Tindakan sekumpulan pemuda BN mengadakan demo di hadapan DUN Penang siang tadi memberitahu kita semua satu perkara, iaitu mereka sudah semakin terdesak untuk mengembalikan semula pengaruh mereka di Penang. Kini LGE pula diserang dengan isu kampung Buah Pala dan isu kegagalan PR menunaikan janji PRU 12 tanpa sedikitpun memberi pertimbangan bagaimana BN yang sudah gagal menunaikan janji sebelas PRU yang lalu.Tindakan membakar poster gambar Ketua Menteri cuba pula dibilas dengan kenyataan bahawa membakar poster itu dilakukan oleh seorang penduduk kampung Buah Pala dan ianya tiada dalam agenda protes mereka.Pembohong besar malah lebih besar dari biawak yang lidahnya bercabang.
Kita sudah lama maklum mengenai isu kampung Buah Pala dan kita semua sudah maklum bagaimana kerajaan PR berusaha membantu penduduk yang terlibat.Tetapi seperti disiarkan dalam TV 9 sebentar tadi, ada penduduk didakwa tidak mendapat pampasan kerana mereka dikatakan penentang kerajaan sedangkan penduduk yang lain sudahpun menerima pampasan mereka.Nampak cantik dakwaan budak India di TV 9 tadi, tetapi tersirat dalam kenyataannya perangai kerajaan BN sebelum ini yang sering mengecualikan penentang mereka dalam pemberian pampasan atau bantuan.
Nampaknya, ada usaha untuk menunjukkan bahawa kerajaan PR sama saja dengan BN.Namun yang tidak mereka sedari ialah, kalau benar penduduk yang tidak menerima pampasan itu penentang, maka tidak layak dan tidak ada hak untuk mereka menuntut pampasan itu sebagai hak mereka kerana sebelum ini, pengecualian kepada bayaran pampasan atau bantuan sudah menjadi darah daging kerajaan BN.Jadi dakwaan budak India di TV 9 itu yang mengatakan mereka menuntut hak mereka tidak betul dan menunjukkan mereka mempunyai muka tidak malu.Dakwaan kerajaan PR menipu orang India tidak betul sama sekali sebaliknya yang menipu orang India adalah orang India sendiri yang berlindung dibawah lambang MIC dan BN.
Tetapi sekali lagi, kita percayai dan yakin bahawa dakwaan itu tidak benar tetapi diolah agar ianya kelihatan benar.Ini kerja BN sejak dulu dan sejak kalah 4(sebenarnya 5) negeri dalam PRU yang lalu. Sudah banyak demostrasi yang dianjurkan BN yang akhirnya mendedahkan tembelang mereka sendiri dan demostrasi kali ini mungkin tidak akan terlepas dari tren itu.Sama samalah kita tunggu tembelang mereka pecah nanti hasil dari dakwaan mereka sendiri.
Demostrasi kali ini tidak lebih dari siri jelajah lawak senario yang diteruskan oleh BN.



No comments:
Post a Comment