Tuesday, January 19, 2010

Anwar nyatakan sekali lagi: perkuatkan cabang, perkemaskan organisasi, Turun padang, banyakkan ranting, banyakkan Anggota

Seolah-olah Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin nyatakan bahawa tidak ada tempat untuk pemimpin-pemimpin yang tidur didalam parti. Itulah pesanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR semasa merasmikan penutupan Konvensyen PKR Pahang pada 17.1.10 di Dewan Tan Jung, Kuantan didepan lebih 1000 wakil-wakil dari Cabang-Cabang seluruh Pahang.
Anwar mengarahkan supaya semua pemimpin-pemimpin Cabang menjalankan gerakan yang bersungguh-sungguh untuk parti. Beliau mahukan pemimpin-pemimpin Cabang supaya turun padang, buat kerja dikalangan rakyat, atur dan anjurkan program-program parti, perbanyakkan anggota dan ranting-ranting parti.
Unjuran dari Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bersesuaian dengan tindakan yang diambil oleh Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang dimana Negeri Pahang dipecahkan kepada 3 zon dibawah pengelolaan 3 Task Force iaitu Zon Timur yang terdiri daripada Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Pekan dan Rompin dibawah kelolaan Datuk Fauzi Abdul Rahman selaku Ketua Task Forcenya; Zon Tengah yang terdiri daripada Temerloh, Kuala Krau, Maran, Jerantut dan Bera dibawah kelolaan Haji Suhaimi Said selaku Ketua Task Forcenya; dan Zon Barat terdiri daripada Lipis, Cameron Highlands, Raub dan Bentong dibawah kelolaan Sdr Zakaria Hamid selaku Ketua Task Forcenya.
Ketua-Ketua Task Force ini diberikan tugas menggerakkan Cabang-Cabang di bawah kelolaan mereka dan Cabang-Cabang dikehendakki bergerak secara bersungguh-sungguh dengan mengadakan jadual-jadual yang padat bagi memperkemaskan organisasi dalamannya dengan penubuhan-penubuhan organisasi ranting-ranting, organisasi wanita dan amk diperingkat Cabang dan Ranting-Ranting, dan pimpinan Cabang dengan khususnya Pengerusi Cabang hendaklah memainkan peranan yang aktif dan turun padang seolah-olah Pilihanraya Umum akan diadakan pada hari esuk.
Mana-mana pimpinan Cabang yang gagal, tidak mahu atau yang lemah menjalankan kerja-kerja parti, massa dan dan organisasi hendaklah memmberi laluan kepada mereka yang mampu membuat kerja-kerja tersebut dan tidak berpegang kepada jawatan parti seolah-olah jawatan itu adalah hakmilik peribadi. Beri laluan, jika tidak mampu.
Sikap "aku orang lama, engkau orang baru" "ini rumah tangga aku, jangan masuk campur" harus dapat dikikiskan dari pemikiran pimpinan parti. Gabungkan orang lama dengan orang baru bagi kekutan parti. Terima secara terbuka jika ada bantuan-bantuan dari luar yang boleh memperkukuhkan gerakan parti dan tidak berperasaan bahawa perkara itu sebagai "mencampuri urusan Cabang" melainkan bantuan-bantuan yang didatangkan itu hadir dengan cara menceroboh iaitu menjalankan kerja-kerja di Cabang-Cabang lain itu tanpa memberitahu "Tuan Rumahnya". Jika tuan rumah diberitahu, bahkan dijemput, tetapi memilih untuk tidak mahu hadir atau tidak mahu ambil peduli, maka usaha dari sahabat-sahabat usahlah dianggap sebagai sikap menceroboh dan mencampuri urusan rumah tangga orang lain.
Sikap yang lohor dan berlapang dada menerima bantuan sahabat-sahabat apatah lagi bantuan itu sudah dijadikan agenda parti diperingkat yang lebih tinggi (Negeri) adalah semata-mata untuk memperkukuhkan parti dan wajar dapat menggembelingkan kerja-kerja parti justeru memperkukuhkannya. Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment