Thursday, November 26, 2009
Eksklusif:Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Dr Tan Kee Kwong Seru Masyarakat Tionghua Agar Tinggalkan BN & Segera Sertai Pakatan Rakyat
KUANTAN, 24 Nov - Kerajaan Barisan Nasional kini semakin tenat dan bila-bila sahaja akan berkubur ditelan gelombang "Tsunami Politik kedua" tidak lama lagi. Biar pun pemimpin mereka banyak menuding jari ke arah perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat terutamkanya PKR dan PAS. Namun, apa yang jelas ianya tidak seserius apa yang terjadi kepada pakatan karat biru itu sebenarnya. Bermula dengan pergolakan dalam MIC, kemudian Gerakan dan kini terbaru dalam parti terbesar kaum Cina iaitu MCA sendiri. Belum pernah terjadi dalam sejarah, perbalahn besar berlaku dalam MCA. Malah, kekalutan itu memungkinkan parti tersebut digantung atau dibatal pendaftarannya. Perkara ini didedahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat iaitu Datuk Dr.Tan Kee Kwong (foto), ketika mengakhiri lawatan seharinya ke Pahang baru-baru ini. Beliau mendedahkan bahawa semakin ramai pemimpin kaum Cina akan bersama Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang. Malah katanya, banyak faktor yang menjadi penyebab mengapa pemimpin seperti beliau meninggalkan BN. "Ramai yang mempertikaikan keputusan saya untuk bersama Pakatan Rakyat. Tambahan pula saya merupakan bekas pemimpin kanan Gerakan dan juga Timbalann Menteri BN sendiri. Tetapi keputusan telah dibuat, BN sudah jauh tersasar daripada matlamatnya. Malah, mana mungkin orang-orang seperti Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng dan ramai lagi tokoh-tokoh besar sanggup meninggalkan BN dengan sia-sia" katanya di hadapan masyarakat kaum Cina dekat Restoran Tanjung dekat sini baru-baru ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment