Thursday, January 14, 2010

kekecewaan penduduk bukit koman???

Raub,13 jan-Timb.Menteri Sumber Alam Sekitar Dan Asli memberitahu kepada pemberita bahawa penggunaan bahan Kimia Cyanide ke atas Lombong Emas di Bukit Koman adalah tidak berbahaya kepada penduduk di situ... sejak lombong emas itu beroperasi penduduk di situ mengalami berbagai penyakit seperti gatal-gatal,sesak nafas, hilang selera makan,sakit mata,demam,dan berbahaya kepada wanita hamil. . Turut hadir ke tapak lombong emas bukit koman Raub ialah YB Dr Hatta Ramli-Ahli Parlimen kuala krai kelantan, YB chong siew onn-Adun Tras Raub,ketua cabang raub Mohd Ali Wahid,wartawan-wartawan, NGO-NGO  dan sebilangan penduduk kampung bukit koman. selain daripada YB Dr Hatta Ramli, Timb.Menteri Sumber Alam Sekitar dan Asli Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup juga hadir melawat ke tapak lombong emas tanpa menanya kepada penduduk di situ mengenai masalah yang dihadapi. Malangnya wartawan dan jurugambar tak dibenarkan masuk ke tapak lombong emas tersebut. Hanya TV 1 dan TV 2 sahaja yang dibenarkan masuk... Di bawah terdapat gambar-gambar yang sempat saya ambil.


DR HATTA RAMLI-AHLI PARLIMEN
KUALA KRAI KELANTAN
                                        

ketua cabang Raub MOHD ALI WAHID bersama NGO
Dari Pulau Pinang



Antara Wartawan yang tidak dapat masuk ke tapak
Lombong Emas


Sebahagian Penduduk Bukit Koman
Yang sedang menunggu Timb.Menteri Sumber
Alam sekitar dan Asli.


p/s : penduduk kampung bukit koman membantah sekeras-kerasnya kegunaan kimia cyanide yang boleh meragut nyawa mereka.TOLONG ambil perhatian terhadap kes ini..!!!

No comments:

Post a Comment