Thursday, November 26, 2009
Eksklusif:Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Tan Kee Kwong Seru Masyarakat Tionghua Agar Tinggalkan BN & Segera Sertai Pakatan Rakyat
KUANTAN, 24 Nov - Kerajaan Barisan Nasional kini semakin tenat dan bila-bila sahaja akan berkubur ditelan gelombang "Tsunami Politik kedua" tidak lama lagi. Biar pun pemimpin mereka banyak menuding jari ke arah perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat terutamkanya PKR dan PAS. Namun, apa yang jelas ianya tidak seserius apa yang terjadi kepada pakatan karat biru itu sebenarnya. Bermula dengan pergolakan dalam MIC, kemudian Gerakan dan kini terbaru dalam parti terbesar kaum Cina iaitu MCA sendiri. Belum pernah terjadi dalam sejarah, perbalahn besar berlaku dalam MCA. Malah, kekalutan itu memungkinkan parti tersebut digantung atau dibatal pendaftarannya. Perkara ini didedahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat iaitu Datuk Dr.Tan Kee Kwong (foto), ketika mengakhiri lawatan seharinya ke Pahang baru-baru ini. Beliau mendedahkan bahawa semakin ramai pemimpin kaum Cina akan bersama Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang. Malah katanya, banyak faktor yang menjadi penyebab mengapa pemimpin seperti beliau meninggalkan BN. "Ramai yang mempertikaikan keputusan saya untuk bersama Pakatan Rakyat. Tambahan pula saya merupakan bekas pemimpin kanan Gerakan dan juga Timbalann Menteri BN sendiri. Tetapi keputusan telah dibuat, BN sudah jauh tersasar daripada matlamatnya. Malah, mana mungkin orang-orang seperti Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng dan ramai lagi tokoh-tokoh besar sanggup meninggalkan BN dengan sia-sia" katanya di hadapan masyarakat kaum Cina dekat Restoran Tanjung dekat sini baru-baru ini
Edisi Negeri:Gara-Gara Guna KPI,PM Najib Razak Akan Buat Perubahan Besar Untuk Menggantikan Adnan Yaakob Dari Terus Bergelar MB Pahang
KUANTAN, 23 Nov - Senario politik di Pahang bakal menggegarkan, bilamana terdapat ura-ura satu angin perubahan akan berlaku dalam masa terdekat ini. Perkhabaran yang diterima daripada puak-puak UMNO Pahang, jelas menggambarkan bahawa kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang sedia ada bakal dirombak penghujung tahun ini. Ada kemungkinan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob (foto), bakal dihantar sekali lagi ke pusat, dan tempatnya akan digantikan oleh pemimpin baru bagi menerajui Pahang. Tindakan ini dikatakan berlaku berasaskan kepada prestasi yang dinilai melalui KPI Najib Razak, selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Sebelum ini memang terdapat laporan bahawa kepimpinan UMNO dibeberapa buah negeri akan ditukar. Ini kerana Najib melihat, banyak kepincangan dan kekurangan yang berlaku bakal menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Maka itulah juga yang berlaku kepada Adnan Yaakob di negeri ini. Selama 12 tahun mentadbir, negeri Pahang senantiasa diambang "kebangkrapan", malah bajet negeri juga tidak pernah keluar daripada istilah "defisit" saban tahun. Maknanya, tidak ada agenda perubahan besar yang dibawa untuk membangunkan negeri ini. Apa yang senantiasa kita dengar ialah kes-kes kehilangan hasil mahsul kerajaan yang dirompak secara "berhemah" oleh kroni-kroni UMNO itu sendiri. Lihat sahaja apa yang berlaku dengan hasil hutan, tanah, bijih besi, emas pertanian dan banyak lagi yang digeladah sesuka hati oleh "lanun-lanun negara" ini. Mereka menggunakan kuasa untuk menghalalkan cara. Mereka fikir, segala khazanah dan kekayaan itu adalah "milik bapak mereka" agaknya. Inilah yang menyebabkan kredibiliti ketua negeri, iaitu MB Pahang sendiri dianggap telah gagal meyakinkan rakyat sebenarnya.
