Saat kemuncak pengkhianatan SPR ini bermula apabila Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh (foto) mendedahkan ada 13,488 nama pengundi berdaftar telah dipindahkan. Malah lebih teruk dari tu, ada juga pengundi yang dipindahkan ke kawasan lain. Alasan yang diberikan pengundi terbabit memohon untuk bertukar tempat mengundi. Masalahnya, jika 13,000 pengundi dipindahkan sesuka hati bukankah ia akan menyusahkan mereka terutamanya pada hari mengundi. Bayangkan pengundi di peti undi Sek Ren JK (C) Khing Ming di Kuala Kubu Bharu tiba-tiba dipindahkan ke Peti Undi Sek Keb Felda Sg.Buaya. Bukankah ini menyusahkan mereka dan melambatkan pergerakan pengundi terbabit. Ini menyebabkan ada sesetengah mereka yang dilihat gagal menunaikan tanggungjawab dan ada pula yang tidak dapat berbuat demikian apabila nama mereka dikatakan sudah mengundi oleh pegawai SPR yang bertugas di pintu masuk pusat pengundian terbabit. Bukankah ini menimbulkan keraguan yang amat munasabah dan kenapakah SPR sanggup berbuat demikian sedangkan mereka sepatutnya mengadili pilihanraya ini dengan telus dan adil tanpa ada unsur lain. Tindakan inilah yang menyebabkan sejak awal-awal lagi, penyokong Pakatan Rakyat melihat satu keputusan yang tidak wajar akan berlaku. Maka akhirnya terbukti jua, apabila sekitar jam 5.30 petang selepas semua pusat pengundian ditutup nampak petanda awal bahawa PKR akan menang. Tetapi setelah keputusan tidak rasmi diterima sekitar jam 7.30 malam, terbukti tiba-tiba BN pula menang. Apa yang berlaku sebenarnya?. Bukankah ada teori konspirasi yang menyebabkan senario ini terjadi. Nampak benar seolah-olah ada arahan pihak atasan, agar dalam apa jua keadaan sekalipun demi menjaga nama baik dan imej Perdana Menteri Najib Razak maka SPR perlu memastikan BN menang dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor itu. Lantaran itulah mereka sanggup lakukan apa saja!

No comments:
Post a Comment