Wahai menteri-menteri dengarlah keluhan kami selaku peniaga kecil yang membuka gerai kecil-kecilan dimana harga barang keperluan harian seperti bawang merah,bawang putih,kacang tanah,kacang hijau,telur,dan sayur-sayuran seperti terung,kacang buncis,kacang panjang,cili besar,cili kecil naik dengan mendadak.Ramai yang mengeluh bila harga-harga keperluan di atas naik....Pelik dan ajaib sangat bila menteri2x berkata di media dengan menyatakan harga keperluan di atas dijual dengan harga yang berpatutan....
Memandangkan ekonomi sekarang yang tidak menentu ramai peniaga kecil yang mengeluh kerana pelangan tidak ramai yang membeli jualan mereka mungkin kerana mereka hendak berjimat-cermat al-maklumlah musim sekolah hampir dibuka tidak lama lagi dan mungkin mereka hendak membeli persiapan untuk anak-anak mereka.Jadi jualan bagi peniaga2 kecil ni kurang mendapat sambutan malah ada yang merugikan dan tidak beberapa untung....Dah la dengan harga keperluan naik bertambah pula rugi dan tidak untung....X kasihan kan kiter dengan nasib mereka???Jadi wahai kementerian pengguna selalu la turun padang 'jenguk' harga-harga keperluan ini adakah ia berpatutan atau sebaliknya....
Lain pula dengan situasi ini,baru-baru ini saya telah pergi ke Kuala Lumpur untuk memberi peralatan sekolah anak dan saya juga agak terkejut dengan melihat harga peralatan sekolah yang mendadak naik.Bagaimana la dengan nasib rakyat yang berpendapatan RM2000 ke bawah mungkin ini satu bebanan kepada mereka untuk membeli peralatan sekolah untuk anak mereka.....
Tidak termasuk lagi dengan buku sekolah,yuran sekolah,PIBG,dan yuran tambahan ini semua membebankan rakyat jadi macam mana dengan nasib rakyat yang mempunyai ramai anak yang bersekolah...semua menjadi bebanan kepada rakyat...Akhir kata di mana slogan 'rakyat didahalukan,percapaian diutamakan' inikah 1 Malaysia yang diagung-agungkan oleh PM dan kerjaan BN??
No comments:
Post a Comment