Terdapat desas-desus mengatakan nasib Adnan akan menjadi seperti Maznah Mazlan, yang dihantar ke pusat dan kini bergelar Timbalan Menteri. Ketika itu Maznah masih menawat jawatan Exco Kerajaan Negeri Pahang yang menjaga hal ehwal pelancongan. Nasib Adnan bakal ditentukan oleh Najib Razak sekarang ini. Najib dikatakan mahu menempatkan proksi beliau untuk menaerajui UMNO dan pentadbiran kerajaan negeri Pahang. Antara nama-nama yang disebut bakal menggantikan Adnan ialah Sharkar Shamsuddin (ADUN Lanchang), Shafik Fauzan (ADUN Inderapura), Soffi Razak (Benta) dan Ishak Mohamad (ADUN Bebar). Mereka semua ini dikatakan menjadi perhatian Najib, sekiranya Adnan dihantar ke pusat. Ceritera Adnan dihantar ke pusat sebenarnya memang sudah lama berlaku di Pahang. Malah, setiap kali musim pilihanraya umum pasti desas-desus ini akan terpacul dari mulut pemimpin UMNO sendiri. Namun, hasrat untuk melihat "adengan" itu tidak kesampaian, bilamana Adnan masih terus kekal sebagai pemimpin UMNO Pahang dalam keadaan negeri yang aman dan makmur ini senantiasa dirundung malang dengan masalah hutang piutang. Malah, lebih teruk lagi, Adnan selaku pemimpin UMNO negeri juga telah dikenakan berbagai saman oleh pihak tertentu hingga mencecah ratusan juta ringgit. Rakyat melihat dan menilai ini semua. Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang bukan sahaja pandai mentadbir, malah menjaga hati rakyat. Adnan masih selamat kerana hubungan rapat beliau dengan "pihak istana". Beliau pandai menjaga keharmonian dan keakhrabannya dengan istana, justeru itulah nasibnya masih lagi selamat. Walhal, jika dinilai dari sudut prestasi pemimpin itu sendiri maka sememangnya beliau sudah tidak layak lagi untuk bergelar MB Pahang.
[Soalnya sekarang, apakah angin perubahan yang diperkatakan ini benar-benar akan berlaku sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti. Apakah Najib akan menggunakan kuasanya bagi menuakrkan Adnan berasaskan kepada KPI itu sendiri. Sebelum ini Najib berbangga menggunakan kuasa untuk melantik mantan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai Menteri. Kini apakah beliau akan lakukan perkara yang sama terhadap Adnan Yaakob. Semua ini bakal terjawab menjelang akhir tahun 2009 ini. Apapun yang terjadi, bagi rakyat Pahang ini siapa sahaja yang memerintah selagi bernaung dibawah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional maka dasar dan pentadbirannya adalah tetap sama. Mereka hanya akan melayan puak-puak mereka dalam apa jua bentuk tindakan sekali pun hatta untuk memohon peruntukan rumah rakyat termiskin atau memohon biasiswa. Dasar inilah yang menyebakan rakyat Pahang semakin takut dan benci kepada UMNO BN].
