Sunday, May 16, 2010

Terkini: PR Dijangka Menang Tipis!!!


Pakatan Rakyat berasa yakin pilihan raya kecil P212 Parlimen Bandar Sibu hari ini akan memihak kepadanya berdasarkan kepada sambutan rakyat yang diluar jangkaan sepanjang tempoh berkempen.


Angin perubahan yang menjadi tema kempen calon Pakatan Rakyat daripada DAP, Richard Wong Ho Leng jelas diterima penduduk Sibu yang dahagakan perubahan drastik setelah berada di bawah pemerintahan SUPP-Barisan Nasional selama hampir lima puluh tahun.


Malah gelombang perubahan ternyata amat memberangsangkan terutamanya daripada masyarakat Cina pada ceramah terakhir 'grand final' yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong di sini malam tadi.



"Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya dari Sibu mereka tidak pernah melihat seramai ini yang hadir pada ceramah politik dalam mana-mana kempen pilihan raya di Sibu," kata Ahli Dewan Negeri Padungan, Dominique Ng Kim Ho yang hadir pada ceramah perdana itu.



Tinjauan Suara Keadilan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat rata-rata melahirkan keyakinan terhadap kemenangan Richard Wong tetapi berhati-hati dalam memberi saiz kemenangan.



"Saya rasa kemenangan majoriti tipis itu boleh dicapai antara 500 hingga 1,000 undi. Ini berasaskan kepada sedikit sokongan rakyat Melayu-Melanau dan Iban di Sibu," komen Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.


Pandangan beliau dikongsi oleh Wan Zainal Abidin Wan Senusi, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak yang menyatakan peluang Pakatan Rakyat memenangi PRK Sibu hari ini adalah sekitar 49 peratus manakala Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah, Ahmad Thamrin Jaini pula mensasarkan peluang sama rata 50:50 antara Richard Wong dan calon BN, Robert Lau Hui Yew.


"Selepas hampir 50 tahun condong kepada BN saya merasakan ada sedikit kemahuan pengundi Melayu-Melanau serta Iban untuk beralih kepada Pakatan Rakyat sekitar 35 peratus. Kelebihan BN hanya kepada undi pos yang sudah 'mencuri' 5 peratus daripada undi kepada Pakatan Rakyat tetapi saya yakin sedikit perubahan dalam undi Melayu mampu membantu kita," kata Wan Zainal Abidin.
Ahmad Thamrin melihat respons positif kepada semua ceramah dan program Pakatan Rakyat sebagai satu faktor penting dalam penilaian prestasi gagasan itu dalam PRK Sibu.


"Ceramah Pakatan Rakyat lebih mendapat sambutan daripada BN yangb terpaksa 'merasuah' pengundi untuk hadir dengan hadiah, saguhati wang dan sebagainya," jelas beliau.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula lebih optimistik Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan dengan majoriti selesa.


Katanya, ini berdasarkan kepada kepulangan jumlah pengundi muda yang besar ke Sibu untuk membuang undi hari ini.


"Berbanding dengan PRK Hulu Selangor, kali ini kita lihat minat yang serius yang ditunjukkan oleh pengundi muda untuk pulang bagi melakar masa depan politik Sibu. Ini satu petanda yang amat baik bagi Pakatan Rakyat," kata Shamsul Iskandar.


Beliau juga menyatakan keputusan terdesak Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan semakan semula kadar bagi premium untuk memperbaharui pajakan tanah yang berstatus perumahan, komersil dan pertanian dua hari sebelum pilihan raya kecil sebagai satu petanda BN dalam keadaan tertekan dan panik.

Sementara itu Dominique berkata kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebanyak tiga kali sepanjang kempen PRK Sibu menunjukkan kegusaran BN yang ketara berhubung peluang mereka dalam pilihan raya kecil ini.


"Kita tidak menafikan setelah berjuta-juta ringgit dicurahkan oleh BN di Sibu sudah tentunya ada segmen pengundi yang termakan tetapi pengundi di kawasan bandar sudah matang dan mereka menolak amalan politik kotor seperti ini," kata beliau.


Yang lebih penting menurut ADUN Padungan itu ialah kelompok pengundi bukan Cina yanhg merangkumi kira-kira 40 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar di Sibu.


