Monday, January 4, 2010

Langgar Amanah Sultan,Permain Hukum Akhirat


Terkini yang Anak Srikandi dapat tahu, Shah Moin ni sanggup melanggar amanah Sultan Pahang dan mempermainkan hukum akhirat tanpa rasa takut dan bersalah sedikitpun.Peruntukan RM30,000 yang diberikan Sultan Pahang untuk manfaat dan kegunaan Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Dong Jaya telah disalahgunakan dan meninggalkan baki RM15,000 sahaja kepada jawatankuasa masjid tersebut.Penduduk berasa tidak puas hati dengan tindakan tak bermoral Shah Moin ini kerana mencampuri urusan pentadbiran keagamaan seperti lanun yang membelakangkan hukum Allah SWT.Bekas Pengerusi Jawatankuasa Masjid tersebut, Hj Nazir berkata, Shah Moin memutuskan dengan pandai-pandai sendiri je untuk menyerahkan sebahagian (RM15,000) lagi kepada pengurusan JKKK.


 (Apa relevannya?) Dua jawatankuasa di bawah pentadbiran yang berbeza.PenGerusi Jawatankuasa Masjid, Hj Amrun juga mengesahkan berlaku perkara tersebut yang tidak dapat diterima sebahagian besar penduduk di situ.Pada 18 April lalu, Ketua Kampung PAsir BAyam, Ehsan Hashim memanggil jawatankuasa terlibat untuk menyebut perkara tersebut.Perjumpaan Tertutup itu diadakan di Dewan Kompleks Rakan Muda Dong...amboi...Pesanan untuk orang-orang yang tak puas hati dengan kenyataan ini, jangan menyebut ia adalah FITNAH sebelum anda siasat atau bertanya hal tersebut kepada individu terlibat.Berhati-hati menggunakan perkataan FITNAH, kerana sekiranya kenyataan tersebut adalah benar, maka anda boleh dianggap memfitnah.Situasi tadi juga disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian. Sekiranya perkara tersebut tidak benar, mengapa tidak saman Sinar Harian?




p/S: Pastinya orang2 atau geng Shah Moin kelemasan dengan isu demi isu yang diutarakan. Kesudahannya, menggelepar la dema... tumbanglah PRU 13 NANTI..























































Umno Raub: Guru didakwa terbabit politik wang

Seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan Umno Bahagian Raub.


Pertuduhan ini merupakan kes pertama melibatkan "politik wang" sejak penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Junaidi Abdul Hamid, 46, didakwa memberi suapan berbentuk wang tunai kepada dua ahli Umno - Noranizah Abd Hamid dan Adnan Samad, masing-masing RM200 - sebagai dorongan untuk mengundi Datuk Mustafar Kamal Abdul Hamid sebagai ketua Umno bahagian Raub dan Datuk Abdullah Bakar sebagai timbalan ketua Umno bahagian Raub.

Menurut kertas pertuduhan, dia melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Coffee House, Tingkat 1, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, pada jam 8 malam, 13 September 2008, lapor Bernama.

Junaidi menghadapi pertuduhan tersebut di bawah Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Josendra Abu Senin menawarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 untuk kedua-dua pertuduhan dan memohon agar pasport Junaidi ditahan oleh mahkamah. Bagaimanapun peguambela Mohd Harris Abdullah yang mewakili Junaidi membantahnya dan memohon agar ikat jamin tersebut dikurangkan kerana ia terlalu tinggi.

Serah pasport

Beliau juga berkata anak guamnya yang merupakan seorang penjawat awam iaitu merupakan penolong kanan di sebuah sekolah rendah Raub tidak mungkin akan melarikan diri kerana dia pasti akan mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dan menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes.Sebagai syarat tambahan Junaidi diperintahkan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.Rakan Junaidi membayar jaminan tersebut.