Tuesday, September 29, 2009

RuMuSaN SiRi JeLaJaH RaUb - AkTiViTi WaNiTa PKR CaBaNg RaUb

oleh:Ketua Wanita Cabang Raub

Pada 5/7/2009 wanita pkr cabang raub telah meneruskan aktiviti dengan menziarahi di DUN Dong. Kali ini kami telah jelajah golongan india,golongan kurang upaya dan golongan miskin. Kami telah difahamkan bahawa ada diantara mereka yang diziarah oleh kami tidak dipedulikan atau dibantu oleh Badan-badan Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bayang Tok Empat, Tok Penghulu, Wakil rakyat dan Ahli Parlimen langsung tidak kelihatan.Ada diantara yang diziarah masih menumpang dengan menyewa rumah kediaman sedangkan sudah berpuluh-puluh tahun mereka tinggal di Malaysia. Permohonan untuk tanah tidak dilayan. "Adakah kami bukan rakyat Malaysia"? Ini lah soalan yang diajukan oleh sebahagian dari mereka kepada kami.Di sertakan adalah gambar yang kami ambil semasa menziarahi mereka.Di samping itu juga kami telah memberi sumbangan seperti beras,gula,susu,biskut,milo dan lain-lain lagi kepada mereka.Kami telah sumbang setakat mana yang mampu dan telah berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka dimasa akan datang.Kami juga tertanya-tanya - ini kah yang dimaksudkan 1 Malaysia dimana Rakyat didahulukan?Ayuh kita semua bangkit menolong mereka yang susah,kurang upaya...Sesiapa yang bersimpati boleh la menghulurkan bantuan kepada mereka dengan menghubungi kami di talian ini 017-9516412 (En Mohd Ali),014-2948675(Pn Zainon),dan 013-3708427(Akma)
'TiMe FoR ChAnGe...DaRiPaDa RaKyAt unTuK RaKyAt'



Saya Bersama Warga Emas Keturunan India Yang Hidup Serba Kekurangan

Saya Bersama Golongan kurang upaya di rumah ibu mereka di mana 3 anak mereka cacat dengan keadaan rumah yang serba kekurangan

Saya Bersama Golongan Kurang Upaya Berbangsa India Yang menderita lumpuh

Bersama Warga Emas yang hidup serba daif dimana rumahnya atap bocor,tidak mempunyai bekalan elektrik dan air dirumahnya serta tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak dengan membesarkan 5 orang anak dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap

No comments:

Post a Comment