Sunday, February 21, 2010

Generasi Baru Felda:Antara Impian Dan Realiti

Terdapat 12,635 orang peneroka di 317 tanah Rancangan Felda seluruh negara kecuali P.Pinang dan Sarawak.Adalah dianggarkan terdapat 1.3 juta warga Felda dan 800,000 daripadanya adalah generasi baru Felda.

Masalah generasi baru felda yang diketahui umum ialah Jaminan masa depan mereka di mana lebih 80% daripada peneroka felda telah menyerahkan kebun 10 ekar mereka kepada pengurusan felda dengan purata pendapatan rm800-rm1500 berdasarkan harga komoditi semasa.Peluang kerjaya yang boleh diteroka dalam kawasan felda cukup terbatasmenyebabkan generasi muda mengambil keputusan berhijrah ke luar felda.Kedua ialah Peluang pendidikan yang terhad dimana felda telah menubuhkan Pusat Latijan Vokasional Felda sejak tahun 1982 di Trolak,Sg Tekam,Pasir Besar,Bukit Mendi dan Bukit Besar.Malangya pusat-pusat tersebut telah ditutup dengan alasan tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dan digantikan dengan Puat Giat Mara dimana anak-anak peneroka terpaksa bersaing dengan belia di luar felda.Selain itu juga kuota dalam anak syarikat Felda dimana daripada 43 anak syarikat hanya terdapat sekitar 5400 generasi baru felda yang ditawarkan bekerja daripada lebih 23 ribu kakitangan kumpulan felda.Daripada jumlah tersebut tidak sampai 100 orang dlm kategori A manakala selebihnya kakitangan gred B hingga ke buruh bergaji hari.Disamping itu juga masalah lain adalah seperti Rumah kediaman Generasi Baru,Gejala sosial dan tidak prihatin soal pengurusan ladang dan persekitaran.

Antara tuntutan yang dibentangkan dalam konvensyen ini adalah lot tanah kosong bagi perumahan generasi baru,kurniakan beberapa bidang tanah untuk generasi Baru,naik taraf penempatan felda yang telah mendapat hakmilik,batalkan felda plantation,menangani gejala sosial,perbanyakkan peluang pendidikan dan kemahiran dan Anjakan pembangunan ekonomi setempat.

Penubuhan ANAK adalah suatu strategik jangka panjang membangunkan jiwa anak muda felda 'yang hampir mati'Kemenangan 354 orang peneroka felda kemahang 3,Tanah Merah Kelantan memperolehi rm11 juta saman ke atas Felda di Mahkamah Persekutuan pada 19 Januari 2010 baru-baru ini adalah isyarat nyata bahawa perjuangan menuntut hak dan keadilan meskipun memakan masa yang panjng dengan ujian yang sangat hebat pastinya beroleh kejayaan!!!.

"Menerajui Perubahan"

MazniBin Aliman
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)

No comments:

Post a Comment