Tuesday, March 1, 2011

''WARGA KERDAU DI SERU LAKUKAN PERUBAHAN''

Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang, Syed Ali Badaruddin Syed Osman (foto) menyeru supaya pengundi di DUN Kerdau membuat pilihan bijak untuk "mengajar" Kerajaan UMNO BN yang memerintah negeri ini. Peluang yang ada katanya tidak wajar dipersia-siakan demi masa depan generasi akan datang. Beliau menegaskan demikian ketika dalam satu wawancara khas dengannya di Kuantan baru-baru ini. Syed Ali yang Pengarah Urusan, Seruan Gemilang Makmur (SGM), iaitu syarikat pembalakan yang telah menyaman Menteri Besar Pahang sebanyak RM63 juta itu menegaskan sudah tiba masanya rakyat menunjukkan protes dengan menjatuhkan UMNO BN di pilihanraya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini. Menurut Syed Ali, sejak tahun 1998 iaitu ketika peralihan kuasa Kerajaan Negeri Pahang daripada Menteri Besar dahulu Tan Sri Khalil Yaakob kepada Datuk Seri Adnan Yaakob didapati prestasi kutipan hasil kerajaan negeri sekitar RM300 juta hingga RM350 juta dan tidak melebihi daripada RM400 juta setahun. "Itu adalah standard Adnan Yaakob. Hasil utama kerajaan negeri adalah daripada tanah dan pembangunan tanah berlaku secara menyeluruh di semua daerah, semua bandar dan meliputi kawasan pinggir bandar serta kampung-kampung. Berlakunya pecah sempadan tanah dan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada perumahan, pertanian kepada bangunan perniagaan (komersial), bangunan perniagaan kepada industri maka kita lihat premiumnya sudah tentulah besar. Maknya hasil-hasil pembangunan tanah ini merupakan sumber pendapatan kerajaan sebenarnya. Soalnya kenapa dari tahun 2000 hingga 2010 pendapatan kerajaan tidak setimpal dengan pembangunan tanah yang berlaku", katanya

1 comment:

  1. Semoga Pakatan Rakyat menang pilihanraya di Merlimau dan Kerdau insyaALLAH....

    ReplyDelete