Adun BN perlu jelaskan tajaan tunai haji
KOTA BHARU, 12 Jan: Kebiasaan orang kampung terpaksa menyimpan bertahun-tahun untuk mengumpul wang sebanyak RM16,000 di Tabung Haji bagi membolehkan mengerjakan ibadat haji.Lebih mengharukan lagi apabila ada bakal haji yang sudah mencukupi jumlah tersebut masih tidak dapat menunaikan fardu haji kerana nama tidak disenaraikan.
Itulah kebiasaan yang kita dengar susah payah orang kampung untuk menunaikan rukun Islam kelima.Namun lain pula bagi pemimpin Umno apabila dapat menunaikan haji dengan mudah tanpa perlu menunggu menggenapkan simpanan RM16,000.
Tahun lepas difahamkan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Mat dikatakan mendapat keistimewaan tersebut yang dibiayai Tabung Haji.
“Saya minta penjelasan Datuk Alwi, saya difahamkan beliau ke Makkah sekali dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan 20 orang VVIP yang mana tambang pun disediakan Tabung Haji,” dakwa Adun Salor, Datuk Husam Musa.
Beliau meminta Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan menjelaskan berhubung tajaannya ke Makkah sebelum gemar mencari kesalahan orang lain.
Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan Adun Kok Lanas mendakwa mempunyai bukti resit pembelian kek seberat 10 kilogram setiap enam biji kek bernilai RM516 yang diberikan kepada enam pihak termasuk Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Ariffahmi Abdul Rahman.
Dalam kenyataan tersebut Alwi meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu.Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tidak wajar Alwi membangkitkan isu kek kerana ia dianggap menjadi kelaziman dalam dunia korporat.
“Sekiranya Alwi menyibuk diri ingin menjelaskan isu kek PMBK, pemergiannya ke Makkah dengan tajaan Tabung Haji juga perlu diberi penjelaskan kerana orang ramai hendak tahu.“Kenapa Tabung Haji taja beliau, adakah ia dibolehkan,” ujarnya.
Labels: Harakah, KELANTAN
Tuesday, January 12, 2010
tak cukup gula,petrol,roti,tarif elektrik pun naik jugak..betulla umno juara rakyat..
PETALING JAYA: Selepas kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekilogram dan harga roti putih dikeluarkan dari senarai harga kawalan maka kenaikan seterusnya dijangka tarif elektrik.
"Walaupun kabinet belum memutuskan tentang hal ini, kadar tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad dijadual disemak semula pada bulan Januari-Februari ini berikutan dasar kerajaan yang membuat semakan dua dalam setahun," kata penganalisa Alex Goh dari AmResearch.
Beliau berkata, "kemungkinan berlakunya kenaikan tarif elektrik telah mendorong beberapa syarikat dan industri mengambil langkah -langkah penjimatan elektrik.
"Buat masa ini, tarif elektrik di Malaysia adalah ketiga terendah di rantau ini selepas Vietnam dan Indonesia. Semakan tarif ini tidak dapat dielak jika harga gas dan arang batu meningkat, seperti tahun 2007 dan awal tahun 2008." tambahnya.
Harga gas asli telah melambung di sekitar 74% dan harga arang batu naik 17% sejak awal November lalu ekoran permintaan yang tinggi ketika musim sejuk.
Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kali terakhir disemak pada 1 Mac tahun lalu, berkurangan pada kadar purata 3.7% berikutan kenaikan 24% pada Julai 2008.
sumber:freemalaysiatoday

Dulu,Kini dan selamanya..Umno tetap Juara.........
Kini berkumandang pula UMNO JUARA RAKYAT. Semestinya marhaen telah tahu Umno juara dulu, kini dan selamanya...juara menipu rakyat.
Lihat sahaja di setiap kali perhimpunan agung UMNO. Dengan kereta mewah, perut yang buncit dan kehulu-ke hilir membawa beg berisi profil syarikat.
UMNO juara tiris harta rakyat.
Oleh kerana tahun 2010, bajet perbelanjaan negara menguncup sekitar 30% dari 2009. MIC, MCA, PPP, GERAKAN dan lainnya akan bersaing merebut kontrak dan projek kerajaan pusat.
UMNO Juara Rakyat adalah isitlah semuanya kontak-projek UMNO yang punya. Parti kompenen Barisan Nasional pasti gigit jari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayangkan kempen 1Malaysia memang masuk longkang. Maka terpaksa mencari platfom lain untuk mencari popuariti.
