Thursday, July 15, 2010

Sekitar Ceramah Umum Di Felda Lembah Bilut Bentong

Ketua Wanita Cabang Raub Pn.Zainon Bersama Felicia Ling dan
Ketua wanita Bentong Pn.Dasimah.

Felicia Ling (PeguamPKR) sedang Berceramah

Antara Barisan Penceramah,YB CHOONG SIEW ONN,Tuan Ibrahim Tuan Man,
Dato FAUZI DAN Felicia Ling.

Penyerahan Borang Keahlian Kepada Dato Fauzi.

Mengapa Umno Tidak Mahu Bersatu Dengan PKR??Mengapa Mesti Pas

TPM Muhyiddin Yasin seperti ingin merayu agar PAS kembali bersatu atau bekerjasama dengan Umno. Saya pun tidak tahu semenjak bila PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno? Yang saya faham cuma PAS tidak mahu bekerjasama untuk menubuhkan kerajaan atau Kerajaan Perpaduan dengan Umno (UG) kerana PAS kini komited dengan PR. Dalam aspek lain, saya rasa PAS, bahkan PKR dan DAP juga tidak menolak kerjasama dengan Umno asalkan mendatangkan faedah kepada rakyat.


Bukti PAS telah bekerjasama dengan Umno dalam aspek ini banyak. Tetapi, akhirnya yang menjadi mangsa PAS juga. Contoh, seperti apa yang telah berlaku ke atas Kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS. Berapa kalikah MB Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas telah `dimalukan' oleh mereka? Bayangkan seorang MB `dimalukan' di negeri yang beliau perintah sendiri. Siapa yang mengkhianati kerjasama sebenarnya?



Saya amat tertarik dengan tulisan MSO di sini. Beliau mengajukan persoalan mengapa Umno beriya-iya benar mahu bekerjasama dengan PAS, mengapa tidak dengan PKR? Memang bagus seperti apa yang di utarakan oleh MSO itu. PKR juga mempunyai ramai ahli-ahli dan penyokongnya yang terdiri daripada kaum Melayu dan Islam. Bahkan, ada di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PKR masih terdapat `bau' Umno ditubuhnya. Tetapi mengapa Umno lebih berselera dengan PAS?



Adakah Umno tertarik dengan dasar PAS iaitu untuk menegakkan sebuah Negara Islam berpaksikan Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias itu? Bukankah Umno pernah melarang Kerajaan PAS di Terengganu suatu ketika dan di Kelantan untuk melaksanakan Undang-Undang Islam Hudud dan Qisas? Bukankah pemimpin Umno juga yang menentang kes Qazaf yang dibawa oleh DS Anwar di Mahkamah Syariah berkaitan kes liwatnya? Pemimpin Umno juga berhasrat untuk meluluskan lesen judi sukan di samping masih mengekalkan lesen berbagai jenis judi sekarang? Jadi, apa asasnya Umno ingin bekerjasama dengan PAS dan tidak mahu menghampiri PKR?



Pada saya hanya satu, Umno ingin bekerjasama dengan PAS semata-mata untuk menjatuhkan PKR terutamanya pemimpin tertinggi parti tersebut iaitu DS Anwar. Umno mahu semua orang Melayu menjauhi PKR dan DS Anwar agar mudah bagi Umno untuk memperkudakan PAS seperti yang pernah dilakukannya dahulu. Umno sedar, kekuatan dan perpaduan PR banyak terletak di tangan Ketua Pembangkang itu. Usaha Umno untuk memecahbelahkan PAS dengan DAP selalu gagal kerana adanya DS Anwar di tengah-tengah.



Satu sebab lagi, kebanyakan pimpinan di dalam PKR datangnya dari Umno. Mereka amat mahir dengan strategi politik Umno dan mereka banyak tahu segala jenis penyelewengan pemimpin Umno. DS Anwar pemimpin di dalam PKR yang banyak kali membuatkan pemimpin Umno `sesak nafas'. Berbagai pendedahan telah dibuat oleh DS Anwar terhadap kerajaan dan pemimpin Umno, kebanyakannya gagal dijawab oleh mereka. Berbagai usaha telah mereka lakukan untuk menamatkan karier politik DS Anwar, namun masih tidak berhasil. Maka, mereka mengharapkan PAS membantu mereka.



Adakah PAS akan termakan dengan pujuk rayu pemimpin `lidah bercabang' ini? Lojikkah Umno ikhlas ingin bersatu dengan PAS, sedangkan baru beberapa hari pemimpin kanan Umno sendiri menggelar PAS sebagai `parti ajaran sesat'? Umno ingin bersatu dengan parti yang mereka cop sebagai sesat? Tidak masuk akal langsung.

Umno tidak kenal Pasir Halal dengan Pasir Haram!!!

UMNO-BN mengambil keputusan yang paling tidak cerdik apabila memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atas isu curi pasir. Kebebalan menyebabkan mereka tersalah ambil bahan bukti untuk ditunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Gambar yang diambil di kawasan gali pasir sah didakwa kegiatan curi pasir. Otak pemimpin UMNO-BN sememangnya sudah mereng.




Jika tidak mereng tentulah mereka dapat mengira dengan betul. Ini tidak. Statistik yang diberikan pun tidak masuk akal. Dek terlampau ghairah nak hentam orang, suka-suka hati saja sebut itu ini. Termalu dengan dakwaan bodoh itu, mereka beralih pula kepada isu Pakatan Rakyat Selangor cipta kerja untuk kroni. Sesiapa pun tahu dakwaan ini hanyalah satu cara untuk menyamakan Pakatan Rakyat dengan UMNO-BN.



Kalau UMNO-BN penuh dengan kronisme, janganlah seret orang lain dalam masalah itu. Hapuskan rasuah, kronisme, nepotisme, salah guna kuasa, penyelewengan, dan sebagainya dalam UMNO-BN dahulu, baharulah diri nampak bersih dan elok. Dengan wajah yang bopeng sekarang ini, tiada siapa yang akan tertarik dengan UMNO-BN.



Isu ini telah memerangkap UMNO-BN sendiri. Ketika mereka sibuk dengan curi pasir di Selangor, kegiatan haram itu rupa-rupanya berleluasa di Negeri Sembilan dan Johor. Mereka terkedu dengan pembongkaran itu dan tidak berupaya untuk menepisnya. Padan muka.


Kita tengok pula tindakan Muhyiddin terhadap cabaran MB Selangor akibat mulut celuparnya. Adakah dia turut bersubahat dalam isu ini? Rakyatlah yang dapat menyaksikannya.

5 Dalam 1: HARGA PETROL,DIESEL,GULA DAN GAS NAIK

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.



Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.


Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram


Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.



Berikut adalah harga baru:



Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

Diesel - RM1.75 seliter.

Gula - RM1.70 sekilogram

Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:



Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.


Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.




P/S :Wahai Rakyat Malaysia sedar2lah jgnlah kita agung-agungkan Kerajaan Malaysia ini lah jadinya kalau asyik 1 Malaysia je...Semua Naik,,inilah dia 1MALAYSIA,RAKYAT DIDAHULUKAN Bayar,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN untuk kroni2... INSAFLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA..GUNAKAN KUASA ANDA UNTUK MENGUNDI PAKATAN RAKYAT,MARILAH KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG PADA PRU KE 13 NANTI..."KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT".