Tuesday, December 29, 2009

Analisis Keputusan PMR 2009 Negeri Pahang


Sejumlah 26272 orang calon telah mendaftar untuk mengambil peperiksaan PMR tahun ini di negeri Pahang. Daripada jumlah tersebut, seramai 24,004 orang adalah calon Sekolah Kementerian Pelajaran, 1801 orang adalah calon Sekolah Kerajaan Negeri, 172 orang adalah calon sekolah swasta/Sekolah Agama Rakyat dan 295 orang calon MRSM.

Sebanyak 16 buah sekolah telah mencatat keputusan 100% iaitu SM Sains Tengku Abdullah (Raub), SMK Abdul Rahman Talib (Kuantan), SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Kuantan), SM Sains Sultan Ahmad Shah (Pekan), SMK Sultan Abu Bakar (Kuantan), SBPI (Kuantan), SMK Sultanah Hajjah Kalsom (Kuantan), SMK Datuk Bahaman (Temerloh), SMK Seri Bentong (Bentong), SMK Seri Tualang (Temerloh), SMK Ahmad (Pekan), SMK Muadzam Shah (Rompin), SMK Padang Saujana (Jerantut), SMK Seri Raub (Raub), SMK Clifford (Kuala Lipis) dan SMK Seri Pekan (Pekan).

Analisis Keputusan PMR 2009

Pencapaian Umum Calon: Menguasai semua Matapelajaran (MSMP)

Bilangan calon yang menguasai semua matapelajaran (MSMP) dengan mendapat Gred A,B,C,D pada tahun 2009 ialah seramai 15,714 orang (65.47%) berbanding 16,329 orang (64.74%) pada tahun 2008. Bilangan yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran seramai 1367 orang (5.70%) berbanding tahun 2008 seramai 1,377 orang (5.46%).

Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) pula semakin baik iaitu 2.72 pada tahun 2009 berbanding 2.76 pada tahun 2008.

                                2009         2008

MSMP                    65.47%     64.74%
GPN                        2.72          2.76
CEMERLANG
(9A/8A/7A)             5.70%       5.46%

Penguasaan murid dalam kemahiran berbahasa pelbagai bahasa di peringkat A, B, C dan D adalah seperti berikut:

                              2009           2008
Bahasa Melayu       94.07%      94.19%
Bahasa Inggeris      72.57%      73.80%
Bahasa Cina           85.41%      83.96%
Bahasa Tamil          80.15%      76.10%
Bahasa Arab
Komunikasi            91.50%      93.00%

Dari segi kualiti pula, pencapaian murid dalam kemahiran berbahasa pelbagai bahasa pada aras cemerlang (Gred A) ialah

                             2009           2008
Bahasa Melayu      29.39%      31.00%
Bahasa Inggeris     12.90%      14.07%
Bahasa Cina          22.96%      21.38%
Bahasa Tamil         23.49%      23.25%
Bahasa Arab
Komunikasi           27.51%      31.85%

Kemahiran Matematik & Saintifik
Peratus calon yang telah menguasai gred A,B, C dan D

                                      2009          2008
Kemahiran Matematik    92.31%      89.62%
Kemahiran Saintifik        93.73%      91.58%

Peratus calon yang telah mencapai aras cemerlang (Gred A)

                                     2009            2008
Kemahiran Matematik   26.09%        25.66%
Kemahiran Saintifik       17.44%        16.48%

Peratus calon yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum (Gred E)

                                        2009         2008
Kemahiran Matematik      7.69%       10.38%
Kemahiran Saintifik          6.27%        8.40%

Kemahiran Keinsanan
Penguasaan calon dalam kemahiran keinsanan yang dibina melalui mata pelajaran berikut di peringkat A,B, C dan D tahun ini adalah seperti berikut:

                                          2009        2008
Sejarah                              93.44%    92.82%
Geografi                            92.55%    92.85%
Pendidikan Islam               94.94%    94.04%

Dari segi kualiti pula, pencapaian calon dalam kemahiran keinsanan yang dibina melalui mata pelajaran berikut pada aras Gred Cemerlang (Gred A) ialah

                                         2009       2008
Sejarah                             19.23%   15.87%
Geografi                            23.29%  19.35%
Pendidikan Islam               29.12%   29.03%

Sumber Dipetik:Website Jabatan Pendidikan Pahang

No comments:

Post a Comment