SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa lebih 60,000 pekerja kontrak di negara ini diserapkan dalam jabatan kerajaan. Pengerusinya, Omar Osman berkata, ia bagi menjamin masa depan mereka terus terbela. Katanya, tindakan jabatan kerajaan menamatkan penyambungan kerja terhadap pekerja kontraknya adalah satu tindakan tidak wajar, malah ia tidak sepatutnya berlaku. “Kita menyeru agar 60,000 pekerja kontrak di negara yang kini terumbang-ambing status kerjanya, diserapkan terus secara berperingkat. “Ini penting bagi membolehkan mereka (pekerja kontrak) menjalankan kerja dengan lebih selesa tanpa sebarang kebimbangan mengenai status jawatannya dalam sesuatu jabatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Seminar Pencegahan Rasuah dan Pemantapan Intergriti Perkhidmatan Awam, di sini, semalam.
Katanya, beliau tidak setuju dengan kenyataan mengaitkan prestasi pekerja kontrak ini tidak memuaskan menyebabkan kontrak mereka tidak disambung. “Jika prestasi mereka ini tidak memuaskan, bagaimana mereka boleh berkhidmat secara kontrak selama lebih 10 hingga 20 tahun yang lalu? Mengapa baru sekarang perkara ini dibangkitkan? “Mengapa dalam tempoh dua tahun dulu tidak dibatalkan terus, mengapa perlu tunggu sehingga 10 atau 20 tahun? malah ada yang telah berkeluarga dan ditamatkan kontraknya? Omar berkata, konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dapat membantu nasib pekerja kontrak di negara kita ini, sekali gus menjamin kedudukan kerja mereka pada masa akan datang.
Wednesday, November 18, 2009
Amaran banjir di Pantai Timur
KUALA LUMPUR - Jabatan Metereologi semalam mengeluarkan amaran kemungkinan banjir akan berlaku di kawasan-kawasan rendah berdekatan tebing sungai di Kelantan, Terengganu dan Pahang berikutan hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat sejak semalam yang dijangka berlarutan sehingga Khamis ini. Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, hujan lebat peringkat Kuning iaitu kemungkinan berlaku hujan monsun itu dijangka akan berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam ini.
Keadaan itu dijangka berlaku di Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran di Pahang. - Bernama-
p/s:Kepada ibu bapa kawal lah anak-anak anda semasa banjir nie..Sayangila anak-anak anda...

Pakatan tolak lantik Dr M
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap tidak layak diberi jawatan sebagai Menteri Kanan kerana didakwa gagal menjadi pemerintah yang baik sewaktu menjawat jawatan nombor satu negara, kata pembangkang.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, tiada keperluan untuk negara melantik bekas Perdana Menteri itu menjawat jawatan tersebut. “Sudah cukup selama 22 tahun semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri beliau merosakkan sistem di negara ini dari segi ekonomi, perundangan, kehakiman, hak asasi manusia, khazanah negara dan banyak lagi. “Cukuplah 22 tahun memerintah dan melakukan kerosakan. Kita tidak mahu perkara yang sama berulang dan tiada keperluan beliau dilantik sebagai Menteri Kanan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.
p/s: Tolonglah UMNO/BN jangan la lantik TUN Mahathir sbg menteri kanan...Cukuplah dia da merosakkan undang-undang kat malaysia ni...cara mainan politik yang kotor oleh beliau dengan memasukkan org yang tak bersalah dalam penjara....cukup la TUN Mahathir oiii...bawak2 la bertaubat dan dekatkan lah diri dengan ALLAH swt...

BELUM WAJIB PENGGANGGUR DAFTAR KEM SUMBER MANUSIA - melayau
Kerajaan belum berhasrat mewujudkan undang-undang khusus bagi mewajibkan semua penganggur berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia.Timbalan Menteri Sumber Manusia Maznah Mazlan berkata, pemerhatian kementerian mendapati tidak ada negara di dunia yang mewajibkan penganggur untuk mendaftar.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini mengenai sama ada kerajaan berniat mewajibkan semua penganggur mendaftar diri dengan kementerian dan apakah statistik pengangguran boleh diperoleh untuk membuat perancangan bagi dasar kerajaan.
p/s:TOLONG LAH JANGAN TIPU MELAYU...HENTIKAN LAH PROJEK MEMBODOHKAN MELAYU...MACAM MANA BOLEH JADI MENTERI SUMBER MANUSIA...KALAU TAK DAFTAR ..MANA NAK TAHU JUMLAH MENGANGGUR...MAIN AGAK AGAK KOT MEREKA NIE..DI BARAT SEMUA YANG MENGANGGUR DIDAFTAR…TU PASAL MEREKA TAHU BERAPA YANG TAK BEKERJA...

