Friday, February 12, 2010

Sambutan menyertai Konvensyen mencurah-curah

170 peneroka-peneroka dari kawasan Parlimen Rompin telah mendaftarkan diri sebagai peserta Konvensyen Peneroka dan Generasi Kedua. Penyertaan tersebut telah dihantar melalui Fax dari PKR Cabang Rompin; manakala peserta-peserta dari kawasan Parlimen Jerantut sudah melebihi 150 orang; PKR Cabang Raub menghantar 80 orang peserta; Cabang Paya Besar 140 peserta; Cabang Bentong 40 peserta; Cabang Cameron Highlands 40 orang peserta; Cabang Bera 40 orang peserta; Cabang Maran 80 orang peserta; Cabang Lipis 40 orang peserta yang yang didaftarkan secara awalan; dan jumlah ini semakin bertambah setiap hari dengan kesanggupan peneroka-peneroka untuk datang walaupun tidak kesempatan mendaftar sebagai peserta.


Dari Negeri Sembilan lebih dari 40 peserta akan hadir. Negeri-Negeri Johor, Selangor dan Terengganu telah menyampai hasrat untuk menghantar peserta-peserta dan jumlah peserta-peserta akan diberitahu kepada Sekretariat Konvensyen.Tanda-tanda menunjukkan lebih dari 2000 peneroka akan hadir dan bersedia untuk tidak dapat memasukki Dewan kerana ruang yang terhad; manakala Ceramah Perdana yang dianjurkan selepas Konvensyen itu akan dilimpahi oleh lebih dari 10,000 hadirin.

Semoga Konvensyen ini mencapai matlamatnya = "HARAPAN BARU UNTUK PENEROKA FELDA"!

Sumber:Lubok Kawah Blogspot

No comments:

Post a Comment