Friday, February 12, 2010

KEADILAN KESAL DENGAN PEMECATAN DUTA MALAYSIA KE PBB OLEH KERAJAAN BN

Penyingkiran diplomat veteran Duta Mohd Arshad Manzoor Hussain kerana beliau mengundi bersama-sama Cuba dan Venezuela merupakan peristiwa yang cukup malang. Beliau telah melalui suatu kerjaya khidmat yang panjang dan terkenal dengan ketokohannya.Secara peribadi, beliau mempertahankan tindakannya mengundi itu seiring dengan prinsip-prinsip yang diangkat dalam Gerakan Negara-negara Berkecuali, yang mana selama ini Malaysia merupakan anggotanya yang cukup bersungguh-sungguh sekali iltizamnya.


Pemecatan ini belum pernah lagi terjadi. Ia menghantar isyarat kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia telah menjual kemerdekaan diplomatik rakyatnya. PKR menggesa PM Najib Razak untuk mengisytiharkan pendirian kepada umum, samada Malaysia telah membuang prinsip negara berkecuali dan menyerahkan kedaulatan negara kepada kehendak serta keinginan kuasa besar dunia.

LATHEEFA KOYA

Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

No comments:

Post a Comment