--------------------
Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, 7hb November 2009: Bertempat di Markas KEADILAN Felda Kota Gelanggi 2, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, merasmikan pelancaran Biro Felda KEADILAN Pahang Zon Tengah yang terdiri daripada Cabang-Cabang Temerloh, Bera, Maran, Jerantut dan Kuala Krau.Didalam ucapan perasmiannya, Datuk Fauzi mengumumkan beberapa tindakan yang akan dilakukan oleh pemerintahan PKR/PR Negeri Pahang apabila berkuasa kelak:
1. Peneroka-Peneroka Felda akan diberikan geran tanah terhadap tanah kampong dan ladang masing-masing tanpa menunggu mereka menghabiskan bayaran hutang (BK) kepada Felda;
2. Kerajaan Negeri Pahang dibawah pentadbiran PKR/PR akan menubuhkan Dewan Pengurusan Felda dimana setiap Rancangan Felda di Negeri Pahang akan layak menghantar seorang wakil untuk duduk didalam Dewan tersebut; Dewan ini akan bersidang secara berjadual sebulan atau dua bulan sekali untuk membincang dan membahaskan isu-isu yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka dan Generasi Kedua dan keputusan Dewan ini akan dibawa kepada tindakan Kerajaan Negeri;Keuntungan yang diperolehi oleh Felda Holdings akan dikembalikan kepada peneroka-peneroka, dan dasar Felda akan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan peneroka-peneroka dan generasi mereka.Dihujung ucapannya, Datuk Fauzi menyumbangkan RM5000.00 untuk kegunaan melengkapkan alat dan peralatan Markas KEADILAN Felda Kota Gelanggi 2.Turut hadir didalam Majlis Pelancaran tersebut adalah Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pahang, Sdr Ali Wahid, Timbalan Pengerusi Zon Barat, Sdr Bostamin Bakar, Timbalan Pengerusi Zon Tengah; Sdr Hj Zahari Mamat, Pengerusi Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda dan Generasi Kedua Kebangsaan; Sdr Mohd Nor Jaafar, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang; Sdr Haji Abas Awang, Ketua Penerangan, Sdr Razali Ithnin, Setiausaha Konvensyen Peneroka Felda dan Generasi Kedua Kebangsaan; Pn Zainab Zainuddin, Timbalan Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pahang (Wanita), Sdr Mohd Nor Bakar, Naib Pengerusi Zon Tengah, Sdr Rosli Ahmad, Naib Pengerusi Zon Tengah , Sdr Hafez Harun, Penolong Setiausaha Biro Felda KEADILAN Pahang.
Jawatankuasa yang dipilih mewakili Zon adalah:
Pengerusi : Sdr Bostamin Bakar
Naib-Naib Pengerusi: 1. Sdr Rosli Ahmad (Jerantut)
2. Sdr Haji Daud Abas (Maran)
3. Sdr Mohd Nor Bakar (Kuala Krau)
4. Sdr Saiful Fahmi Mohd Harun (Bera)
5. Pn Sharifah Salamiah bt Syed Ali (Wanita)
Ketua Penerangan : Sdr Abd Aziz Awang
Setiausaha : Sdr Razali Ithnin
Adalah diputuskan bahawa setiap Cabang akan membentuk Jawatankuasa Biro Felda terdiri daripada 7 (minima) Jawatankuasa (lelaki) dan 3 (minima) Jawatankuasa Wanita.
Sumber:Lubok Kawah
No comments:
Post a Comment