Pemimpin Umno-BN Jadi Agen Serah Kedaulatan Negara
Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional didakwa menjadi agen negara Brunei dan Singapura apabila bertindak menyokong dalam isu menyerahkan kedaulatan di kawasan tuntutan bertindih di sempadan negara.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di lobi parlimen petang tadi berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin Umno-BN yang menyokong tindakan kerajaan yang menyerahkan kedaulatan negara dalam isu Blok L dan M, tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Tanjong Pagar serta isu Pulau Batu Putih yang juga telah diserahkan kepada kerajaan Singapura.
"Kerajaan Umno-BN tidak serius dalam isu mempertahankan kedaulatan negara. Jelas dalam isu Blok L dan M serta tanah KTMB, kerajaan Umno-BN nampaknya tidak mempunyai ketegasan.
"Nampaknya negara kita dalam bahaya apabila pemimpin Umno-BN menjadi agen kepada negara Brunei dan Singapura kerana menyokong tindakan kerajaan itu," katanya.
Mahfuz turut mempersoalkan apabila kerajaan Umno-BN berbangga dapat mempertahankan batuan tengah di dalam perebutan Batu Putih yang hasilnya untuk nelayan menangkap ikan tetapi dalam masa yang sama kita tidak dapat mempertahankan Blok L dan M yang memberikan keuntungan lumayan kepada negara, begitu juga dalam isu tanah KTMB di Tanjung Pagar yang dipajak oleh kerajaan selama 999 tahun di wilayah Singapura.
Tambahnya, Dalam isu tanah di Tanjung Pagar, kerajaan juga tidak terhalang dalam membangunkan tanah tersebut tetapi apabila kerajaan membuat perjanjian 60:40 dengan kerajaan singapura, tanah tersebut katanya lagi bukan menjadi hak kerajaan Malaysia tetapi menjadi hak Singapura.
Manakala Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula berkata Pakatan Rakyat kesal dengan dasar luar kerajaan yang hanya mementingkan ekonomi sekelompok pemimpin Umno-BN.
"Isu blok L dan M bukan isu ekonomi semata-mata tetapi adalah berkenaan keselamatan negara kerana apabila Ahli Parlimen Kota Belud bangun mempertahankan atas dasar keuntungan yang sanggup menggadaikan maruah negara contohnya dalam isu lesen judi.
"Dalam isu pertindihan di sempadan kita mempunyai hak kedaulatan di mana kita lihat pendekatan yang berbeza dalam isu pertindihan dengan Thailand yang diselesaikan mantan Menteri Luar Negara, Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie dengan mengadakan perbincangan sehingga membentuk satu 'Joint Authority' yang memberikan keuntungan di samping menjaga maruah negara.
"Kerajaan Umno-BN nampaknya mengamalkan sikap dan dasar yang salah dengan menyerahkan kedaulatan negara yang merugikan negara," ujarnya lagi.
Yusmadi juga membidas sikap pemimpin Umno-BN yang hanya mementingkan keuntungan negara yang menyebabkan banyak lagi kawasan bertindih negara akan tergadai.
Pakatan Rakyat dalam pada itu kata beliau menyanggah jawapan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Richard Riot Jaem yang tidak konkrit semasa membentangkan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 yang menurutnya telah menyebabkan kedaulatan negara tergadai. -TVS
Wednesday, June 30, 2010
Pemuda Umno Kelantan Beri Amaran Kepadam Ibrahim Ali
KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mengingatkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya tidak terlalu berlagak dengan kewujudan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan sokongan ahli yang diberikan sehingga sanggup menghentam sesama sendiri tanpa fakta yang jelas.
Ketuanya, Anuar Safian berkata, beliau percaya bahawa Ibrahim mewujudkan Perkasa semata-mata kerana ingin menjadi ikon nasional dan menentukan kemenangan beliau di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya yang akan datang.
Katanya, sekarang dari segi realitinya Ibrahim sudah tidak lagi mendapat tempat di hati Pas malah UMNO juga belum tentu sekiranya beliau mengambil sikap yang sedemikian
“Malahan dengan tindakan beliau yang memutar belitkan isu di sebalik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong seolah-olah beliau sudah menjadi jaguh orang Melayu dalam negara ini.
