Wednesday, January 13, 2010

UMNO JUARA SLOGAN SEBENARNYA....!!!


Sejak dari dulu kini dan mungkin selamanya Umno akan 'menjual' slogannya kepada rakyat semata-mata untuk mengabui dan mempengaruhi rakyat menyokong mereka.

Macam-macam slogan yang mereka ketengahkan. Yang pasti setiap kali Perdana Menteri baru dilantik atau 'melantik dirinya sendiri' maka akan ada slogan dan 'kata-kata hikmat' terbaru yang mereka lontarkan kepada rakyat. Rakyat pun terlopong dan tenggelam dalam slogan tersebut.Bermula dari Zaman Mahathir sehingga zaman Najib pelbagai slogan murni dan manis-manis dihidangkan kepada rakyat.



Zaman Mahathir
Dasar Pandang Ke Timur
Islamisasi
Bersih Cekap AmanahTradisi Membela Rakyat

Zaman Pak Lah
Islam Hadhari
Berkerja Bersama Saya
Cemerlang Gemilang TerbilangSelamat Aman Makmur (PRU 12)


Zaman Najib
1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan
Juara Rakyat

Persoalannya benarkan slogan itu menjadi amalan dan panduan kepada Umno dalam mentadbir negara dan menguruskan kesejahteraan rakyat. Rakyat terbanyak boleh menjawab soalan saya ini.

Soalan terbaru saya kepada kita semua benarkah Umno mendahulukan rakyat dan benarkah Umno Juara Rakyat???????

nukilan oleh SOFI WAHAB

No comments:

Post a Comment