Tuesday, September 29, 2009

JeLaJaH RaUb - SiRi 2

oleh:Ketua Wanita PKR Cabang Raub

Dari rumah Achi, kami telah dibawa mengunjung rumah adik Kadhivanan. Kadhivanan tinggal bersama ibu dan ayah disebuah rumah teres diKampung Baru Sungai Ruan berdekatan rumah Achi. Rumah teres yang tak seberapa ini didiami oleh 2 keluarga.Kadhivanan merupakan seorang teruna berumur 24 tahun. Kami telah diberitahu bahawa semasa umur 1 tahun, Kadhivanan telah diserang demam panas dan akibat daripada demam tersebut, telah lumpuh dan sering terkena sawan. Kadhivanan tidak dapat bergerak sejak 23 tahun lalu melainkan dengan dibantu ahli keluarga. Kadhivanan perlu dimandikan oleh ahli keluarga. Kadhivanan juga mengunakan lampin pakaibuang. Dalam ertikata lain, Kadhivanan merupakan seorang OKU.Kami telah diberitahu oleh keluarga Kadhivanan bahawa sejak 3 bulan yang lalu, Kadhivanan telah mula menerima elaun OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Syabas kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana telah bertindak pantas untuk meringgankan beban yang ditanggung kedua ibu-bapa Kadhivanan.Walaupun begitu, saya masih tertanya-tanya - mengapa bantuan hanya diberi selepas 23 tahun Kadhivanan menderita? Mengapa semua pihak, terutamanya MIC, termasuk ADUN Dong dan JKKK Kampong tidak menggambil berat perkara ini selama 23 tahun? Mengapa pihak-pihak berkenaan tidak boleh hadiahkan Kadhivanan dengan kerusi roda untuk permudahkan pergerakan Kadhivanan? Rombongan kami, yang sentiasa prihatin dengan nasib penduduk Raub tanpa menggambil kira keturunan, bangsa, fahaman politik atau agama, telah hulurkan sedikit bantuan untuk meringgankan beban keluarga Kadhivanan sebelum berlepas ke kediaman seterusnya. InsyaAllah kami akan usahakan satu kerusi roda untuk adik Kadhivanan sekiranya MIC, ADUN Kawasan, JKKK atau Jabatan Kebajikan Masyarakat merasa masalah yang ditanggung keluarga Kadhivanan bukan masalah mereka dan menguruskan kerusi roda untuk Kadhivanan menjadi satu beban yang amat berat dan tidak dapat dipikul oleh pihak-pihak tersebut.


No comments:

Post a Comment