Friday, January 8, 2010

Lebih 1000 orang berhimpun bantah Mesir

Lebih seribu orang berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu bermula di perkarangan Kompleks Tabung haji selepas solat Jumaat tengahari tadi dan seterusnya berarak ke Kedutaan Mesir.Perarakan diketuai Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Laungan takbir dan 'Hidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'bebasPalestin,bebas Al Aqsa, 'hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu.
 
sumber: PR VS BN

No comments:

Post a Comment