“Ibrahim harus sedar bahawa selaku orang lama dalam politik, beliau tidak sepatutnya mencari isu murahan seperti itu untuk menjadi jaguh sebaliknya perlu melihat kepada sensitiviti dasar yang hendak dilaksanakan oleh Perdana Menteri dengan konsep 1Malaysia yang hendak digagaskan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah memberikan penjelasan terhadap isu tersebut malah Wee sendiri telah pun memberi penjelasan kepada Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berkenaan hal tersebut.
“Jadi ianya tak perlu lagi dibesar-besarkan. Pemuda negeri bukanlah hendak mencampuri urusan perbalahan pendapat antara beliau dengan Khairy tetapi harus diingat bahawa majoriti pemuda seluruh negara adalah bersama-sama dengan Khairy dalam hal ini.
“Bagi Pemuda UMNO Kelantan kenyataan Khairy mengatakan bahawa Ibrahim adalah Gedebe Politik tepat memandangkan beliau sebagai ahli politik bermacam warna yang cuba mewujudkan satu blok minoriti bebas dalam parlimen,” katanya
Menurutnya, sekiranya Ibrahim ingin bersama-sama UMNO dalam memperjuangkan hak dan kedudukan orang Melayu ianya harus bersederhana dalam kedudukan kita sebagai sebuah negara majmuk dan terbukti berjaya seperti mana yang diamalkan sebelum ini.
“UMNO sudah perjuangkan hak orang Melayu lebih 64 tahun, masakan Perkasa yang baru setahun jagung hendak mempertikaikannya,” katanya.
Kelmarin, Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai ‘gedebe politik’ (samseng politik). Beliau sebelum ini menyifatkan Ibrahim sebagai penghalang konsep 1Malaysia
Beliau turut dilaporkan berkata, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas itu selama ini.
Justeru beliau tidak akan meminta maaf ataupun menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Presiden Perkasa itu sejak beberapa hari lalu.

Dakwaan Empayar RM3b,Aduan SPRM DiBuat
Tiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud
Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.
Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh.
Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari
Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka.
"Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu,” katanya.
Minggu lalu, Ting, Wong dan Ahmad Nazib terpaksa menarik balik laporan mereka kerana mendakwa pihak SPRM di Shah Alam enggan memberikan salinan aduan yang ditulis dengan tangan.
Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan.
Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai 'kes besar'.
"Kami diberi jaminan yang SPRM akan menyiasat kes itu dan dinasihatkan menulis kepada Pengarah Siasatan bagi mendapatkan perkembangannya,” kata Ting.
Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.
Blog, yang dikendalikan oleh “rakyat prihatin' itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak.
Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa.

Tuesday, June 29, 2010
Gigit Polis : Tian Chua failkan rayuan hari ini
Ahli parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua akan mengemukakan permohonan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang ini.
Perkara itu disahkan oleh seorang daripada peguamnya, Ranjit Singh ketika dihubungi. Beliau mempunyai sehingga 1 Julai untuk membuat permohonan itu.
Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Jun lalu yang mengekalkan keputusan bersalah Tian Chua yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret kerana menghalang tugas polis dengan mengiggitnya tetapi mengurangkan dendanya kepada RM2,000.
Keputusan hakim, Datuk Ghazali Cha yang mengurangkan denda daripada RM3,000 dan enam bulan penjara kepada RM2,000 atau dua bulan penjara menimbulkan kontroversi sama ada ahli parlimen Batu itu telah hilang kelayakannya.
Tian Chua didapati bersalah kerana mengiggit seorang konstabel polis ketika ditahan di sebuah protes di bangunan parlimen, tiga tahun lalu.
Persoalan masih belum terjawab sama ada denda RM2,000 itu menyebabkan pengarah strategik PKR itu hilang kerusinya kerana hakim Ghazali enggan mengkaji semula keputusannya.
Kontroversi timbul berikutan tafsiran Artikel 48, Perlembagaan Persekutuan berhubung istilah denda tidak kurang RM2,000 dan penjara tidak kurang setahun.
Peguam yang mewakili Tian Chua berhujah berdasarkan keputusan Mahkamah Agung pada 1993, tafsiran itu membawa maksud RM2001.
Bagaimanapun peguam kanan Karpal Singh, bersama bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Ahmad berpendapat tafsiran itu membawa maksud RM2,000.

