Wednesday, November 18, 2009

Amaran banjir di Pantai Timur

KUALA LUMPUR - Jabatan Metereologi semalam mengeluarkan amaran kemungkinan banjir akan berlaku di kawasan-kawasan rendah berdekatan tebing sungai di Kelantan, Terengganu dan Pahang berikutan hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat sejak semalam yang dijangka berlarutan sehingga Khamis ini. Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, hujan lebat peringkat Kuning iaitu kemungkinan berlaku hujan monsun itu dijangka akan berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam ini.

Keadaan itu dijangka berlaku di Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran di Pahang. - Bernama-

p/s:Kepada ibu bapa kawal lah anak-anak anda semasa banjir nie..Sayangila anak-anak anda...

No comments:

Post a Comment