Kita masih ingat, di Parlimen ini juga kita menyaksikan bagaimana Najib terus keluar dari Dewan sebaik sahaja DS Anwar bangun untuk berhujah. Najib sudah tahu betapa beliau tidak akan sanggup berdepan dengan DS Anwar. Maka yang berani sikit-sikit mencelah ketika DS Anwar berbahas adalah di kalangan MP yang tidak punyai jawatan penting di dalam kerajaan. Tidak tergamak DS Anwar hendak menekan MP-MP berkenaan atas kesalahan dan perbuatan Najib. Pernahkan kita melihat Najib berani mencelah ketika DS Anwar berbahas? Najib hanya berani bercakap tanpa ada yang menyoalnya kembali.
Apa bezanya dengan perbuatan DS Anwar yang juga keluar dewan tatkala MP Bebas YB Zahrain berucap? Bezanya, DS Anwar tidak keluar awal ketika MP tersebut bangun berbahas dan ketika YB Zahrain menyentuh soal perancangan 16 Sept di samping beberapa tokok tambah oleh MP tersebut, DS Anwar mohon untuk mencelah bagi menjawab hujah YB Zahrain. Usahkan DS Anwar, YB Zahrain buat-buat pekak badak terhadap permintaan MP-MP yang lain dari PR untuk bertanyakan soalan kepadanya. Ibarat orang kurang siuman dan meroyan, YB Zahrain bercakap bersendirian tanpa diberi peluang untuk sesiapa menjawab atau bertanyakan soalan. Jika beliau rasa apa yang diperkatakan terhadap DS Anwar dan PKR itu benar, mengapa perlu takut untuk bersoal jawab? Mungkin beliau tahu mungkin tahun ini merupakan persidangan Parlimen terakhir buat beliau. Selepas ini beliau akan dimasukkan ke `lubang' oleh pengundi-pengundi kawasannya.
Menyedari bahawa YB Zahrain seorang yang pengecut, DS Anwar tidak lagi mahu melayan karenah YB Zahrain yang seperti budak-budak dan tidak cukup profesional sebagai seorang Ahli Parlimen. Kita akan menjadi bodoh jika mendengar orang bodoh bercakap. Kesimpulannya, Najib jeluar Dewan kerana tidak berani bersoal jawab dengan DS Anwar, manakala DS Anwar keluar Dewan adalah kerana YB Zahrain penakut untuk mendengar hujah DS Anwar./mandor.blogspot
1 ulasan:
- zaharin tu memang dah macam anjing yang kebuluran, bila dia dah kebuluran, UMNO-BN simpati dengan kebuluran yang dialami oleh anjing itu, maka anjing-anjing yang dah kenyang perutnya memuntahkan sikit makanan yang telah dimakan maka muntah-muntah dari anjing-anjing yang kekenyangan itu dikutip oleh anjing yang sedang kebuluran iaitu zaharin anjing
No comments:
Post a Comment