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 8 July 201
Masa : 8 Malam
Masa : 8 Malam
Tempat : Kedai Makan No 454 SG RUAN RAUB PAHANG
PENCERAMAH :
1: YB TIAN CHUA (AHLI PARLIMEN BATU KL)
2: FELICIA LING (PEGUAM PKR PUSAT)
3: HJ SUHAIMI BIN SAID ( PENGARAH BIRO FELDA DAN ORANG ASAL PUSAT)
4: YB CHOONG SIEW ONN (ADUN TRAS RAUB )
5: DR.MOHAMED NILAM BIN ABD MANAF ( YDP PAS RAUB)
SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI...
Mesyuarat Pakatan Rakyat Di Pejabat DAP Raub
Mesyuarat Pakatan Rakyat Di pejabat DAP Kawasan Raub pada 28 Jun 2010 yang diketuai YB CHOONG Siew Onn, Dr.Mohamed Nilam Bin Abd Manaf dan Mohd Ali Wahid. mesyuarat ini membincangkan mengenai pendaftar pemilihan undi dan memperkukuhkan lagi pakatan rakyat kawasan Raub. selain itu juga pakatan rakyat akan mengadakan ceramah umum bersama sehingga berlakunya
PRU 13.. pakatan Rakyat Raub juga akan menghadiri ke setiap peti undi kawasan parlimen Raub.
Kumpulan Marhaban Nur Hidayah KG Ulu Gali Raub
kumpulan Marhaban Nur Hidayah KG Ulu Gali Raub diketuai Puan Fuziah Bakar. kumpulan ini ditubuhkan 6bulan yang lepas dianggotai 15orang. bergambar semasa menghadiri majlis perkahwinan anak encik jaafar dan puan asmah di kg Ulu Gali Raub Pahang pada 27 jun 2010.
Monday, June 21, 2010
Makan malam di kedai anak Dato Fauzi..
Dato Fauzi bersama isteri dan cucu-cucunya..
sekitar majlis makan malam
Cik Sham dan wakil dari Raub,Puan Normah dan Puan Zaleha..
Tuesday, June 15, 2010
Ceramah Pakatan Rakyat Di Markas Pas Cawangan Sega,Raub
Ustaz Idris Ahmad Sedang Berucap
Turut Hadir Ketua Amk Pahang,Rizal
Wakil DAP,Raju
Ketua Cabang Raub,Mohd Ali Wahid
YDP,Doktor Nilam
Pergi merisik anak lelaki kami di Masjid Tanah, Melaka
Gambar sekitar Merisik Anak Saya
Sekitar Merisik Anak Saya
Menyarung Cincin Risik Kepada Bakal Menantu(ShaRiNa)
SeKiTaR MaJlis RiSiK Anak SaYa
Friday, June 11, 2010
Sidang akhbar jelas isu lesan judi sukan dibatalkan
Satu sidang media khas yang dijadualkan hari ini bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi sukan dibatalkan di saat terakhir...Malaysiakini difahamkan, sidang media oleh menteri hal ehwal agama Datuk Jamil Khir Baharom itu dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Kira-kira 40 orang petugas media menuggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam pagi ini untuk sidang media berkenaan."Perdana menteri sendiri akan buat penjelasan tersebut," menurut sumber.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Najib akan membuat penjelasan tersebut hari ini.
Beliau hadir hari ini bagi menghadiri upacara perasmian masjid ini, yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Thursday, June 10, 2010
Panas:Gara-gara bersama pakatan rakyat,Chua diarah pulangkan darjah kebesaran Negeri Johor
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng (foto) telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri. Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi Setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkan semula darjah kebesaran itu hari ini. Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".
[Terkadang terasa lucu juga melihat apa yang berlaku kepada Chua Jui Meng ini. Namun, apa boleh buat kerana beliau lebih rela kembali kepada rakyat daripada segalanya. Inilah nasibnya bila berada dalam negeri yang "totok UMNO", akhirnya atas desakan pemimpin BN negeri beliau mendapat arahan yang sedemikian rupa. Agaknya, selepas ini ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang akan ditarik balik gelaran mereka termasuk juga Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Nik Aziz dan ramai lagi].