Susbsidi Kerajaan Dijadikan Alat Tipu Rakyat
Sumber:CucuMatKilau
Di negeri Pahang misalnya, rakyat negeri ini terusan berada dalam keadaan kealpaan jika mereka masih tidak sedar untuk merubah situasi yang ada. Ternyata kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) kini tidak mampu lagi memulihkan ekonomi apatah lagi membangunkan negeri ini. Penipuan demi penipuan dilakukan terhadap berbagai pihak hingga menyebabkan tindakan saman ratusan juta ringgit kini terpaksa dihadapi. Dalam masa yang sama, rakyat terus didera dengan kenaikan berbagai cukai termasuk juga caj perkhidmatan air di negeri ini. Atas nama subsidi kerajaan, rakyat terpaksa membayar lebih untuk penggunaan air yang sama.Malah, ramai yang terkeliru dengan segala apa yang berlaku ini. Bagi rakyat, subsidi bermakna tidak membebankan mereka. Namun, apalah gunanya subsidi jika rakyat terus dibebankan. ramai yang mempersoalkan perkara ini, termasuk caj sewaan kepala paip RM1 yang dikenakan terhadap semua premis kediaman dan RM2 untuk premis perniagaan. Semua ini menimbulkan keraguan, apakah kerajaan BN di Pahang sudah ketandusan kewangan lantaran melakukan satu tindakan yang jelas memperbodohkan rakyat?. Ramai yang percaya bahawa ini semua adalah gara-gara kerajaan sedang bersedia untuk melunaskan segala hutang piutang yang mereka hadapi. Namun, apakah pemimpin UMNO sanggup melakukan semua ini. Sedangkan selama ini mereka cukup dikenali sebagai perompak wang rakyat?. Hasil mahsul di negeri Pahang habis dirompak oleh mereka sesuka hati terutamanya hutan balak. Itu belum termasuk tanah-tanah yang terjual kepada orang luar atas nama sebuah pembangunan. Semua ini disedari oleh rakyat. Sedangkan negeri Pahang masih lagi mempunyai kadar kemiskinan tegar yang begitu tinggi. Kenapa ini terjadi? Kerana pemimpin UMNO gagal mentadbirurus kewangan kerajaan negeri dengan baik. Mereka boros dan terlibat dengan berbagai urusan "under table" yang menjurus ke arah kehinaan. Akhirnya kini, nama Pahang tersenarai dalam sebuah negeri yang bakal "muflis" di Malaysia hari ini. Apakah rakyat harus menerima ketentuan ini seadanya. Maka itu, lakukanlah perubahan dan pastikan Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri Pahang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang nanti.

Berita PKR Cabang Raub Dalam Suratkhabar Sinar Pahang
PKR perkukuh parti lantik jawatankuasa Biro Felda
RAUB – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat bagi menubuhkan jawatankuasa Biro Felda Zon Pahang Barat bagi memperkukuhkan lagi perjuangan parti itu. Seramai 50 wakil dari setiap cabang (cawangan) hadir menjayakan mesyuarat yang dirasmikan Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Mohd Nor Jaafar.
Ketua PKR Raub yang juga Pengerusi Biro Felda Zon Pahang Barat, Mohd Ali Wahid berkata, mesyuarat diadakan bagi tujuan memperkukuhkan lagi biro tersebut yang diwakili daerah Bentong, Raub, Lipis dan Cameron Highlands. Menurutnya, pelbagai perkara juga dibincangkan sebagai persiapan menghadapi Konvensyen Biro Felda pada 20 Februari tahun depan di Jerantut. “Semua ahli jawatankuasa yang dilantik berikrar membuat gerak gempur ke semua kawasan Felda seluruh negara untuk memberi penerangan berkaitan isu semasa Felda. “Kawasan Felda juga menjadi sasaran perjuangan PKR untuk menegakkan keadilan peneroka agar mereka mengetahui hak dan keperluan yang seharusnya diperolehi,” katanya ketika ditemui di sini. Turut hadir Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Negeri, Suhaimi Said dan beberapa pimpinan peringkat negeri.
Mohd Ali berkata, semua jentera PKR perlu bekerja keras memastikan perjuangan parti sentiasa mantap dan dipertingkatkan dari masa ke semasa sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang. Menurutnya, pemilihan ahli jawatankuasa Biro Felda ini juga diharap dapat memperkuatkan lagi usaha perjuangan parti untuk giat bertindak lebih sistematik ke kawasan-kawasan lebih spesifik. “Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik dan diharap dapat memberikan sepenuh kerjasama dalam usaha mengukuhkan perjuangan parti. “Semua ahli dan jentera PKR juga diharap dapat memberikan kerjasama terhadap wakil pimpinan yang dilantik dalam jawatankuasa ini agar semua pihak dapat menyumbang tenaga dan peranan dalam parti yang memperjuangkan keadilan rakyat ini,” kata Mohd Ali.
Dipetik dari : http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story5982593.asp

