Sunday, February 21, 2010

Sekitar Konvensyen Peneroka Felda Kebangsaan Anjuran PKR Pahang

Jerantut,20 Februari 2010-Satu konvensyen Peneroka Dan Generasi Kedua Felda Kebangsaan telah diadakan di Markaz PAS kawasan Jerantut telah mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh semua peneroka felda di seluruh kawasan felda di negeri pahang dan di seluruh negeri.Lebih 1,000 orang perwakilan dari seluruh negeri Pahang dan negara telah hadir menyertai konvensyen yang pertama kali diadakan ini. Program ini adalah anjuran Biro Felda Keadilan Pusat yang diketui oleh Tn.Hj Suhaimi Said . Pendaftaran peserta telah bermula pukul 8.00 pagi . Majlis bermula sekitar jam 9.30 dan dipengerusi oleh Razali Alias, Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Pahang. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Konvensyen, Tn.Hj Zahari Mamat dan kemudiannya diikuti dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman. Selepas itu ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Senator Dr.Syed Hussin Ali, Timbalan Presiden PKR.Di bawah ini disertakan gambar di sekitar konvensyen ini....

No comments:

Post a Comment