KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.
Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan. Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.
"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka."Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru. "Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan.
"Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaanbaik," jelasnya. Sesi persekolahan baru bermula pada 3 dan 4 Januari ini.
P/S.. Semasa PRU 12 yang lepas, semua bantuan mengajar akan di tanggung sepenuhnyer oleh kerajaan dan tiada yuran tahunan akan dikenakan.... Keh keh keh..... sekarang kenapa pulak ???? Kerajaan silap buat kira kira budget kot..... dah tak ader peruntukan.... duit kerajaan dah tak ader..... Akhir kalam, Rakyat juga yang kena tanggung.... akibat kesilapan sesaorang.... Hidup 1 Malaysia.... rakyat didahulukan.... atau pun Rakyat di kenakan dahulu........ Maner satu yang sepatutnyer.????
P/s:Mudah bercakap caj tambahan tu utk insuran dsbnya.......itu utk satu anak....bagaimana pula rakyat marhean yg berpendapatan rendah yg mempunyai anak 5 -6 orang yg bersekolah...... Kini ibubapa pelajar bukan sahaja dibebani dgn Yuran perskolahan malah caj tambahan ini jugak ditanggung oleh ibubapa.......
Dinyatakan dalam berita tsb:
yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan
Bukankah segala hal ehwal pentadbiran sekolah (spt membeli kertas, mesin pendua, cetakan) adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan - adakah ibubapa perlu menggalas semua pembelian ini........ Tok logik juga dikatakan dgn yuran sekolah ibubapa kena menanggung semua soal2 penambahbaikan sekolah...........apa fungsi dan tugas Kerajaan dalam soal pendidikan........(Kutip duit rakyat jer ker???)
Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan
Bukankah duu dikatakan yuran sekolahlah yg digunakan utk aktiviti kurikulum - skrg dah ubah plak......nak kena ada yuran tambahan utk aktiviti kurikulum ni....... Cakap x serupa bikin....
No comments:
Post a Comment