Wednesday, March 17, 2010

Rakyat Wajib Jatuhkan Umno Bn PRU Ke 13.

TEMERLOH: Rakyat di negara ini tanpa mengira kaum wajib menjatuhkan Umno BN pada pilihanraya umum akan datang kerana telah mendedahkan keselamatan Negara dalam bahaya akibat daripada perbuatan rasuah kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu.
Berucap dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Temerloh, di Sungai Gau, dekat sini semalam Mohamad Sabu berkata terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan Umno BN dalam pemerintahannya tetapi paling berbahaya apabila ia turut mengancam keselamatan Negara melibatkan pembeliaan peralatan pertahanan Negara.
“Rasuah telah menyebabkan keselamatan negara terjejas. Dunia pelik bagaimana injin kapal terbang boleh hilang,teruknya Malaysia ni. Ada kapal terbang tak boleh terbang, ada kapal selam tak boleh menyelam. Dunia melihat negara kita ketawa. Tak malukah kita. Keselamatan negara terdedah kepada bahaya akibat rasuah.
”Bila keselamatan negara terjejas wajib kepada seluruh rakyat tak kira orang Melayu, orang Cina, orang India menjatuhkan Umno. Mengeluarkan Umno dari Putrajaya adalah wajib bukan lagi sunat muakkad, tapi wajib kerana negara berada dalam bahaya. Pada pilihanraya akan datang wajib jatuhkan BN,” katanya.

No comments:

Post a Comment