Wednesday, April 28, 2010
Satu Analisis isu:Hulu Selangor,Parti Keadilan Rakyat Bukan Kalah Pada BN tetapi Dek kerana Strategi Terancang SPR itu sebenarnya!!!
Ramai yang terkejut dengan kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Ia berikutan laporan awal yang mengatakan PKR akan menang dengan majoriti melebihi 2,000 undi terhadap Barisan Nasional. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Inilah yang dikatakan takdir, kita hanya merancang namun Allah yang menentukan. Tiada siapa yang harus dipersalahkan, kerana segala usaha dan gerak kerja yang dijalankan sepanjang kempen jelas sekali menjurus ke arah kemenangan sebenarnya. Kekalahan yang berlaku sememangnya sudah dirancang sejak dari awal lagi. Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dilihat begitu "double standard" telah mencemarkan pilihanraya kecil kali ini. Rakyat boleh menerima kekalahan sekiranya ia berlaku dengan adil dan telus. Namun rakyat tidak boleh menerima kekelahan sekirannya "Pengadil Wrestling" digunakan untuk memastikan pengkhianatan berlaku. Tindakan SPR sejak dari awal lagi dilihat lebih cenderung menyalahkan PKR dalam apa jua keadaan sekali pun termasuklah tindakan provokasi dan kekecohan yang berlaku sepanjang tempoh hari mengundi pada 25 April lalu. Pengerusi SPR, Aziz Yusof dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang "berat sebelah" dan seolah-olah beliau bercakap bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional pula. Dalam beberapa kes seperti barung panas, baling objek dan sebagainya begitu jelas Aziz Yusof menyalahkan pembangkang. Sedangkan beliau sendiri tahu yang BN terlebih dahulu mendapat restu melakukan perbuatan tersebut. Malah tindakan Aziz mengeluarkan perkataan bahawa semua kesalahan pilihanraya kecil Hulu Selangor terletak kepada penyokong pembangkang menampakkan betapa teruknya tahap pemikiran Pengerusi SPR itu, malah lebih teruk daripada Tan Sri Rashit Rahman yang telah lama merosakkan SPR dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment