Konsep 1Malaysia sudah tercalar. Kaum cina dan india masih meragui keikhlasan konsep tersebut.UMNO tetap UMNO. Dulu kini dan selamanya. Keseluruhan kabinet berpendirian tiada cacat celanya dengan BTN. Mahathir pun sokong. Begitu juga dengan Pak Lah.
Hanya Nazri yang nampak bersetuju BTN perlu dirombak supaya ia dilihat tidak bersifat seperti satu 'rumah hijau' yang menyuburkan semangat perkauman.Perdebatan yang hangat tercetus di parlimen apabila Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran membangkitkan isu ketuanan melayu.
Kulasegaran dikutuk hebat dan ada yang membuat laporan polis.Jadi tidak hairanlah Nazri menjadi tidak menentu dalam sehari dua ini. Beliau selaku Menteri di Jabatan Menteri perlu mencari jalan keluar agar konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam.
Samada Nazri betul-betul ikhlas dalam menjuarai konsep 1Malaysia atau terpaksa berlakon, kerana PRU13 akan menjadi pentas mengadili ketulenan, keikhlasan serta kesungguhan UMNO/BN menegakkan 1Malaysia.Selebihnya sila baca di sini dimana Nazri menjelaskan kepada Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment