Wednesday, April 14, 2010

pilihanraya kecil HULU SELANGOR : sah Dato Zaid Ibrahim dipilih sebagai calon PKR!!!

KUALA LUMPUR, 13 April [2.00pm] - Datuk Zaid Ibrahim (foto) hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. Menurutsumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. “Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata satu sumber. Zaid dinamakan kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu. Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum menyertai PKR. Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini. Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.







Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Zaid Ibrahim atas pemilihan beliau itu. Sebagai bekas menteri UMNO yang banyak menyimpan fail parti karat itu, maka Zaid dijangka berupaya untuk menggugat keegoaan BN di Hulu Selangor. Apakah BN berani untuk meletakkan calon lain selain G.Palanivel bagi berhadapan dengan Zaid ini agaknya. Ramai pemerhati UMNO mengatakan BN kuat kerana majoriti yang diraih oleh PKR dalam pilihanraya umum lalu hanyalah 198 undi. Kononnya undi itu kerana penolakan rakyat kepada MB Khir Toyo. Namun, mereka juga harus melihat sejarah terdahulu. Dalam pilihanraya umum sebelum itu Palanivel menewaskan Ustaz Ismail Kamus (PAS) dengan majoriti 14,483 undi. Jika ditolak dengan majoriti 198 pada pilihanraya 2008, maka sebenarnya UMNO BN kehilangan undi sebanyak 14,285. Bukankah jumlah itu agak besar dan bisa menghancurkan mereka kali ini. Ditambah pula dengan berbagai kebajikan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat di negeri itu sebelum ini. Malah, rakyat di Hulu Selangor juga menikmati ganjaran kebajikan yang ditawarkan. Maknanya, terlalu sukar untuk puak-puak UMNO BN menipu rakyat pada kali ini. Mereka menikmati faedah secara zahir dan realiti, maknanya bukan sekadar retorik politik semata-mata. Justeru itu, harapan besar untuk melihat PKR menang dengan majoriti yang membanggakan pasti akan tercapai jua!].



No comments:

Post a Comment