Sunday, December 13, 2009

Dari RM 80 ke RM 300...Siapa Yng Untung???

SEPANG: Jumlah hantaran terlalu tinggi sebenarnya yang menjadi bebanan kepada bakal pengantin lelaki dan ia bukan disebabkan kenaikan kadar mas kahwin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom. Dilaporkan oleh mStar.


Bukan bebanan katanya, daripada RM80 terus ke RM300. Bagi Jamil Khir memang tidak menjadi bebanan. Tapi bagaimana dengan pihak lelaki yang dah gatai sangat nak kahwin? Masalah hantaran memang boleh dirunding dengan pihak perempuan tapi bagaimana dengan duit mas kahwin? Sudah tentu tidak boleh dikompromi dengan pihak Jabatan Agama.

RM300 memang banyak bagi mereka mereka yang tidak mampu. Bila mana perkara Agama lebih-lebih lagi dalam urusan munakahat dijadikan sumber keuntungan. Kenyataan Jamil Khir itu melibatkan orang-orang yang berada serta yang hidup kaya raya. Bagaimana dengan orang orang dalam golongan marhaen dan mustad'afin yang gatai nak kahwin?

Keadaan ini akan terjadilah perzinaan, persundalan, anak-anak dara tua akan menjadi bertambah ramai. Memang JAIS ni layak dipanggil Jabatan Agama Iblis Syaitan. Memang mereka ingin menggalakkan perzinaan berbanding pernikahan yang sah.

Rasulullah S.A.W mengingatkan :
أفضل من المهر هو أسهل

Dari Uqbah Ibnu Amir Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sebaik-baik mas kahwin ialah yang paling murah." Riwayat Abu Dawud dan dinilai shahih oleh Hakim.

WAllahu'alam ....

No comments:

Post a Comment