Friday, January 15, 2010

PKR cabang Raub mengesa Kerajaan Mengkaji semula peruntukan Asrama!!!

Raub-15Jan..Ketua PKR cabang Raub Mohd Ali Wahid hari ini mengesa kerajaan menyediakan semua kemudahan pendidikan rakyat,tanpa meletakkan sebarang liabiliti kepada pentadbir dan guru sekolah,sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada mutu pendidikan negara. Beliau menerima aduan daripada ibu bapa sekolah yang memberitahu pengurangan peruntukan kerajaan dan beberapa polisi lain termasuk peningkatan yuran makan bagi pelajar asrama..

"kami difahamkan bayaran yuran asrama meningkat dari RM1 kepada RM3 sehari bagi pendapatan RM5000 ke atas,sementara bilangan penyediaan makanan hanya dihadkan 200 pada awalnya kemudian dinaikkan kepada 240 hari daripada hari bersekolah.

"Akibat pemotongan peruntukan itu, pelajar-pelajar asrama diminta balik rumah setiap hujung minggu kerana ketiadaan peruntukan makanan atau makan dengan wang sendiri.

"keadaan ini jika dibiarkan sudah tentu boleh menjejaskan mutu pelajaran bagi pelajar asrama kerana hilang fokus belajar.

"PKR Cabang Raub bimbang jika keadaan ini berterusan ia akan menyebabkan pihak sekolah,guru hilang fokus untuk meningkatkan mutu pendidikan..



p/s: Diharap pihak kementerian mengambil serius mengenai masalah ini.  mana slogan 1 Malaysia Rakyat di dahulukan Pencapaian di utamakan dan 'JUARA RAKYAT"...???

No comments:

Post a Comment