Sumber:Pahang Daily

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Biro Felda KEADILAN Pahang
Carta Organisasi Biro Hal Ehwal Felda KEADILAN Pahang
Pengerusi : Haji Suhaimi Said - 0199321260
Timbalan-Timbalan Pengerusi(mengikut zon)
Zon Timur: Rabidin Kasmawi - 0197620917
Zon Tengah: Bostamin Bakar - 0199482271
Zon Barat: Mohd Ali Wahid - 0179516412
Wanita (Khas): Pn Zainab Zainuddin - 0196788018
Naib-Naib Pengerusi( mengikut zon)
Zon Timur:
Haji Zahari Mamat - 0199098929 (Paya Besar)
Mohd Hamsi Napiah - 0197980654 (Rompin)
Atan Mohd Rslan - 019912007 (Paya Besar - Lepar Utara Section)
Mohd Saleh Ishak - 0199664416 (Pekan)
Haslinda bt Mat Ariffin - 0199485815 (Wanita Khas)
Zon Tengah:
Rosli Ahmad - 0199181309 (Jerantut)
Mohd Nor Bakar - 0199339011 (Kuala Krau)
Hj Daud Abas - 0139778753 (Maran)
Saiful Fahmi Mohd Amin - 0148272026 (Bera)
Jalaludin Johan - 0179307739 (Temerloh)
Pn Sharifah Salamah b t Syed Ali - 0199296907 (Wanita Khas)
Zon Barat:
Mohd Ibrahim b Derani - 0179528343 (Raub)
Abd Rahman Yaakob - 0199586350 (Bentong)
Mohamaed Alwi - 0196788019 (Lipis)
Hj Abd Latif Hj Endut - 0179319482 (Cameron Highlands)
Pn Norzaili bt Khalil - 0199008529 (Wanita Khas)
Setiausaha:
Tajudin Ramli - 0199887111
Penolong Setiausaha:
Mohamed Hafez Harun -0199204471
Setiausaha-Setiausaha Zon
Razali Ithnin - 0123147350 (Zon Tengah)
Mustapha Kama bin Teh - 0137153071 (Zon Timur)
Abdul Rahman Abdullah -0129889210 (Zon Barat)
Ketua-Ketua Penerangan:
Mohd Sabri Ismail - 0199937507 (Zon Barat)
Aziz Awang - 0148113028 (Zon Tengah)
Rosni Arshad -0197487778 (Zon Timur)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota: Setiap Zon mempunyai Jawatankuasa Biro Feldanya sendiri, setiap rancangan Felda mempunyai Biro Feldanya sendiri dan setiap zon mempunyai Jawatankuasa Biro Felda (Wanita) dan setiap rancangan Felda mempunyai Biro Felda (Wanita).

KONVENSYEN PENEROKA DAN GENERASI KEDUA FELDA KEBANGSAAN
Tarikh : 20hb Februari 2010
Tempat: Markaz PAS Kawasan Jerantut (Temin)
Tema: HARAPAN BARU UNTUK PENEROKA
Peserta-Peserta Terbuka Kepada semua Peneroka dan Generasi Kedua Felda seluruh Negara,
Sila hubungi Sekretariat ditalian: 0199321260

MP Turun Padang
Klik Petikan Akhbar Untuk Paparan lebih Jelas
p/s:Berapa ramai MP/YB UMNO yang turun padang di Pahang...Kalo Nak nmpak mereka turun padang jumpa rakyat pon tatkala ada pilihanraya kecil dan di situ la pelbajai janji manis yang ditaburkan....Syabas MP PKR trun padang ...YB macam ni la yang rakyat malaysia perlukan....Mendengar keluhan rakyat...
PKR Pahang Desak SPR Bersihkan Senarai Daftar Pemilih Di Parlimen Pekan
Semakan terbaru Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tambahan 2009 (1 Julai hingga 30 September) yang dikeluarkan oleh SPR baru-baru ini dilihat mempunyai banyak keraguan. Kebanyakkan daripada pemilih baru yang didaftarkan mempunyai kad pengenalan kod 02 dan 71 sedangkan bagi rakyat yang lahir di Negeri Pahang mempunyai kod 06. Apabila disemak melalui Pejabat Pendaftaran Negara kod 02 adalah mereka yang berasal dari Kedah manakala 71 tidak mempunyai rekod yang jelas mengenai negeri atau negara tempat kelahiran.
Ini amat meragukan sama sekali. Pihak PKR telah menjalankan siasatan dan mendapati bagi kod 02 adalah dari keturunan Myanmar di Kedah dan 71 adalah berketurunan Kemboja. Adalah amat meragukan apabila berlaku terlalu ramai penghijrahan masuk pengundi dari Kedah ke Parlimen Pekan. Oleh itu tidak hairan mengapa terdapat ribuan orang Myanmar dan Kemboja di Kampung Sg Miang, Kampung Sekukuh, Kampung Ketapang, Kampung Pasir Panjang dan Kampung Tanjung Agas.
