasaskan perkauman sempit dan hanya membawa keuntungan kepada segelintir yang dekat dengan pemerintah mestilah diketepikan.Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Pakatan Rakyat menawarkan satu agenda yang seimbang; tidak hanya tertumpu memulihkan kembali ekonomi negara, akan tetapi juga berusaha mengembalikan hala tuju negara ini sebagai satu negara yang berasaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.Pakatan Rakyat yakin untuk mengemudi negara ini ke taraf negara maju dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat, agenda pembangunan yang adil untuk semua, institusi kehakiman yang bebas dari cengkaman pemerintah dan pembinaan sebuah masyarakat demokratik yang berteraskan kemuliaan insan.Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana. Keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people, akan menjadi satu lagi sumber kekuatan kita, rakyat Malaysia.Moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini. Inshaallah kita semua berusaha menjayakannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim
SumberDipetik:PKR Bera
SumberDipetik:PKR Bera
Guna Kalimah Allah Secara Tepat Tanpa Seleweng
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.
"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan."Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif."Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.Beliau juga tidak membantah sekiranya Kementrian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan membatalkan keputusan itu kerana merupakan hak KDN dan ada kewajarannya untuk menjaga penggunaan kalimah 'Allah' dari di seleweng dan salahguna.Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.KDN bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Sumber Dipetik:Wartamaya

Subscribe to:
Posts (Atom)