Tuesday, June 8, 2010
Kontroversi:Benarkah kerajaan UMNO BN belum keluarkan Lesen Judi Bola kepada Vincet Tan atau Sekadar Taktik Lama Nak Membohogi Rakyat
Gara-gara dek kerana "suara rakyat" dan takut dengan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang bakal diadakan pada 3 Julai ini, maka akhirnya kerajaan UMNO BN dan Si Vincent Tan terpaksa mengatur strategi lain untuk mengelirukan rakyat. Malah, kerajaan juga cuba mengaburi mara rakyat seolah-olah pemilik syarikat Ascot Sport Sdn Bhd itu belum pun memperolehi lesen judi bola sepak piala dunia berkenaan seperti yang diwar-warkan oleh media. Semalam, Kementerian Kewangan menegaskan bahawa kerajaan belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan tersebut kononnya ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu. Masalahnya sekarang kenapa tiba-tiba alasan ini diberikan?. Apakah kerana melihat rakyat dan umat Islam di seluruh negara memprotes isu itu. Soalnya sekarang, kenapa sebelum ini si Timbalan Menteri Kewangan yang paling "bangang dan kurang ajar" iaitu Awang Adek Hussin boleh mengeluarkan kenyataan kononnya kerajaan bersedia meluluskan lesen tersebut dengan kawalan. Kononnya dengan adanya kawalan itu maka aktiviti perjudian haram bola sepak piala dunia akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa yang sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai jenis sukan di negara ini. Bukankah kenyataan ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN memang sudah bersetuju dan bersedia untuk menganugerahkan lesen itu kepada Vincent Tan. Namun, kini mereka menjadi serba salah dan berada dalam dilema. Mahu diberi takut imej UMNO BN tercalar di mata rakyat. Jika tidak diberi juga mereka takut Vincent Tan akan menarik balik banyak "subsidi" yang diberikan kepada kerajaan terutamanya setiap kali pilihanraya berlaku di negara ini. Maka, jalan terbaik ialah mengatakan bahawa lesen tersebut belum diluluskan lagi. Itu pun hanya melalui jawapan bertulis di parlimen. Apakah kita boleh percaya dengan kenyataan "yang dibuat-buat" ini agaknya. Atau apakah kita akan terus tertipu lagi dengan isu sensitif ini agaknya?. Puak-puak ini kadang-kadang kita bukan boleh percaya lagi, "cakap tak serupa bikin" dan sengaja untuk mengelirukan rakyat. Inilah mentaliti menteri ciptaaan UMNO BN. Itu pun masih ada puak-puak mereka yang percaya.Sesuatu yang amat memusykilkan kita pula ialah perjudian Piala Dunia Fifa 2010 di negara Malaysia secara sah diumumkan oleh si Awang Adek Hussin pada 6 Mei 2010 yang lalu. Manakala selepas itu seorang lagi Timbalan Menteri Kewangan iaitu Chor Chee Heung (foto) mengesahkan yang lesen judi bola telah diluluskan dan dikeluarkan kepada Berjaya Group, syarikat kepunyaan Vincent Tan. Malah kerajaan juga menetapkan syarat pekerja beragama Islam tidak terlibat dan dilarang menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan Islam. Lesen tersebut bukan lesen baru tetapi pembaharuan lesen lama yang diberikan semula kepada Berjaya. Tujuan utama kelulusan lesen judi kepada syarikat Berjaya Group / Sport Toto itu ialah bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan. Hasil judi itu dapat digunakan untuk pembangunan sukan. Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram]Monday, June 7, 2010
Sekitar Kongres Keadilan Nasional Kali Ke-6 Di Kelantan
Penyampaian Anugerah Kepada Wanita Yang Berjasa Kepada Parti Keadilan
Yb Zuibadah Sedang Menyampaikan Anugerah
Yb Fauziah Salleh(Pengarah Peliharaya Malaysia) turut menerima anugarah
Judi:Wanita Pr Serah Memo Kepada Awang Adek Esok....