Sejak beberapa tahun dahulu terutama sebelum Pilihanraya Umum ke 11 pada 2004 sebuah perkampungan Myanmar diwujudkan di Kampung Sg Miang. Mereka diberi rumah, tanah dan ada desas-desus mengatakan mereka juga diberi elaun sara diri tanpa apa-apa pekerjaan. Sekiranya benar ini telah benar-benar mencabar hak-hak penduduk tempatan terutama orang-orang Melayu dan kaum orang asal (asli). Ramai di kalangan penduduk tempatan yang tidak mempunyai tanah dan rumah malah ada yang telah memohon tanah tetapi masih belum mendapat sebarang jawapan. Lebih menyedihkan lagi bagi kaum orang asal yang langsung tidak dianugerahkan tanah bergeran. Ini umpama pepatah "kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan".
Perkara ini dilihat mempunyai kaitan rapat dengan keputusan Pilihanraya Umum ke 10 pada tahun 1999 apabila Datuk Seri Najib Razak (sekarang Perdana Menteri) hampir tewas, menang dengan hanya 243 undi majoriti. Oleh yang demikian anggapan penduduk Pekan yang ditemui bahawa terdapat usaha terancang bagi memenangkan Najib dengan majoriti yang besar dalam Pilihanraya Umum ke 12 dan Pilihanraya yang akan datang nampak sangat jelas. Sekiranya benar apa yang didakwa, jelas Najib dan UMNO telah mempergunakan SPR untuk merealisasikan hasrat mereka.
Oleh itu PKR Pahang menggesa SPR Pahang meneliti perkara ini dengan serius dan bertindak segera melakukan penapisan yang ketat terhadap senarai Daftar Pemilih. Kelewatan bertindak akan menyebabkan integriti mereka diragui dan hasrat untuk melihat pilihanraya dijalankan dengan adil dan telus tinggal harapan sahaja sedangkan hakikatnya tidak begitu.
ZAIDI AHMAD
Pengarah Sekritariat
Parti Keadilah Rakyat
Negeri Pahang
merangkap
Setiausaha
Parti Keadilan Rakyat Cabang Pekan
013-3307176
PKR merasa kecewa dengan semakan terbaru Rang Daftar Pemilih Suku Ketiga 2009 yang di pamerkan bagi Parlimen Pekan baru -baru ini.Kenapa perkara yang penting begini tidak dikawal selia dengan betul-betul,supaya tidak timbul pertikaian kemudian hari,sebelum dikeluarkan untuk rujukan. Perkara ini adalah serius dan pemindahan pengundi secara begini adalah tindakan haram.PKR mendesak agar SPR yang kita semua tahu adalah sebuah badan bebas,supaya tidak menjadi kuda tunggangan UMNO/BN, bagi merealisasikan hasrat Najib. Kemasukkan ramai pengundi baru yang meragukan ini menunjukkan UMNO sudah terdesak dan berada di dalam ketakutan kepada bayang-bayang sendiri. Peristiwa hampir kalah dalam PRU 10 pada 1999 dilihat sentiasa menghantui Najib. Oleh itu beliau menggunakan semua saluran yang ada termasuk SPR bagi menyambung talian hayatnya.
PKR dalam hal ini amat kesal dan memandang serius dan mendesak SPR supaya benar-benar telus dan membebaskan diri dari cengkaman UMNO. PKR sekarang telah mengorak langkah jauh ke hadapan dengan melaksanakan beberapa strategi untuk menumbangkan UMNO dan Najib di Pekan dan seluruh negeri Pahang khususnya. Kami telah membuka banyak ranting di Pekan termasuk tanah-tanah rancangan Felda dan kawasan-kawasan penempatan orang asal. Sokongan yang diterima amat menggalakkan kerana masyarakat Pekan terutamanya mahukan perubahan. Mereka sudah jelak dengan permainan politik UMNO selama ini. Kehidupan yang semakin sukar dan menghimpit yang mereka alami tidak selaras dengan kedudukan Najib, Ahli Parlimen Pekan sebagai Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Mereka melihat tidak ada apa yang telah Najib lakukan di Pekan bagi membantu meringankan beban hidup penduduk setempat malah apa yang dikatakan oleh beliau adalah omongan kosong semata-mata. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib adalah satu retorik dan kami yakin beliau sendiri tidak faham apa itu 1Malaysia.
