Mesyuarat Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN Pahang pada 27hb Disember 2009 di Markaz PAS Kawasan Jerantut di Kg Temin telah berjalan dengan lancar dan menyelesaikan agenda mesyuarat.
----------------------------------------------
Mesyuarat tersebut mengambil kesempatan untuk mendengar ucapan dari Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Pusat yang menghadiri Perjumpaan PAS ditempat yang sama.Mesyuarat kali ini juga dapat mendengar ucapan dari T. Kumar, Timbalan Pengerusi Biro Felda PKR Pusat yang menerangkan tindakan-tindakan yang dijalankan oleh Biro tersebut khususnya di Negeri Sembilan dan ucapan dari Dr Zawawi Sulong mewakili PKR Negeri Terengganu.Mesyuarat tersebut meluluskan peruntukan sebanyak RM85,000.00 untuk Konvensyen Peneroka dan Generasi Kedua Felda Kebangsaan dan Konvensyen Orang Asal PKR Pahang. Konvensyen Peneroka dan Generasi Kedua akan diadakan pada 20hb Februari 2010 (sebagai tarikh tentatif jika tidak tertunda kerana Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pahang), manakala Konvensyen Orang Asal Negeri Pahang akan berlangsung pada 18hb April 2010. Kedua-dua Konvensyen tersebut akan diadakan di Markaz PAS Kawasan Jerantut.
Seramai 1200 peserta akan menghadiri Konvensyen Peneroka dan Generasi Kedua, manakala seramai 800 orang peserta akan menyertai Konvensyen Orang Asal Negeri Pahang yang akan diadakan kelak.Semua persediaan Konvensyen telah siap disediakan dan kedua-dua Konvensyen itu akan berjalan mengikut jadual dan keputusannya.
Sumber Dipetik:Lubok Kawah Blogspot
No comments:
Post a Comment