Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.
Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.
Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.
Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.
Tuesday, May 31, 2011
Wednesday, May 11, 2011
PEMANDU PERIBADI ANWAR BUAT LAPORAN POLIS SUSULAN ADA USAHA JAHAT PIHAK TERTENTU HENDAK SABOTAJ KENDERAAN BAWA BELIAU DAN KELUARGANYA

Panas, satu laporan polis akan dibuat oleh Abdulah Sani Said, Pemandu Peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Awnar Ibrahim jam 3.30 petang ini. Laporan yang akan dibuat di Balai Polis Merchant Square, bersebelahan Ibu Pejabat parti itu bertujuan untuk memintan pihak polis menyiasat tentang ada bukti dan cubaan untuk "menamatkan riwayat" mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Pemandu Peribadi yang sudah bekekerja selama 28 tahun dengan Anwar itu mengesyaki adanya usaha jahat pihak tertentu untuk mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Anwar dan keluarganya (foto). Malah satu kemalangan telah pun berlaku pada 19 April 2011 yang lalu akibat satu kesilapan yang sengaja dirancang oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jika benar dakwaan ini, maka politik Malaysia akan menjadi lebih kotor dari apa yang dijangkakan. Selepas politik lucah digunakan, kini politik jenayah pula menjadi mainan pihak-pihak yang berkenaan. Ini bermakna, Ketua Pembangkang itu harus berhati-hati dan senantiasa perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga sekarang ini. Ia kemungkinan menjadi sasaran musuh yang tidak dikenalpasti di sana sini. Soalnya sekarang, apakah ada usaha pihak tertentu untuk "membunuh" Anwar kali ini?.
[Sebelum ini kita juga pernah mendengar beberapa kali cubaan berkenaan, namun ia tidak bersandarkan kepada bukti yang munasabah. Namun, apabila seorang pemandu yang sudah terlalu lama bekerja dengan Anwar mendedahkannya ia pasti menjadi sesuatu yang tidak kena dan wajar disiasat dengan rapi oleh pihak polis. Kita tidak mahu politik cantas mencantas, lucah dan akhirnya ke peringkat membunuh berlaku di Malaysia. Masyarakat dunia sedang memastikan kita sekarang ini. Polirik kelucahan sudah cukup untuk menjatuhkan maruah dan imej negara, inikan pula politik membunuh. Apakah senario yang sama berlaku kepada pemimpin rakyat Pakistan Benazir Buttho beberaoa tahun lalu bakal terjadi pula di negara kita?. Apakah rakyat boleh bersabar dengan senario terbaru ini. Justeru itu, jadikan budaya politik di negara kita agar lebih sihat untuk dinikmati generasi akan datang. Usah keterlaluan berpolitik]
panas: HARGA GULA NAIK,TERBUKTI KERAJAAN BN@BARANG NAIK TERUS MENIPU DENGAN SLOGAN RAKYAT DI DAHULUKAN!!!

Beberapa hari selepas minyak RON97 dinaikkan, maka Kerajaan UMNO BN sekali lagi "mendahulukan rakyat" apabila mengumumkan harga gula akan dinaikkan sebanyak 20 sen mulai hari ini. Ini bermakna harga baru gula sekilogram dipasaran menjadi RM2.30 berkuatkuasa 10 Mei 2011. Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh kerajaan kenaikan itu akan menyebabkan kerajaan dapat berjimat sebanyak RM116.6 juta. Malah, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. "Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain. Paling mendukacitakan, seperti biasa apabila isu kenaikan harga barangan berbunyi maka jawapan yang sama akan diumumkan. Jika minyak naik, harga minyak di negara kita lebih murah dari negara luar. Jika harga gas naik, ia lebih murah dari negara luar. Begitulah juga bila harga gula naik, sama juga jawapannya adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Itulah perbandingan yang dibuat oleh Kerajaan UMNO BN sejak sekian lama. Alasan yang sama dimainkan oleh mereka untuk mengaburi mata rakyat. Apakah mereka fikir rakyat terlalu bodoh untuk dipermainkan sedemikian rupa?. Maka itulah, rakyat perlu bangkit berjuang untuk meneruskan agenda perubahan. Kerajaan BN @ Barang Naik ini perlu diturunkan segera secara terhormat pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Pastikan perubahan ini jika tidak mahu mereka terus diperkotak-katikkan.
[Sekarang ini sudah terbukti, slogan "rakyat didahulukan" itu sebenarnya hanya retorik politik puak-puak UMNO semata-mata. Sedangkan hakikatnya, mereka memang mendahulukan untuk menipu rakyat buat selama-lamanya. Oleh itu, apakah rakyat akan terus tertipu dan sanggup ditipu lagi agaknya?. Maka itu juga mereka harus buat tindakan segera untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang jelas menipu untuk kepentingan masing-masing. Dikala rakyat menderita dengan berbagai masalah ekonomi yang mencengkam jiwa mereka, tiba-tiba minyak dinaikkan dan kini gula pula terus dinaikkan. Alasan yang sama diberika untuk terus memperbodohkan rakyat Malaysia sama seperti orang UMNO BN. Itu pun masih ada mereka yang tidak sedar dan terkinja-kinja beri sokongan kepada kerajaan 1Malaysia. Inilah yang amat menghairankan kita sebenarnya. Jiwa yang sudah karat dan sebati itu menerima apa saja yang dilakukan oleh kerajaan sedangkan mereka turut sama akan menderita!. Inilah yang perlu diperbetulkan].
Friday, May 6, 2011
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau. Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini. NONE"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya. Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat. "Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan. "Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya. Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam". Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. NONEKatanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya. Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Skim Rumah Pertamaku Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11. Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV. DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United yang akan berentap dengan Chelsea bagi menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. NONEDalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini. "Melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah. "Kerajaan akan bertanggungjawab menyediakan tapak pembinaan manakala pihak pemaju akan melaksanakan projek-projek ini berdasarkan industrial building system. "Dan saya kata kalau boleh, (syarikat swasta) jangan ambil untung dari projek ini. Jadikan sebagai corporate social responsibility (CSR)," katanya. Najib berkata usaha mewujudkan rumah di bawah harga RM220,000 adalah berdasarkan komen dalam laman Facebook beliau serta laporan media bahawa amat sukar bagi golongan muda mendapat rumah dalam lingkungan harga tersebut terutama di Lembah Klang. Di bawah Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac lalu, golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dengan gaji bulanan kurang daripada RM3,000 layak membeli rumah berharga RM220,000 ke bawah dengan pinjaman 100 peratus. Ketika temu bual itu juga Najib turut meluangkan masa bermain 'Dam Aji' dengan DJ Faizal.
Subscribe to:
Posts (Atom)