Tuesday, September 29, 2009

JeLaJah RaUb - SiRi 1

oleh: En Harris
Siri jelajah Raub yang dianjurkan oleh PKR Cabang Raub dan disertai Dewan Muslimat PAS Raub dan DAP Raub telah pun dimulakan.Rombongan pertama yang disertai Puan Zainon (Ketua Wanita PKR Cabang Raub), Puan Khamsiah (Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Raub dan juga Timbalan Ketua Wanita PKR Ranting Raub Bandar), Puan Norhaida (Ketua Wanita PKR Ranting Raub Bandar), Puan Norshimah (PAS Kawasan Ampang mewakili Dewan Muslimat PAS Raub), Mohd Harris Abdullah (Ketua PKR Ranting Raub Bandar) dan Chan Hin Man (Setiausaha DAP Cawangan Taman Matahari, Cheroh) serta Intan, Nur Diana dan Alia (Srikandi PKR Raub) telah mengunjung beberapa buah rumuh dikawasan Sungai Ruan dan Ulu Gali yang terletak dalam DUN Dong pada 20/6/2009 untuk melihat sendiri keadaan penduduk yang dikatakan masih dibawah kadar miskin tegar.Kami serombongan terkejut melihat betapa daifnya keadaan seorang warga emas kaum Tamil (Hindu) yang mana kebajikannya langsung tidak dipedulikan oleh sesiapa.Warga Emas ini, yang lebih mesra dipanggil Achi, tinggal berseorangan dirumah usang, tanpa bekalan letrik. Bekalan air adalah melalui peregi yang terletak dibelakang rumah. Satu-satunya anak Achi terlantar diHospital Temerloh kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.





Tidak ada apa-apa bantuan dihulurkan oleh MIC, Ketua JKKK, ADUN kawasan atau Ahli Parlimen. “Saya seolah wujud hanya semasa Pilihanraya” ujar Achi. "Usahkan bantu, menjenguk pun tidak", kata Achi.Selepas melihat keadaan Achi dan keadaan beberapa penduduk lain (paparan akan dibuat melalui siri-siri akan datang), kami ahli-ahli PR sepakat untuk teruskan dengan usaha kami dan bongkarkan kepada umum betapa selesanya Ahli-ahli Undangan Negeri Kawasan Raub serta JKKK seolah-olah mereka akan tetap kekal memerintah, tidak kira samada mereka tinjau dan mengatasi atau tidak kebajikan pengundi-pengundi mereka.Rombongan PR telah mengambil kesempatan untuk menghulur bantuan semasa kunjungan untuk meringgankan beban Achi.

No comments:

Post a Comment