Sunday, March 21, 2010

Kosongkan Kerusi Di Peringkat Dewan Undangan Negeri Dan Dewan Rakyat

Kami Parti Keadilan Cabang Raub ingin mencabar wakil  rakyat yang telah melompat parti supaya meletak jawatan supaya membolehkan kuasa rakyat untuk memilih siapa calon wakil rakyat di kawasan mereka di mana calon wakil rakyat itu perlu lah mempunyai sikap kepimpinan yang amanah,ingin berkerja untuk membela nasib rakyat dan tidak senang di pengaruhi oleh orang lain serta bukan mempunyai tujuan untuk peribadi seperti senang untuk mendapatkan projek.Kami selaku PKR Cabang Raub amat merasa terkilan,sedih dan berasa sangat kecewa di atas tindakan wakil rakyat yang telah melompat parti seperti kita dapat lihat keadaan politik pada masa sekarang.Tindakan Dato Zahrin yang memburuk-burukan parti PKR dan menfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim amat keji.Kenapa dan mengapa mereka ini sentiasa menyerang dengan melontarkan pelbagai tohmahan keatas Ketua umum PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim??Ke mana perjuangan beliau selama Ini??Ke mana perginya laungan reformasi beliau selama ini??

Di sini PKR Cabang Raub ingin menyarankan mereka supaya menghentikan sengketa ini,tidak malukah mereka dengan sikap mereka selama ini yang tidak mengenang jasa??Tidak malukah mereka iaitu wakil rakyat yang melompat parti ini di mana mereka menang dalam PRU yang dulu atas tiket Pakatan Rakyat??..Rakyat memilih mereka dulu atas tiket mereka pakatan rakyat yang ingin membela nasib rakyat tapi dengan sesuka hati mereka ingin keluar parti kerana tidak berpuas hati.Fitnah sana fitnah sini kalau tak puas hati letak jawatan dengan segera supaya rakyat boleh pilih orang yang betul bersih dan tiada kepentingan diri untuk masuk politik.Tolong lah Dato Zahrin hentikan lakonan mu ini lakonan yang penuh jijik dan meluat kami tengok.Jangan nampak kesalahan orang sahaja kesalahan sendiri buat tidak tahu.Bak kata orang buta hati.Mesti ada muslihat dan sandiwara yang terselindung dari lakonan mu itu.SALAM REFORMASI.

2 comments:

  1. TAK PAYAHLAH TUAN2 MELAUNGKAN KOSONGKAN KERUSI PALIMEN ATAU KERUSI DUN, BAGILAH YB TU MENJALANKAN AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN TU. APA YANG PATUT SDR PKR LAKUKAN BERKERJA UNTUK MENYAKINKAN PENGUNDI CAWAQNGAN SDR., LETIH KAMI DIBUATNYA TAK ADA APA KESUDAHANNYA WAKTU INI BUKAN MENCARI KEBURUKAN SESAORANG, WAKTU INI MEMBANTU RAKYAT. JANGAN WAKTU SERONOK NIKAH KAHWIN, KENDURI KENDARA, TAPI WAKTU RAKYAT MINTA BANTUAN SEORANG PUN TAK NAMPAK BATANG HIDUNG SEPERTI DIPERAK DIMANA2 DS NIZAR ADA TAPI BILA RAKYAT MINTA BANTUAN DALAM KESUSAHAN TIDAK NAMPAK NAMPAK NAMPAK IA.

    ReplyDelete
  2. Saudara..cuba saudara perhatikan YB dari BN.Adakah mereka juga begitu? Waktu BN dipuncak kegemilangan..adakah mereka membela RAKYAT? Mereka hanya tahu menaikkan harga barang, tol, minyak dan sebagainya.Cuba saudara perhatikan apabila mereka hampir kehilangan kuasa.Perkara Kenaikan ini tidak berlaku bukan???..Siapa yag untung...RAKYAT bukan....So biarlah kita bijak dalam berpolitik supaya yang mendapat manfaatnya RAKYAT juga..

    ReplyDelete