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Sekretariat Bantah Judi (Sendi) akan menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein di Parlimen, esok..Menurut Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Salbiah Abdul Wahab, Sendi ditubuhkan hasil persidangan meja bulat yang disertai Wanita Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) minggu lalu.Beliau berkata, penubuhannya bertujuan membela golongan sasar iaitu wanita, anak-anak dan keluarga yang akan menjadi mangsa akibat ketagihan pertaruhan judi oleh suami mereka.Sebagaimana badan-badan lain yang menentang judi, katanya Sendi juga bertujuan menentang lesen judi sukan.“Dan pada masa yang sama, selaku pimpinan wanita di Malaysia, Sendi memfokuskan sasaran utamanya adalah membela wanita, anak-anak dan keluarga yang kelak menjadi mangsa akibat ketagihan pertaruhan judi oleh suami-suami mereka."Di kala seluruh dunia bersorak gembira meraikan kemenangan pasukan bola sepak kegemaran mereka, jangan ada wanita di Malaysia yang teraniaya oleh angkara judi bola ciptaan Umno BN," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.Sementara itu, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mengubah tarikh penghantaran memorandum membantah judi bola sepak Piala Dunia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Setiausahanya, Suhaizan Kaiat, berkata memorandum yang pada awalnya dijadualkan diserahkan kepada Najib esok di Parlimen dipinda kepada 15 Jun.Katanya, sehingga kini sebanyak 22 badan bukan kerajaan (NGO) menganggotai GMJ bagi menyatakan bantahan dan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi tersebut yang dianugerahkan kepada Kumpulan Berjaya.Menurutnya lagi, kemuncak bantahan tersebut ialah Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi Sukan yang akan diadakan pada 3 Julai ini untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Wednesday, June 2, 2010
kongres Nasional Tahunan PKR:Transformasi budaya politik baru
"Kita telah lakukan transformasi budaya politik di negara kita," demikian kesimpulannya daripada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, ketika merungkai perbahasan Kongres Nasional Tahunan PKR ke-6, yang diadakan dari 27 hingga 30 Mei 2010, di Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bahru.
PKR sebuah parti berbilang kaum, menampilkan pembahas daripada kaum Melayu, Cina dan India dalam kongres tahunannya yang lalu. Apa yang istimewa untuk tahun ini, seorang pemuda dari kaum asal, Ramli Logan tampil untuk berucap, menyelar konsep "1Malaysia" yang diutarakan oleh Perdana Menteri Najib Razak sebagai "Pembalakan didahulukan, Projek diutamakan; Orang miskin diabaikan, Orang Asal dipinggirkan."
Ramli Logan (gambar kiri) menerima tepukan gemuruh daripada perwakilan, malah semua orang termasuk pimpinan parti berdiri untuk memberi penghargaan kepadanya selepas beliau menghabiskan ucapan. Chua Jui Meng, bekas Naib Presiden MCA yang menyertai PKR mengakui bahawa keadaan ini tidak pernah berlaku sepanjang 35 tahun beliau berada dalam MCA-Barisan Nasional, dan beliau hampir sebak melihat suasana ini.
"...tidak pernah berlaku di mana-mana parti politik, ini kali pertama di sebuah parti politik yang bernama Parti Keadilan Rakyat, " kata Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebelum menyambung, "Kita angkat seorang anak muda, letak dalam satu persada politik mainstream (arus perdana) untuk membincangkan masa depan negara!"
Chua Jui Meng, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR melanjutkan dengan cadangan agar wakil FELDA, tentera, polis diundang untuk tampil berucap dalam kongres seterusnya.
Penampilan yang memperlihatkan kemajmukan
Pembahas yang dibariskan kali ini merentasi sempadan negeri, warna kulit, gender, umur dan sebagainya. Secara keseluruhannya, penguasaan bahasa pembahas adalah baik, dengan penyampaian yang menarik. Bukan itu sahaja, penampilan pembahas memperlihatkan kemajmukan, malah kesediaan untuk menghayati budaya dan agama antara satu sama lain.
Misalnya, pembahas dari Pulau Pinang, Jason Ong tampil dengan songkok dan pakaian Melayunya, malah tidak kurang pembahas bukan Melayu-Islam yang sempat melafazkan ayat al-Quran dalam ucapan masing-masing. Kalau pantun menjadi imbuhan kepada ucapan pada dahulunya, kini wakil dari sayap Wanita, Chua Yee Ling pula mempersembahkan dikir barat sebelum mengakhiri ucapan.
Bagi perwakilan dan pimpinan Melayu-Islam, ucapan yang bermula dengan tanya khabar dalam pelbagai bahasa telah menjadi sesuatu yang lumrah. Apa yang "menghiburkan" kali ini, pembahas dari Perlis, Ko Chua Liang menyelitkan kata-kata Siam dalam ucapannya.
Wakil dari Srikandi kali ini semestinya memberi persepsi yang positif, dengan kelantangan mereka mengetengahkan pandangan. Misalnya, Farah Afzan Faridi mengingatkan bahawa parti perlu mengambil kira golongan muda, yang mana ikon Anwar Ibrahim tidak semestinya memberi makna kepada mereka, kerana terlalu muda ketika tercetusnya pergerakan Reformasi pada tahun 1998.
Farah Afzan Faridi ketika mengakhiri ucapannya berkata, "Orang muda tak mahu berada dalam sejarah, orang muda mahu cipta sejarah!"