KAMARUL HATTA MOHAMED ALI
Pengarah Pilihanraya Zon Timur PKR
Negeri Pahang.
0179573855

PKR Raub Prihatin Penderitaan Penduduk Setempat
Walaupun telah lebih 52 tahun negara mencapai kemerdekaan namun masih terdapat golongan yang miskin dan menderita. Golongan ini terpinggir dari arus pembangunan negara. Ada yang masih tidak mendapat bekalan elektrik dan air bersih lantaran kemiskinan yang melanda. Kepayahan dan kesengsaraan mereka tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berkuasa. Wakil rakyat yang mereka pilih tidak menampakkan muka. Jauh sekali pegawai-pegawai kerajaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pemimpin-peminpin UMNO, MCA dan MIC tempatan hilang entah ke mana. Kalaupun melihat, hanya dengan kerlingan sinis sahaja. Setiap kali pilihanraya mereka akan didatangi terutama oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN dengan janji manis umpama gula. Selepas pilihanraya mereka dibiar begitu sahaja. Masih kekal susah dan sengsara. Masih hidup dalam payah dan derita. Inilah situasi yang berlaku kepada warga kita yang miskin. Tiada tempat untuk mereka mengadu dan bercerita. Yang ada hanya doa dan airmata. Mereka miskin di negara kaya, merana di bumi tercinta.
Terkesan dengan penderitaan dan kesusahan yang ditanggung oleh sebahagian penduduk di dalam Parlimen Raub, maka Wanita Parti Keadilan Rakyat Cabang Raub bersama-sama dengan wakil DAP dan PAS baru-baru ini telah mengadakan beberapa siri lawatan dan kunjungan ke rumah penduduk miskin. Mereka mendengar sendiri keluhan dan rintihan penduduk berkenaan berkaitan kesusahan hidup yang dialami. Mereka melihat sendiri kehidupan golongan ini. Di atas rasa tanggungjawab yang besar dalam memperjuangkan nasib rakyat PKR Cabang Raub bersama rakan-rakan PAS dan DAP telah menghulurkan bantuan dan sumbangan berupa makanan, pakaian dan sedikit wang bagi meringankan beban mereka.
Menurut Puan Zainun (gambar), Ketua Wanita PKR Cabang Raub, kunjungan pertama ialah ke rumah seorang penduduk bernama Valliamah a/p Munivandi. Beliau tinggal di sebuah rumah yang sudah usang (gambar). Valliamah dan keluarga akan kebasahan setiap kali hujan turun kerana atap rumah yang bocor. "Mahu ganti atap rumah tetapi tiada wang" kata beliau ketika ditemui. Beliau juga tidak mendapat bekalan air bersih lantaran tidak mampu. Beliau sekeluarga hanya mendapat bekalan air dari perigi yang digali di belakang rumah. Di dalam kepayahan ini beliau sedang menanggung dan menjaga seorang anaknya yang lumpuh akibat kemalangan jalanraya. Beliau juga memaklumkan tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak. PKR Raub sedang berusaha untuk mengajukan permasalahan Valliamah ini kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.
Kunjungan kedua ialah ke rumah seorang penduduk yang bernama Kadiyama yang cacat anggota badan sejak 23 tahun lalu akibat demam panas. Beliau mengalami demam panas ketika berumur satu tahun. Penderitaan beliau ini juga tidak mendapati perhatian dari Dato' Shaharuddin Abdul Moin Wakil Rakyat (UMNO) kawasan berkenaan. Menurut bapa Kadiyama setiap kali pilihanraya ramai pemimpin UMNO dan MIC yang datang ke rumah beliau dan berjanji akan memberi bantuan tetapi sehingga sekarang janji tersebut tidak dilaksanakan. Di dalam kunjungan tersebut PKR telah memberi sumbangan berupa barang-barang makanan dan sedikit wang.
