Atas kertas, aduan terhadap Junaidi dibuat oleh adik ipar Junaidi sendiri (adik kepada isteri Junaidi) tetapi siapa dalang dibelakang aduan tersebut? Seperti yang dijanjikan, ini ceritanya.
Ini merupakan kali pertama selepas banyak kes-kes jenayah dan spara jenayah yang dikendalikan oleh saya dimana pengadu tidak dipanggil untuk memberi keterangan dan aduan yang dibuat oleh pengadu tidak diketengahkan. Tidak dinafikan bahawa caramana Pendakwa ingin kendalikan pendakwaan adalah hak Pendakwa akan tetapi mengapa boleh jadi begini? Adakah Pendakwa takut bahawa penggadu akan dengan tiba-tiba memihak kepada abang ipar dan mudharatkan kes Pendakwa?
Dalam tulisan ini saya tidak akan memberi sebarang jawapan kepada beberapa soalan yang akan saya timbulkan kerana saya yakin pembaca boleh buat kesimpulan sendiri.
Semasa memberi keterangan Pegawai-pegawai SPRM Raub telah beritahu Mahkamah bahawa pada asalnya mereka telah terima satu panggilan talipon daripada seorang yang mengatakan bahawa kegiatan rasuah politik akan berlaku diKuala Lumpur. Pegawai-pegawai SPRM telah dikerah oleh pemanggil untuk pergi kerumah Rehat Raub dimana Pegawai-pegawai ini akan berpeluang bertemu dengan pengadu.
Sebaik Pegawai-pegawai tersebut sampai keRumah Rehat mereka telah dikenalkan kepada Pengadu (adik ipar Junaidi) dan 2 orang yang lain. Salah seorang dari 2 orang tersebut telah dikenalpasti sebagai Adenan (pengadu kedua) dan apabila disoal identiti orang ketiga, Pendakwa telah bantah dengan alasan orang tersebut merupakan “sumber” dan diberi lindungan dibawah Akta Pencegahan Rasuah.
Mengapa identiti orang ketiga ini perlu dirahsiakan? Siapa dia orang ketiga sehingga Penolong Pengarah SPRM Raub boleh dikerah pada hari Sabtu (bukan hari kerja) keRumah Rehat Raub untuk menggambil keterangan dari Pengadu? Adakah Penolong Pengarah SPRM Raub akan ikut telunjuk pemberi maklumat sekiranya pemberi maklumat ini bernama Ah Chong sipemilik bengkel atau Samy sipembeli besi buruk atau Ahmad sinelayan? Sudah tentunya tidak. Akan ikut kah telunjuk adik ipar Junaidi (sisuri rumah yang berniaga kecil-kecilan) sekiranya panggilan itu dibuat oleh adik ipar Junaidi sendiri? Saya yakin tidak. Yang pastinya pemanggil ini orang yang mempunyai pengaruh sehingga boleh kerah mengerah pegawai-pegawai tinggi SPRM Raub..
Pengaruh atau tidak, yang pastinya orang ketiga ini manusia tidak “betelur”. Saya berpegang kepada prinsip “berani buat berani tanggung”. Tidak perlu berselindung disebalik Akta untuk rahsiakan identiti?. Tampil kehadapan seperti “jantan”.
Siapa dia dalang ini sehingga sanggup pecahbelahkan adik beradik tanpa belas kasihan. Dalang yang hanya mementingkan arah politik sendiri? Menimbulkan keadaan dimana siayah tidak lagi pedulikan sianak. Sehingga anak-anak saudara mula benci kepada makcik. Sehingga kakak malu untuk akui pengadu sebagai adik. Sehingga abang ipar terus tidak mahu lagi berbicara dengan adik ipar. Tidak ingat mati ke sidalang ini?
Saya yakin anda semua tahu siapa yang mempunyai kepentingan dalam kes ini. Siapa yang ingin mengaibkan Dato Abdulah dan Dato Mustaffar hingga mereka kalah pemilihan Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Raub. Perlukah saya catatkan nama dalang ini? Saya rasa tidak perlu kerana saya yakin anda semua cukup matang dengan politik Raub dan tahu siapa dalang disebalik pendakwaan Junaidi..
SumberDipetik:PKR Cawangan Raub Bandar
No comments:
Post a Comment