Ini satu berita panas yang baru kami terima. Ia berkaitan dengan Karnival Kesenian Rakyat anjuran puak-puak UMNO BN di Dataran Sentosa, Bukit Beruntung hujung minggu lalu. Karnival yang penuh dengan aktiviti kesenian dan sukaneka itu dikatakan telah dicemari dengan unsur politik keterlaluan yang menyebabkan orang ramai kecewa. Ia berlaku pada malam Forum Perdana dimana orang ramai telah bertindak meninggalkan pentas utama ketika forum berlangsung. Ia berikutan tindakan ahli penal yang secara terang-terangan "membantai" Datuk Seri Anwar Ibrahim. Difahamkan, selepas memberi ucapan salam ahli panel yang dipercayai "ustaz UMNO" itu terus berapi-rapi menuduh "Anwar Yahudi dan Kafir" dan bermacam-macam lagi "ayat power" yang digunakan. Tersentak dengan kata-kata ahli panel tersebut, beratus-ratus orang tetamu majlis itu bertindak "angkat kaki" dan meninggal terus majlis berkenaan. Mereka kecewa dengan "keletah" ahli panel yang tidak profesional dan "buta mata" itu sebenarnya. Menurut sumber, hadiah terdapat lebih 100 hadiah sukaneka "tersadai dan tiada penerima", akibat tindakan "boikot" majlis berkenaan. Majoriti peserta sukaneka telah meninggalkan majlis berkenaan akibat terlalu marah dengan sikap ahli panel "bangang" itu. Akibatnya banyak hadiah berupa hamper "tersadai", malah difahamkan penonton yang tinggal untuk menyaksikan forum itu pun hanya ada sekitar 10 hingga 20 orang sahaja. Itu pun selepas dicampurkan dengan "kerusi dan tiang kanopi" sahaja. Kasihan benar melihat pengacara majlis yang terpaksa "terpekik terlolong macam polong" memanggail nama-nama peserta untuk diberikan hadiah acara sukaneka. Rupa-rupanya kesemua mereka sudah balik dan meninggalkan majlis sebelum waktunya, gara-gara geram dengan adengan panas dan sikap ahli panel forum yang tidak bertamadun itu.
[Inilah padahnya, bila buat kerja tidak kena pada tempatnya. Apakah mereka fikir rakyat semua bodoh dan bangang macam puak-puak UMNO?. Sebenarnya, banyak lagi acara lain yang cuba diselitkan politik oleh mereka sekarang ini. Apakah tidak cukup dengan media arus perdana yang kerjanya hari-hari meracun minda rakyat agaknya. Jika di kawasan kampung dan felda mungkin mereka boleh lakukan perbuatan tersebut. Namun, syabas dan tahniah buat warga Bukit Beruntung kerana lebih bijak dan pandai untuk membuat penilaian. Semoga tindakan ini menjadi pengajaran agara mereka lebih berhati-hati dengan program yang lain selepas ini hendaknya. Rakyat perlu mengajar mereka supaya mereka sedar diri akhirnya dan dapat kembali ke pangkal jalan selepas ini nanti!].
Thursday, July 29, 2010
KERAJAAN TAKUT MAKLUMAT TEPAT SAMPAI KEPADA RAKYAT!!!
Tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan permit Suara Keadilan dan Rocket dilihat sebagai kebimbangan kritikal Umno BN menghadapi kebangkitan rakyat yang kian tegar mempersoalkan dasar-dasar kerajaan akhir-akhir ini.
Setiausaha Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Tarmizi Mohd Jam berkata, jika Umno BN dalam keadaan kuat, stabil dan selamat, maka sudah tentu penahanan, penafian hak dan penggantungan permit dua lidah rasmi PKR dan DAP itu tidak dilakukan, sebaliknya ia akan diberi seperti biasa.
“Tindakan tidak popular itu hanya memburukkan imej Umno BN yang menguasai kerajaan dan sekaligus mengesahkan sikap tidak demokratik mereka terhadap kebebasan bersuara dan bermaklumat di negara ini.
“Mengapa Umno BN sanggup merosakkan imejnya, mencalar kepercayaan rakyat jika tidak kerana mereka benar-benar dalam keadaan terdesak untuk mempertahan kuasa yang kian tergugat akibat lambakan maklumat berani, telus dan bersifat reformasi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Menurut Tarmizi, KAMI yakin, kekangan terhadap media cetak sejak akhir-akhir ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan fakta tepat kepada rakyat, khususnya yang berkaitan isu-isu politik yang boleh menikam dan menghakis pengaruh Umno dan BN
“Sebagai persediaan nekad menghadapi pilihan raya umum ke-13, dan mempertahankan kuasa yang sedia ada, demi untuk merampas kembali Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan yang terlepas ke tangan Pakata Rakyat, maka sudah tentulah kerajaan Umno-BN terpaksa bertindak 'membunuh' suara rakyat melalui dua lidah rasmi ini, kerana ia menjadi perhatain rakyat,” katanya.
Menurut Tarmizi adalah mustahil jika Suara Keadilan dan Rocket tidak berbisa, permitnya ditahan.
Begitupun, katanya, tidak bermakna kelulusan permit lidah rasmi PAS, Harakah menjadi petunjuk keadilan dan sikap profesional KDN.
“Sebaliknya amaran keras, larangan dijual di premis awam serta arahan dibesarkan perkataan "Hanya Untuk Ahli Sahaja" pada maskhead akhbar itu jelas kekangan melampau yang tidak wajar wujud dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
“KAMI terus mendesak agar KDN menghormati hak kebebasan bersuara, sistem demokrasi berparlimen dan menghormati kebijakan bermaklumat dengan mengembalikan semula kedua-dua permit Suara Keadilan dan Rocket kepada parti-parti berkenaan, sebagai lidah rasmi dan menarik semula amaran keras yang tidak munasabah yang dikenakan ke atas Harakah,” katanya lagi.
Menurutnya, sebagai lidah rasmi parti, dan bukannya akhbar komersial adalah amat tidak wajar sama sekali KDN menafikan hak-hak warga negara ini dalam menegaskan suara mereka.
Katanya, tindakan tidak memberikan permit bermakna kerajaan 'menggam' mulut rakyat, memaku minda dan mengganyang rakyat dengan dipaksa menerima maklumat sebelah pihak.
Beliau berkata, berbanding penguasaan Umno BN terhadap media tradisi seperti RTM, TV3, NTV7, NTV9, Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, News Strais Times, beberapa akhbar berbahasa Cina dan India; kekangan KDN terhadap Suara Keadilan, Rocket dan Harakah boleh digambarkan sebagai tindakan tegar dari emosi takut, bimbang dan risau kerajaan Umno BN hilangnya segenggam kuasa yang membukitkan kekayaan kepada pemimpin dan kroni, yang memayahkan rakyat dan yang memayungi kezaliman.

Subscribe to:
Posts (Atom)