"Pemerhati politik meramalkan sekiranya Pakatan Rakyat boleh mengalihkan sokongan 40 peratus ini kepadanya, ia akan mencetuskan perubahan lanskap politik dan keputusan pilihan raya negeri nanti secara drastik


"PRK Sibu kali ini adalah peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat untuk membuktikan peralihan segmen undi ini," ujar Dominique lagi.

Friday, May 14, 2010

3 Exco PKR dipanggil Menghadap!!!

PAS Kedah akan memanggil 3 EXCO Kerajaan Negeri dari PKR dan 1 ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat 22 Mei depan.
Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam.
Setiausaha PAS Negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka.

"Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Menurutnya, MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim akan turut hadir dan berucap di majlis tersebut.

"Menteri besar sendiri akan menjelaskan pendirian (kerajaan negeri) berhubung perkara ini dalam ceramah berkenaan," katanya.

Muhamad memberitahu demikian ketika diminta mengulas laporan di mana ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak, akan berulang dalam waktu terdekat.

Kini, empat negeri dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Pakatan Rakyat di Kedah menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di mana PAS memperolehi 16 kerusi, PKR (3) dan DAP satu kerusi.

Manakala BN pula mempunyai 13 kerusi dan terdapat 2 ADUN Bebas.

Perhimpunan Bantah Lesen Judi, Konset Kecoh!!!



Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.




Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.

Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.
Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.

Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan.

Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.

Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.

Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.

Kamaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.

Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.

Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.

Ekoran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.

Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.
Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.

Tuesday, May 4, 2010

Noh biadap,hina rakyat kelantan

KOTA BHARU, 4 Mei: Kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi amaran kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ‘jangan bawa perangai Kelantan ke Selangor’ sebagai biadap.Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, juga turut menyifatkan ungkapan itu seperti menghina rakyat di negeri ini keseluruhannya apabila Noh dengan angkuh turut menyifatkan Nik Aziz tidak menghormati undang-undang dan sultan sebagai ’perangai orang Kelantan’.Ketua Penerangannya, Ustaz Mohd Fadzli Shaari, berkata Noh sepatutnya memahami dengan jelas kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru adalah secara umum dan tidak merujuk kepada titah Sultan Selangor.“Bahkan kali pertama Menteri Besar menjawab soalan wartawan di sidang media ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor tanpa merujuk kepada titah Sultan Selangor.“Berkali-kali Tuan Guru menjelaskan pendiriannya bahawa parti politik tidak boleh dibincangkan di atas masjid, namun menerangkan juga politik Islam di atas masjid tidak wajar untuk dilarang,” ujarnya.Jelasnya, bagi Tuan Guru, perbuatan itu secara tidak langsung akan memisahkan terus Islam dengan politik sebagai mana ajaran sekular.Beliau menambah, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani perlu sedar pihak yang menggunakan masjid untuk tujuan politik di Selangor ialah Umno.“Ini termasuklah majlis solat hajat dan doa selamat untuk calon MIC yang dibuat di atas masjid dan diiklankan secara besar-besaran melalui sepanduk-sepanduk yang digantung.Adakah perbuatan Umno ini halal pula di sisi mereka?” soalnya.Beliau turut menyifatkan kenyataan Noh, “janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor” menghina sunnah Rasulullah s.a.w.Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan, tegasnya menuntut supaya Noh menarik balik kenyataannya.

Sunday, May 2, 2010

Pengundi tak puas buat laporan polis

Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.




Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.



"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).



Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.



Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.



Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.Malaysiakini/-



Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:02 AM

Saturday, May 1, 2010

Hari Buruh : 6 ditahan polis

Enam penunjuk perasaan membantah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sempena hari buruh di ibu negara hari ini ditahan polis, dipercayai kerana membawa kain rentang membantah cukai baru tersebut.


Penunjuk perasaan - kebanyakannya memakai kemeja-t merah - yang berarak melalui Chinatown mendapat perhatian peniaga dan pelancong sekitar kawasan tersebut.Mereka melaungkan "Bantah, bantah, GST", "Hidup, hidup, rakyat" dan "Gaji, gaji minima".

p/s: Berita terkini pada 1 May 2010

Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno….

Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook. ''Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi''


“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.



p/s: Ini kah pemuda umno jangan celupar sangat mulut tu...sanggup cakap mcm tu pada ulama..jangan ikutkan hati nanti binasa....Insaflah....