Budaya mengkritik
Lebih daripada itu, kritikan yang dilontarkan oleh perwakilan terhadap pimpinan diterima dengan terbuka sepanjang kongres ini. Bermula dengan Kongres AMK, yang mana perwakilan secara terus memberi amaran kepada pimpinan untuk "bekerja" seandainya mahu kekal di atas pentas. Amaran ini disambut dengan sorakan dari bawah pentas.
Jelas, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menjadi tumpuan dalam kongres ini apabila beberapa orang pembahas meluahkan ketidakpuasan yang menyasar kepadanya. Bagaimanapun, Khalid tetap menerima kritikan secara terbuka, malah tidak membalas dengan emosi.
Apa yang lebih menarik, ketika beliau tampil memberikan perjelasan, pengerusi membunyikan loceng sebagai isyarat masa tamat. Perwakilan di bawah pentas pula yang membela agar Khalid diberi lebih masa untuk memberi penjelasan. Selepas beliau habis berucap, perwakilan malah pimpinan berdiri untuk memberi tepukan sebagai penghormatan.
Budaya kritikan ini bukan sahaja bersifat sehala, malah Naib Presiden PKR Lee Boon Chye juga menyuap perwakilan dengan "ubat pahit". "Budaya tunggu durian runtuh" dan "face presentation" (tunjuk muka) di sesetengah pimpinan akar umbi, iaitu program tidak berjalan selagi Anwar tidak turun, dan hanya "tunjuk muka" semasa kehadiran Anwar, dikritik oleh Lee Boon Chye.
Beliau menambah, "jangan buat aktiviti shiok sendiri antara kroni sahaja", sebaliknya mencadangkan kerja-kerja seperti pendaftaran pengundi kepada perwakilan. Kritikan-kritikan ini direstui, apabila sesetengah perwakilan membalas dengan tepukan untuk menyatakan persetujuan.
Kurang senang digelar YB
Selain itu, "parti reform" ini cuba menampilkan pendekatan baru dalam perhubungan antara pemimpin dengan akar umbi. Bermula dengan Ong Chin Wen, ADUN Bukit Tengah yang menyatakan ketidakselesaannya ketika digelar "Yang Berhormat" oleh pengerusi dalam Kongres AMK, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah turut meluahkan pandangan yang sama, semasa sesi penggulungan, hari ini.
Sivarasa Rasiah menganggap gelaran ini tidak adil untuk pemimpin yang selama ini berjuang, tetapi tewas dalam pilihan raya, kerana kemenangan wakil rakyat diberikan oleh rakyat. Malah, Sivarasa Rasiah menyatakan bahawa dirinya tidak bersetuju dengan pengaturan majlis, yang mengasingkan antara pimpinan dengan perwakilan ketika menjamu selera.
Jangan diperangkap UMNO
Hakisan sokongan Melayu terhadap PKR khususnya jelas menjadi tekanan kepada PKR. Pada 28 Mei, AMK mencadangkan agar Kongres Melayu diadakan untuk membincangkan permasalahan Melayu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Zaid Ibrahim hari ini memberi peringatannya, "Saya alu-alukan (Kongres Melayu). Tapi pada masa yang sama, kita jangan terperangkap dengan persoalan-persoalan yang berkisar pada race (kaum). Kita parti yang berbilang kaum."
"Masalah kita bukan soal Melayu, masalah ekonomi kita masalah orang kaya dengan orang biasa. Kalau kita nak buat kongres, kita perlu bincang permasalahan orang asli, orang Iban, orang-orang miskin di Sabah dan Sarawak," katanya.
Zaid Ibrahim menafikan kenyataan bahawa PKR tidak disokong Melayu, "Yang kita belum dapat, undi Melayu, undi pos, FELDA, RISDA...", sambung beliau, "Jangan percaya kepada propaganda UMNO-BN bahawa PKR hanya disokong pengundi bandar dan bukan Melayu."
"Kumpulan satu lagi yang tidak menyokong PKR adalah kumpulan seperti Mahathir," tambahnya. Zaid Ibrahim menyarankan PKR memperjuangkan "orang Malaysia", malah memetik sejarah pertaruhan antara Hang Jebat dengan Hang Tuah untuk menyatakan Melayu yang harus disanjung adalah "Melayu yang memperjuangkan keadilan".

Subscribe to:
Posts (Atom)