Eksklusif: Kepimpinan Dato' Fauzi Berjaya Bawa Perubahan Besar Ke Arah Merealisasikan Hasrat Pakatan Rakyat Menawan Pahang Dalam PRU-13
Sumber:PahangDaily
KUANTAN, 18 Nov - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, kini semakin diterima oleh segenap lapisan rakyat di negeri ini. Berbagai agenda telah dilaksanakan oleh kepimpinan PKR negeri, dalam usaha untuk membawa perubahan baru menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Pahang yang diakui antara kubu kuat UMNO BN sejak zaman berzaman. Malah, gelombang "Refromasi 98" dan "Tsunami Politik" yang melanda negara sebelum ini, ternyata masih belum dapat menggugat kerajaan negeri Pahang sebenarnya. PKR Pahang kini mengorak langkah yang lebih bersepadu dalam usaha untuk memastikan kejayaan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini dalam pilihanraya umum akan datang. Kepercayaan yang telah diberikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang hujung tahun lalu tampak membuahkan hasil. Biarpun pada awalnya, kepimpinan Dato' Fauzi menimbulkan kontroversi, diragui sertamendapat kritikan dari pelbagai pihak terutamanya ahli PKR sendiri. Namun, kini ramai yang berbangga dengan gerak kerja yang dilakukan oleh Bekas Timbalan Menteri itu. Malah, PKR dilihat semakin kuat dan utuh serta diterima oleh berbagai lapisan kaum di negeri ini. Kini kelibat Dato' Fauzi cukup disegani oleh kawan dan lawan. Malah, saban hari semakin ramai ahli UMNO yang bertindak keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat samada PKR, PAS atau pun DAP di Pahang. Senario ini bukan sahaja dapat dilihat di kawasan bandar, malahan juga di tanah rancangan Felda dan penempatan orang asal (asli) seluruh Pahang. Penubuhan ranting (cawangan) baru terus digiatkan serta mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum.
Ketika ditemui oleh krew kami baru-baru ini, Dato' Fauzi menegaskan bahawa kejayaan sebenarnya sudah semakin hampir dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk melakukan kejutan dalam pilihanraya umum akan datang. Menurut beliau antara langkah yang diambil pada masa ini ialah terus memberi penerangan secara bersemuka dengan rakyat. Berbagai program dilaksanakan di seluruh negeri, bairpun ada sesetengahnya yang mendapat gangguan daripada pihak UMNO sendiri. "Kita terpaksa turun padang bertemu rakyat, setelah segala ruang yang ada dikawal oleh kerajaan. UMNO cuba mematikan amalan demokrasi dengan menganggu rakyat yang ingin mendapat penjelasan tentang isu-isu semasa. Mereka menyekat segala kemudahan, bersikap dengki dan sengaja menimbulkan provokasi murahan untuk menghalang rakyat mendapat maklumat yang lebih jelas dan tepat" kata Dato' Fauzi. "Tugas untuk memberi penerangan adalah penting, agar mereka dapat menerima perubahan bahawa pertukaran kerajaan sebenarnya lebih menguntungkan mereka dan bukannya membebankan seperti yang diwar-warkan. Pertukaran kerajaan senantiasa berlaku di negara maju seperti di Jepun, Britain malah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat sendiri. Bila ada dua parti yang kuat sebenarnya rakyat yang akan mendapat untung. Hanya kerajaan UMNO BN sahaja yang takut dengan perubahan kerajaan. Bagi mereka, hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini buat selamanya. Inilah yang wajar diyakinkan kepada rakyat, agar mereka bersedia untuk menerima perubahan" katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)