Kunjungan ketiga ialah ke rumah Pak Chu Mokhtar di Kampung Tok Machang. Beliau menyara 3 orang anak kelainan upaya yang berumur 22 tahun, 20 tahun dan 10 tahun. Anak berumur 10 tahun bersekolah di Pintu Padang. "Hanya anak yang bersekolah sahaja mendapat bantuan dari pihak sekolah, kalau tidak pergi sekolah tidak dapat", begitulah keluhan Pak Chu Mokhtar. Manakala dua orang abangnya tidak mendapat apa-apa bantuan. PKR Cabang Raub juga menyumbangkan bantuan kepada Pak Chu Mokhtar dan kelaurganya.
Kunjungan terakhir ialah ke rumah Saudara Aman Mat Yassin di Kampung Ulu Gali. Rumah beliau didapati tidak mempunyai bekalan elektrik walaupun telah tinggal di situ sejak lebih sepuluh tahun yang lalu. Lantaran kemiskinan dengan hanya bekerja sebagai pengawal sekolah beliau telah memberhentikan anaknya dari alam persekolahan di samping itu beliau sekarang turut menjaga dua orang cucu. Menurut Saudara Aman lagi beliau juga tidak pernah menerima apa-apa bantuan dari mana-mana pihak terutama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tidak pernah dikunjungi oleh mana-mana wakil rakyat. Menurut beliau lagi pemimpin UMNO kampung tersebut termasuk JKKK mengetahui kesusahan dan penderitaan yang beliau sekeluarga hadapi namun mereka hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga sahaja.
Ketua Cabang PKR Raub, Mohd Ali Wahid (gambar) ketika dihubungi oleh pihak Sekretariat PKR Pahang berkata, walaupun PKR bukan parti yang memerintah namun kami tidak jemu turun padang untuk bertemu dengan masyarakat bagi mendengar rintihan, keluhan dan hasrat mereka. "Kami akan memberi bantuan yang sewajarnya kepada golongan ini" ujarnya lagi. Ini menunjukkan PKR dan Pakatan Rakyat tidak memilih warna kulit, agama, bangsa, kedudukan dan fahaman politik bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat. "Saya menyeru kepada semua pihak yang perihatin dengan penderitaan dan kesusahan sebahagian daripada masyarakat terutama di sekitar Parlimen Raub agar dapat menghulurkan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban hidup golongan ini" ujar Ketua PKR Cabang Raub itu lagi yang lebih senang dengan panggilan Abang Ali.
Nota : Bagi para penderma yang ingin menyumbang derma boleh berhubung dengan :
MOHD ALI WAHID (Abang Ali)
Ketua PKR Cabang Raub
No Tel : 017-9516412 atau 014-2948675
No Akaun Maybank 112183155734
Terkesan dengan penderitaan dan kesusahan yang ditanggung oleh sebahagian penduduk di dalam Parlimen Raub, maka Wanita Parti Keadilan Rakyat Cabang Raub bersama-sama dengan wakil DAP dan PAS baru-baru ini telah mengadakan beberapa siri lawatan dan kunjungan ke rumah penduduk miskin. Mereka mendengar sendiri keluhan dan rintihan penduduk berkenaan berkaitan kesusahan hidup yang dialami. Mereka melihat sendiri kehidupan golongan ini. Di atas rasa tanggungjawab yang besar dalam memperjuangkan nasib rakyat PKR Cabang Raub bersama rakan-rakan PAS dan DAP telah menghulurkan bantuan dan sumbangan berupa makanan, pakaian dan sedikit wang bagi meringankan beban mereka.
