Tuesday, December 8, 2009

UMNO : Tiada DUIT.. MAMPOSlah ia..


Kekuatan Umno hanya bergantung kepada kebendaan dan wang ringgit untuk meraih sokongan rakyat, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.


Katanya, pemimpin Umno menjadi susah hati sekiranya parti itu tidak mempunyai sumber kewangan.

“(Pemimpin) Umno, nyawa mereka hanya wang. Kalau tidak ada wang, mereka susah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, dekat sini, petang semalam.

Ini, katanya berbeza dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang menjadikan agama yang suci itu sebagai 'nyawa' dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.Sehubungan itu, beliau mengingatkan para penerima bantuan supaya tidak menjadikan kebendaan sebagai keutamaan dalam kehidupan sebaliknya berbangga dengan nikmat Islam dan iman.

“Nikmat yang paling besar kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman,” ujarnya.Justeru, tambahnya walaupun sumbangan yang diterima pada majlis itu tidak seberapa tetapi para penerima hendaklah menyedari bahawa PAS sentiasa prihatin terhadap masyarakat.Beliau yang juga Ketua Pemuda MTD Ru Rendang mewakili bapanya selaku Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyampaikan bantuan itu kepada penerima.

Sebanyak 101 keluarga menerima sumbangan pada majlis pertama kali anjuran PAS Cawangan Kampung Baru Ru Muda itu yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan mangsa banjir.Menurut ketuanya, Haji Abdul Aziz Ngah, pihaknya sebelum ini sering mengadakan aktiviti kebajikan tahunan seperti penyampaian sumbangan hari raya, bantuan persekolahan dan mangsa yang ditimpa musibah.

Katanya, PAS cawangan menyedari masalah yang dihadapi oleh para penduduk yang terdiri daripada nelayan, penoreh getah dan bekerja sendiri yang tidak dapat melakukan aktiviti harian pada musim tengkujuh.

“Bagi meringankan bebanan hidup mereka, yang sudah tentu menyulitkan mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga, maka kami berusaha memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian ini,” katanya.Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan bagi menjayakan aktiviti kebajikan PAS cawangan kepada masyarakat setempat.

1 comment:

  1. TAHNIAH! BLOG PKR BERA KINI MELEBIHI 50,000 PELAWAT

    Hari ini Rabu tepat jam 04.33 petang tadi genaplah 50,000 pengunjung serta pelawat yang memasuki Blog PKR Cabang Bera ini.

    Sejak ianya dilancarkan secara rasminya oleh Setiausaha PKR Cabang Bera, Sdr Rizan Hj Ali pada 15 OKTOBER 2008 lalu, blog PKR Bera ini tidak putus-putus menerima kehadiran antara 1,500 - 2,500 sehari pengunjung yang melawat blog ini untuk mendapat maklumat terkini aktiviti serta berita yang dilaporkan menerusi blog ini.

    Hari ini menjadi bukti bagaimana sudah 50,000 pengunjung memasuki blog ini. Kekuatan blog ini ialah blog ini sentiasa di 'update'kan rekod dan beritanya selama 24 jam sehari tanpa henti oleh pengendalinya.

    Disamping itu juga blog PKR Bera ini mempunyai rangkaian atau 'link' yang cukup baik bagi 'memasarkan' blog PKR Bera ini apatah lagi blog ini bukan hanya menyiarkan isu-isu nasional sebagai bahan beritanya malahan turut menyiarkan isu-isu setempat di Bera sendiri seperti masalah penduduk, isu bangunan terbengkalai, isu projek membazir sehinggalah memperkenalkan Bera dengan berbagai produk yang ada disini.

    Jumlah pengunjung yang sentiasa 'hits' di blog PKR Bera ini juga melebihi jumlah pengunjung yang melawat ke beberapa blog PKR yang lain dan setaraf dengannya di negeri Pahang ini seperti blog PKR Negeri Pahang (sekitar 21,000 lebih) dan juga blog AMK Negeri Pahang sekitar 4,000 lebih serta beberapa blog PKR yang lain juga.

    Yang pastinya blog PKR Bera bukan sahaja dikunjungi oleh ahli-ahli serta para penyokong Pakatan Rakyat di Bera sahaja malahan sehinggakan ahli-ahli dan pimpinan parti lawan sebelah pun turut melawatnya setiap masa untuk memantau 'kekuatan' PKR Bera kini yang kian meningkat!

    Sekali lagi selaku pengendali blog PKR Bera mengucapkan TAHNIAH!


    50,000 PENGUNJUNG Tepat Jam 4.33 petang!


    Sekian,
    PENGENDALI BLOG PKR BERA

    ReplyDelete