UMNO Juara Rakyat dipalu kerana beliau yakin 1Malaysia idea tahun 60'an, baru beberapa bulan dicanangkan rakyat makin meluat dan tiada sambutan kecuali murid-murid sekolah.
p/s Juara Rakyat konon....pppiiirraaahhhhh....
dipetik : Ketua AMK johor blogspot
"Juara Rakyat" umno juara salah gunakan wang Rakyat
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemimpin Umno perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa semua projek dan program yang dilaksanakan dalam siri kempen Umno Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri.
“Barulah boleh Umno dabik dada kata dia juara rakyat. Kalau tidak, dia hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik Umno yang kian pudar dan mulai pupus,” ujarnya.
Mengulas program Umno Juara Rakyat, beliau berkata kemungkinan pemimpin Umno menyedari parti itu dilihat terlalu jijik oleh rakyat sehingga menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.
“Yang menghairankan saya kenapa mesti Umno Juara Rakyat. Bukankah Umno bersama BN memerintah Malaysia. Tidakkah Umno sedar yang ditolak oleh rakyat ialah kerajaan BN,” ujarnya.
Nampaknya, kata beliau, pemimpin Umno hanya mahu rakyat melihat Umno saja yang juara rakyat dan bukannya BN.
“Atau pemimpin Umno memang sedar faktor penolakan rakyat terhadap BN adalah kerana Umno yang sudah dilihat terlalu jijik oleh rakyat.
“Mungkin inilah jawapannya sehingga Umno terpaksa bertungkus lumus untuk menampakkan yang Umnolah juara rakyat,” katanya.
Baginya, program yang dilancarkan oleh Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Hulu Selangor itu merupakan usaha Umno yang terdesak untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada parti itu.
Ini, katanya seperti yang dinyatakan oleh Najib bahawa Umno sudah insaf atas segala kesilapan masa lalu selepas keputusan PRU ke-12.
“Saya tak kisah kalau Umno nak ajak rakyat kata dia juara rakyat itu hak dia sebagai parti politik. Memang semua parti politik berusaha untuk mendapat sokongan dan dokongan rakyat.
“Persoalannya ialah kalau Umno nak mengaku yang dia juara rakyat, adakah program dan projek yang dia buat dalam kempen Umno Juara Rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari Umno sendiri,” ujar Mahfuz lagi.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan pengumuman Najib yang memperuntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung pangsapuri di Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
“Adakah ini duit dari tabung Umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat. Kenapakah projek ini diletakkan seliaannya di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri. Adakah gaji pegawai-pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh Umno?” tanya beliau.
Begitu juga, katanya dengan program dan projek-projek lain, adakah tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan.
dipetik: Kedah Lanie blogspot

1 Malaysia!! kadar insurans motor Naik!...bebankan pengguna..
CHANGLUN - Ramai pemilik kenderaan kecewa tentang kenaikan kadar bayaran insurans kenderaan persendirian. Mereka berpendapat, pemberitahuan kenaikan kadar bayaran bagi kenderaan masih belum dilakukan oleh mana-mana pihak sama ada kerajaan mahu pun syarikat insurans.
Pelanggan, Ismail Ahmad berkata, dia berasa kecewa dengan kenaikan yang dikenakan kerana ia dirasakan terlalu tinggi berbanding sebelum ini.
Menurutnya, kadar itu mengalami kenaikan mencecah 100 peratus dari kadar asal sebelum ini iaitu dua tahun lalu.
“Saya mula perasan kenaikan ini sejak 2008 lagi sedangkan sebelum ini pihak kerajaan tidak pernah mengumumkan sebarang kenaikan kadar berkenaan.
“Pengguna yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah amat merasainya sehingga mereka tidak mampu membuat bayaran insurans kenderaan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ismail berkata, perbezaan kadar insurans terhadap motosikal berkuasa 100 cc ke bawah sebelum ini sekitar RM60, kini telah meningkat kepada RM120.
Sementara itu, seorang pelanggan, Omar Samsudin berkata, dia mengambil keputusan tidak membayar insurans untuk tempoh masa tertentu kerana tidak mampu untuk membayarnya.
Menurutnya, adalah lebih baik dia memperuntukkan nilai bayaran insuransnya itu kepada perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anaknya yang dilihat lebih penting dan perlu didahulukan.
“Pada awal-awal tahun begini sememangnya ibu bapa memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak untuk sesi persekolahan dan pada masa yang sama saya perlu membayar insurans kenderaan yang sudah tamat tempoh.
“Saya memang tidak mampu kerana pendapatan dan tanggungan keluarga tidak seimbang sekali gus dibebani dengan kadar insurans yang tinggi,” katanya.
dipetik : kedah Lanie blogspot
Subscribe to:
Posts (Atom)