Menurut Puan Zainun (gambar), Ketua Wanita PKR Cabang Raub, kunjungan pertama ialah ke rumah seorang penduduk bernama Valliamah a/p Munivandi. Beliau tinggal di sebuah rumah yang sudah usang (gambar). Valliamah dan keluarga akan kebasahan setiap kali hujan turun kerana atap rumah yang bocor. "Mahu ganti atap rumah tetapi tiada wang" kata beliau ketika ditemui. Beliau juga tidak mendapat bekalan air bersih lantaran tidak mampu. Beliau sekeluarga hanya mendapat bekalan air dari perigi yang digali di belakang rumah. Di dalam kepayahan ini beliau sedang menanggung dan menjaga seorang anaknya yang lumpuh akibat kemalangan jalanraya. Beliau juga memaklumkan tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak. PKR Raub sedang berusaha untuk mengajukan permasalahan Valliamah ini kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.
Kunjungan kedua ialah ke rumah seorang penduduk yang bernama Kadiyama yang cacat anggota badan sejak 23 tahun lalu akibat demam panas. Beliau mengalami demam panas ketika berumur satu tahun. Penderitaan beliau ini juga tidak mendapati perhatian dari Dato' Shaharuddin Abdul Moin Wakil Rakyat (UMNO) kawasan berkenaan. Menurut bapa Kadiyama setiap kali pilihanraya ramai pemimpin UMNO dan MIC yang datang ke rumah beliau dan berjanji akan memberi bantuan tetapi sehingga sekarang janji tersebut tidak dilaksanakan. Di dalam kunjungan tersebut PKR telah memberi sumbangan berupa barang-barang makanan dan sedikit wang.
Kunjungan ketiga ialah ke rumah Pak Chu Mokhtar di Kampung Tok Machang. Beliau menyara 3 orang anak kelainan upaya yang berumur 22 tahun, 20 tahun dan 10 tahun. Anak berumur 10 tahun bersekolah di Pintu Padang. "Hanya anak yang bersekolah sahaja mendapat bantuan dari pihak sekolah, kalau tidak pergi sekolah tidak dapat", begitulah keluhan Pak Chu Mokhtar. Manakala dua orang abangnya tidak mendapat apa-apa bantuan. PKR Cabang Raub juga menyumbangkan bantuan kepada Pak Chu Mokhtar dan kelaurganya.
Kunjungan terakhir ialah ke rumah Saudara Aman Mat Yassin di Kampung Ulu Gali. Rumah beliau didapati tidak mempunyai bekalan elektrik walaupun telah tinggal di situ sejak lebih sepuluh tahun yang lalu. Lantaran kemiskinan dengan hanya bekerja sebagai pengawal sekolah beliau telah memberhentikan anaknya dari alam persekolahan di samping itu beliau sekarang turut menjaga dua orang cucu. Menurut Saudara Aman lagi beliau juga tidak pernah menerima apa-apa bantuan dari mana-mana pihak terutama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tidak pernah dikunjungi oleh mana-mana wakil rakyat. Menurut beliau lagi pemimpin UMNO kampung tersebut termasuk JKKK mengetahui kesusahan dan penderitaan yang beliau sekeluarga hadapi namun mereka hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga sahaja.
Ketua Cabang PKR Raub, Mohd Ali Wahid (gambar) ketika dihubungi oleh pihak Sekretariat PKR Pahang berkata, walaupun PKR bukan parti yang memerintah namun kami tidak jemu turun padang untuk bertemu dengan masyarakat bagi mendengar rintihan, keluhan dan hasrat mereka. "Kami akan memberi bantuan yang sewajarnya kepada golongan ini" ujarnya lagi. Ini menunjukkan PKR dan Pakatan Rakyat tidak memilih warna kulit, agama, bangsa, kedudukan dan fahaman politik bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat. "Saya menyeru kepada semua pihak yang perihatin dengan penderitaan dan kesusahan sebahagian daripada masyarakat terutama di sekitar Parlimen Raub agar dapat menghulurkan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban hidup golongan ini" ujar Ketua PKR Cabang Raub itu lagi yang lebih senang dengan panggilan Abang Ali.Nota : Bagi para penderma yang ingin menyumbang derma boleh berhubung dengan :
MOHD ALI WAHID (Abang Ali)
Ketua PKR Cabang Raub
No Tel : 017-9516412 atau 014-2948675
No Akaun Maybank 112183155734
Subscribe to:
Posts (Atom)